Sunday, December 28, 2008

Dari Alam Angker ke alam realiti








Gambar-gambar kat atas ni sukar nak dipercaya.
Mungkin benar atau tidak.
Bagi aku,gambar-gambar ni semua takleh percaya
Mungkin sebab teknologi yang canggih masa kini yang boleh edit apa jua jenis gambar yang ditangkap.
Walaupun tak berapa nak percaya,tapi bulu tengkok aku meremang jugak masa nak upload gambar ni.
Tapi,semua tu tak mustahil kalau tuhan nak tunjuk..
Anyway,gambar yang paling seram bagi aku yang no 2.
Soram den tengok..
So,what is ur opinion?

Tuesday, December 23, 2008

photoraya made by jagatraya







ni semua satu penceritaan semata-mata
Buat tuan caracol,aku minta maaf sebab tak contact ko masa kat sana
Disebabkan terlupa amik no phone dalam blog aku.
Sory,gambar ni mengambil masa yang lama untuk diupload dsebabkan kelembapan internet aku..
Harini baru dapat dipublishkan..

Friday, December 12, 2008

Jaket sehidup semati


Kepada semua pembaca Aku Macam Mana? yang disanjungi,
Blog ni akan direhatkan selama 1 minggu ,
Bukan kerana hendak menghadapi examination,
Tapi,ingin ke tempat orang yang tidak dikenali,
Yang tinggal hanya la jaket stylo yang tergantung
Sehidup semati buat masa sekarang
Berserta dengan 2 botol air mineral.
Yang kain putih diatas rak tu pulak bukanla kain kapan,
Jangan fikir bukan-bukan lak..
Maknanya,insyaallah aku akan kembali lagi..
Hehehe.

Wednesday, December 10, 2008

Kadang-kadang manusia ni hanya pandai berkata-kata

Manusia ni bila bercakap memang manis.
Terutama orang melayu.(Takde kena mengena dengan racist)
Cakap kadang-kadang mengalahkan pakar motivasi.Padahal dia sendiri pun tak pasti apa yang diperkatakan.
Bila aku tengok orang yang bercakap berapi, ibarat tersembur-sembur api keluar dari mulutnya, menunjukkan lebih pandai berkata-kata dari mengamalkannya, rasa menyampah pun ada.
Aku lagi menyampah orang yang suka memperkatakan sesuatu berdasarkan sumber yang tidak pasti contohnya dari kawan-kawan.Bila ditanya,dapat dari mana?Mereka ni akan jawab"Ntah.si Fulan yang cakap macam tu".
Perkara yang tidak pasti,kalau dibawa dari mulut-ke mulut memang cepat.Umpama merebaknya bakteria di makanan dan menyebabkan makanan itu basi untuk keesokkan harinya.
Maknanya,kalau terlalu tersebar berita yang tidak sahih akan membawa padah dan buruk impaknya.
Kalau kita nak tahu sesuatu perkara itu pasti atau tidak, siasat terlebih dahulu.Siasat tak semestinya skodeng dan sibuk bertanya orang mengenai sesuatu hal,tapi mengetahui sesuatu perkara dari sumber yang sahih.
Hari ini,berita yang disampaikan di akhbar-akhbar tempatan tak semestinya betul,di majalah-majalah pun sama.Sebab itu wujudnya saman-menyaman orang tertentu mengenai pernyataan akhbar.Kalau majalah-majalah tabloid tu,aku paling tak percaya.60% mungkin tak benar.Banyak lagi tokok tambah dari yang betul.Majalah apa tu fikirkan sendiri.
Kadang-kadang sesetengah orang pandai bercakap mengenai isu agama mengalahkan ustaz walaupun kekadang apa yang dicakap tak berapa betul.
Ada yang cakap mengenai memilih jodoh yang tidak bertudung lebih baik dari yang bertudung.
Reasonnya simple je.Awek yang bertudung tak semestinya baik.Kadang-kadang ada je video tak senonoh mereka ni kat tempat-tempat awam,pondok rehat ,bawah tangga dan lain-lain.
Lepas tu cakap,nanti dah kawin aku suruhla bini aku tu bertudung.
Aku jawab senang benda macam ni,orang perempuan yang baik,untuk laki-laki yang baik.
Kalau kita memilih perempuan yang tak bertudung,ko ingat senang ke dia nak bertudung bila dah kahwin nanti.
Macam ada orang yang dikenali,dulu janji lepas kawin nak bertudung,bila dah kawin,cakap tunggu dapat anak pertama,lepas dah dapat,tunggu anak kedua pulak,lepas tu,tunggu nak pencen pulak,lepas tu sampai sekarang tak bertudung lagi.
Lagi satu,selagi bini ko tak bertudung,selagi tu ko dapat dosa melainkan ko dah berbuih mulut nak terkeluar gigi dah cakap.
Nak pakai tudung bukannya susah,semua tu tuhan dah tentukan ada sebabnya.
Menurut saintist,rambut wanita lebih mudah terdedah kepada cancer bila terkena sinaran ultra ungu dari matahari compare dengan rambt lelaki.
Jadi.apa susahnya nak pakai tudung.Sekarang pun dengan bertudung,orang boleh berfesyen.
Kalau nak tahu sejauh mana seseorang tu bertudung,datang kerumahnya.
Kalau dalam rumah, si perempuan tu bertudung disebabkan ada orang bukan muhrim didepannya,maka memang si perempuan tu jenis yang bertudung bersungguh-sungguh.
Kalau disebaliknya,jika dirumah tak bertudung walaupun ada orang-orang bukan muhrim dirumahnya,entahlah.
Seterusnya,apa tindakan selanjutnya.
Dah besar, pikirlah sendiri..

Tuesday, December 2, 2008

Satu benda yang menakutkan hujung tahun ni

Bila orang bercakap:

Kalau ko buat lagi siap ko!
Bunyi macam mengancam,tapi,aku tak takut

*****************************************
Wei,aku nak bagitau kat parent ko pasal hubungan ko ngan #$%@y&
Still relax.Takde ape nak ditakutkan.

*****************************************
Aku nak koyakkan baju kesayangan ko! haha
Still relax.Koyakla kalau berani!(siap cakap lagi)

*****************************************
Oit,malam tadi aku nampak satu makhluk tinggi berdiri tegak,betul-betul kat tempat ko tengah berdiri tu.Matanya merah,badannya berbulu.
Eeleh,ko ingat aku takut macam kau ke?.(sambil tergelak)

*****************************************
Oit,kucing ko eksiden..
Oooo.Takpe,kucing bukan seekor.(still cool)

*****************************************
Saya nak putus hubungan dengan awk!
Takde hal lah.Bunga bukan sekuntum.(Takde perasaan)

*****************************************
Result dah keluar bro!
Tiba-tiba,longgar semua tulang-tulang.Rasa cuak di tahap maksimum.
maklumla, final tak dapat jawab elok-elok.
Shiyutt.Ni yang buat aku tak tentu hala ni..

Wednesday, November 26, 2008

Bila orang Perak berjumpa Perakman

Haa,
Kome tau, aku pergi cuti-cuti dimalaysia.
Kira macam destinasi budget la.
Bezanya 1 sen pun tak keluar time tu.
Kali ni aku ke Lenggong Perak.

Perjalanan dari Teluk Intan kira-kira mengambil masa 3 jam,
Kalau dari KL,lebih kurang 6 jam,
Kalau dari Jeli kelantan,lebih kurang 2 jam 17 minit,
Kalau dari seremban,lebih kurang 7 jam 32 minit,
Kalau dari Johor bahru,berjam-jam lamanya,
Menyelongkar tentang arkeologi mengenai perak man
Di muzium arkeologi lenggong,

Masuk ke muzium secara percuma
Aku pun lihat la pameran mengenai orang zaman paleolitik,neolitik dan purba kala
Cara kehidupan mereka dalam meneruskan kehidupan sebagai manusia.
Terdapat juga patung-patung replika berkaitan orang purba kala.
Bila aku pergi dibahagian sterusnya,akhirnya dapatla aku berjumpa dengan perakman.
Eh,silap,rangkanya sahaja.
Walaupun telah ditutupi dengan kaca,tetapi bau busuk tetap ada.
Maklumla,perakman kan dianggarkan telah mati 10000-11000 tahun dahulu.
Kalau kamu nak tahu,Perakman ni tingginya hanya 150 je.
Kira orangnya kecil je.
Masa dikebumikan,dia diletakkan diatas cengkerang siput-siput yang telah mati.
Tujuannya tidakla aku pasti.

Perjalanan aku tak berakhir disitu sahaja,
Lepas tu aku ke bahgian-bahagian lain berkaitan dengan batuan dan alat yang digunakan ketika berburu.
Kemudian,ke bahagian tokoh-tokoh yang lahir di Perak.
Selain tu,bukan je rangka Perakman yang ada dalam muzium tu,malah ade 3 rangka lain yang terdapat disitu.
Bezanya usia rangka tu sendiri,
Persamaannya pulak baunya yang busuk.
Ok,sampai sini saja destinasi budget aku,
Jumpa lagi di musim lain.
My next destination is Kelantan Darul Naim.
Tapi,macam kena tukar je plan aku ni,
Mungkin sebab musim tengkujuh.
Anyway,Ada sapa nak ikut???


Mykad Perakman...Salah satu pameran di Muzium Arkeologi Lenggong

Sunday, November 23, 2008

Awet muda

Perhatikan betul-betul wajah perempuan di bawah ni.
Agak-agak sepadan dengan kamu tak?
Kamu pasti terkejut jika mengetahui statusnya





Agak-agak,dalam pemikiran kamu rasakan perempuan ni berusia berapa tahun?
Tapi,apa2 pun dalam kepala kamu mungkin tak sama dengan usia sebenar perempuan ni.
Perempuan diatas ni sebenarnya sudah berumur 58 tahun.
Siapa sangka,perempuan ini sudah berumur setengah abad.
Namanya Isabel Presler dan lahir di Minila, Filipina dan merupakan ibu kepada international pop superstar Enrique Iglesias.
Selain tu juga,dia ada 2 orang lagi cahaya mata iaitu Chabelli dan Julio Jr.
Tapi,kalau cakap pasal pembedahan plastik atau botox tu aku tak pasti la.
Possibility tu tinggi jugak.
Orang sekarang ni banyak menghabiskan ribuan wang untuk kecantikan diri.
Kalau dalam usia sebegitu,tak sepatutnya kulitnya still menegang seperti remaja.
Tapi,sometimes benda macam ni tak mustahil.
Tapi,agak-agak kalau sebelum wujudnya pembedahan plastik dengan botox,orang pakai apa untuk kelihatan muda dan seperti anak dara?
Aku rasa mestila orang pakai SUSUK.
Hmmmm.

Friday, November 21, 2008

Dimanakah daku ini?

Ni,cerita lama,
Cuma teringat balik,
Al-kisahnya di waktu solat jumaat,
Aku pergi ke masjid awal pada waktu tu,
Ada tinggal 20 minit lagi sebelum azan.
Aku mencari port yang terbaik untuk tidur,
Eh,silap.Untuk beriktikaf and berzikir.
Port dimana berhampiran kipas dan takde orang.
Dikawasan lapang yang tenang.
Tapi,dengan godaan iblis dan syaitan yang berlumba-lumba untuk meniduri aku,membuatkan aku tertidur dengan lenanya dalam keadaan bersila.
Aku terbangun serta-merta bila azan berkumandang,
Alangkah terkejutnya aku,bila tempat dikiri dan kanan ku yang kosong tadi dipenuhi dengan warga asing bangladesh dan burma.Termasuk depan dan belakang sekali.
Penuh disekelilingku.Sampaikan aku terfikir,
Dimanakah aku?
Di bangladeshka?
DiMalaysiaka?
Hmmmmm...Abis,aku macam mana?

Saturday, November 15, 2008

Bila aku tak keruan

Babak 1
Beberapa hari yang lalu,
Aku ke midvalley,
Saja berjalan-jalan membuang masa,
Dari pagi, sampai ke petang.
Masa tu aku berjalan bersama Matematis muda.

------------------------------------------------
Babak 2
Aku sudah membeli tiket untuk pulang ke hometown malam tu,
Pukul 21.00 ke Teluk Intan dari puduraya,
Mungkin sempat dari mid valley jikalau keluar pukul 7 dari sana,
Seperti yang dirancang,aku dan MM membeli tiket komuter menuju ke KL sentral.

-------------------------------------------------
Babak3
Kami berdua menunggu ketibaan komuter dalam masa 15 minit.
Semua bakal penumpang dikehendaki beratur di line hijau.
Maka aku beraturla mengikut arahan.
Bila train dah sampai,semua terabur.
Maksud aku barisan tadi yang lurus terpecah serta merta bila pintu train dibuka di tempat orang tidak beratur.
Aku tengok semua orang berpusu-pusu masuk sehingga sukar untuk penumpang dari train tadi keluar.
Aku terkejut bila MM berjaya masuk dengan selamba dicelah-celah amoi.
oh,sheeet!

--------------------------------------------------

Babak 4
Aku diselebungi perasaan gubra,
Melihat jam ditangan,
"mungkin sempat kot"bisik aku,
Aku dengan sabarnya menunggu train yang kedua.
Pastu,tiba-tiba anouncement mengatakan train kedua delay 1/2 jam.
Aku dah terdetik,"macam tak sempat je"
Bila tiba masanya the next train sampai,
aku beratur macam biasa.
Orang dah semakin ramai.
Aku tekad lepas ni aku takkan miss train ni.
Namun,manusia hanya merancang tetapi tuhan menentukan segalanya.

--------------------------------------------------------

Babak 5
Aku miss lagi train yang kedua
Damn!
Orang terlalu ramai,sampai aku tersingkir lagi.
Sekali lagi tengok jam di tangan,
Mungkin masih sempat.
Bila tiba train yang ketiga,aku terus menyerbu masuk dengan selambanya,
Fuh,akhirnya..
Alhamdulillah,
Teringat pasal MM,dia sudah pulang ke wangsamaju
Cittt.!
Pastu aku kelam kabut la menuju ke putra lrt.
Sampaila tepat pukul 9 kat puduraya.
Fuh,mujur sempat.Tapi,duit di poket tinggal RM 1.
Pokai habis.
Hmmm,mungkin ada hikmah disebalik kekelamkabutan ni..

Monday, November 10, 2008

Apa kes???


Gambar ni bukan diambil di Malaysia
Yang pastinya ni bukan gambar aku,
Jadi,aku nak takut-takutkan kamu,
Bagi mereka yang suka berjemur,teruskan usaha anda untuk mendapatkan kulit yang cantik macam gambar diatas.
Member aku cakap macam kulit hotdog goreng..Lagi siut.
Ada bran?.Aku cabar kamu..

Thursday, October 30, 2008

New theory from Mr Jagatraya

Aku dah lama buat survey,
Secara statistiknya kalau anda ingin memilih kedai makanan yang sedap,
Anda kena tengok condition kedai terlebih dahulu,
Kedai buruk tak semestinya makanan tak sedap,
Kalau nak tahu kedai makan tu sedap ke tak,
Tengok pengunjung kedai tu,
Samada ramai atau tak,
Yang kedua,tengok keadaan haiwan di kedai tu.
Macam kucing la kiranya,
Semakin gemuk dan sihat kucing kat kedai tu,semakin sedap kedai makan tu.
Haa,aku dah siap buat hipotesis lagi.
Aku confident 82% teori aku..
Kalau berani, cubalah..

P/s:Kalau jumpa kucing macam ni kat kedai makan,gitau aku...

Tuesday, October 21, 2008

Otai 2 versi



Gambar ni antara yang otai pernah aku tengok.Sebab makcik yang buat bisnes tu relax je berniaga kat tempat yang dah ditampal notice tak boleh berniaga.Yang kelakarnya siap gantung pisang lagi kat signboard tu..



Yang ni lagi terror..Sempena nak dekat final exam ni,anda semua dialu-alukan untuk cuba berbuat begini jikalau sudah tiada idea..Sory,gmba ni kurang jelas..Nak kasi jelas click je kat picture tu..

Tuesday, October 14, 2008

KAMI the movie



Memang aku nantikan lama movie kami,
Akhirnya dapat gak aku pegi menunaikan hajat aku.
Kalau korang bagi 5 star untuk cite ni,aku bagi 4.5 la.
Bagi aku cite ni memang interesting untuk golongan-golongan yang belum berkahwin
Macam aku.
Tapi,cerita ni tetap ada some part yang tak menarik
Aku listkan beberapa:
1)Some actor nampak kaku.Contohnya Ali yang nampak terlalu bersahaja.Tapi,aku suka rambut Ali.Memang stylo.

2)Ending pasal watak antagonis yang tergantung.Samada dia mati atau kena tangkap.Kalau watak dia mati lagi best.Baru kena dengan kejahatan dia.

3)Muka Abu ngan Ali nampak sedikit kampung.Sedey aku tengok.Contohnya masa diaorang mula-mula jumpa ngan boy kat luar gig.

Tapi,banyak lagi part menarik:

1)Cerita mengenai muda-mudi sekarang ni.Kalau nak ikutkan,memang macam tu la kehidupan yang sebenar untuk certain muda-mudi yang hidup penuh dengan sosial.

2)Plot ceritanya memang menarik.Semua persoalan masa drama siri,terjawab kat movie.

3)Tiada pergantungan cerita.Maksudnya,aku rasa takkan keluar KAMI the movie 2.

4)Ceritanya logik dalam kehidupan sebenar.

5)Endingnya menarik dan bijak dalam mengaitkan tema movie.Tapi,Abu mati daa.

Walaupun KAMI the movie aku dah tengok,aku teringin nak tengok balik cerita KAMI masa tahun 80 an dulu.Taktau kalau korang masih ingat atau tidak,cerita mengenai kisah seorang survivor dengan membernya dalam menempuh liku-liku kehidupan pada masa tu.Actornya Sudirman ngan seorang lagi pelakon lelaki yang sekarang dah tak terlibat dalam dunia lakonan.Kalau korang ada cerita tu,sharelah dengan aku.Aku still teringin mengimbau zaman-zaman tu..

p/s:Mungkin lepas ni keluar cerita baru bertajuk KAMU atau AKU MACAM MANA?

Thursday, October 9, 2008

Sempena entry yang ke 50

Ini adalah entri aku yang ke 50.
Tapi,sempena nak ke 50 ni,ada pulak orang yang tag aku.
So,aku akan ceritakan serba sedikit 15 fact mengenai diri aku.

1)Aku suka makan makanan kampung atau yang berunsur kicap dan cili giling.Yang lain tu kureng sikit.Oleh tu,kalau nak jamu makanan kat aku,pastikan ada unsur-unsur sebegitu.

2)Aku kalau minum air kat mana-mana kedai,aku prefer ambil air suam je.Bukan saving atau amende.Cuma aku tak suka air yang manis.Kalau makan fast food,aku akan amik minuman yang paling light sekali.Sprite or coke light.

3)Kalau sesetengah manusia terlalu cintakan dunia coklat atau makanan/minuman yang berunsur coklat,aku tak.Aku hanya amik dlam kadar yang paling sedikit.Sebab ape?Kan i've mentioned already,i don't like something sweet.haha,bagus tak aku.

4)Sejak aku masuk sekolah menengah,aku tak pernah menangis,walaupun banyak orang yang aku sayang di sekeliling meninggal dunia.Entah kenapa,air mata aku begitu mahal untuk dititiskan.hehe.Kalau berani cubalah.

5)Aku bercita-cita tinggi untuk mengorat awek tudung labuh.Sebab hati aku rasa sejuk je bila lihat awek tudung labuh.Yang minah ketiak pulak,aku paling tak suka.Menyampah jugak rasanya bila tengok.Tapi,kadang-kadang aku suka gak.hehe.

6)Aku pernak belajar hisap rokok masa sekolah dulu.Satu batang tu,habis aku sedut.Pastu terbatuk-batuk.Bila orang cakap rokok boleh menyebabkan mandul,aku pun berhenti terus.Mencegah lebih baik dari mengubati..

7)Aku ni suka melakukan sesuatu yang ditegah masa kecik-kecik dulu.Contohnya,menelan gula-gula getah dalam bilik yang berkunci.Coz taknak bagi orang nampak.Bila dah besar baru tahu betapa bahayanya tindakan aku dulu.Ish,nasib baik aku tak mati..

8)Aku suka bermain gitar.Tapi,aku tak suka gi jamming atau buat performance.Tak tau kenapa.

9)Dulu sejak kecil lagi,aku mencintai jam tangan.Tak tau kenapa,tapi bila dah besar ni.Aku tak rasa jam tangan tu penting.Mungkin sebab aku boleh tengok masa melalui handphone kot.

10)Aku pencinta ikan.Ape-ape yang berkaitan dengan ikan,mesti aku suka.Sejak kecil lagi aku dah berkecimpung dalam hal-hal yang melibatkan ikan ni.Contohnya memancing,membela,menangguk,ziarah kedai akuarium dan lain-lain.Sekarang pun,aku still ziarah kedai-kedai akuarium.Aku ada cita-cita besar,bila dah kerja nanti aku nak buat kolam ikan yang paling cun sekali dalam hidup aku.

11)Kalau semua orang masa kecil pernah bercita-cita untuk menjadi doktor,polis,cikgu,businessman dan lain-lain,aku pernah cakap kat parent aku yang aku nak jadi nelayan.Mungkin sebab aku obses sangat dengan ikan kot.Aku rasa one day aku kawin dengan mermaid kot.

12)Aku suka berjalan-jalan.Tak kira luar negara atau dalam negeri..My next destination kat Perth,Australia..Sape nak ikut?

13)Dulu,masa aku sekolah menengah,aku jarang sekali nak bercakap dengan perempuan.Jalan pun sedikit tunduk.Tapi,sekarang dunia dah berubah.PM pun dah tukar.hehe

14)Dulu,aku suka main hoki,badminton dengan joging.Sekarang dah tukar sedikit.Aku suka main pingpong ngan bola.Ikut mood jugak.

15)Ada satu benda yang korang kawan-kawan aku tak tahu.Aku sering doakan korang dalam menempuhi liku-liku kehidupan ini yang semakin dipenuhi seribu satu cabaran dan bahaya.Kejayaan yang dapat dikongsi bersama.Walaupun,sometimes ada kebencian,tapi takde satu doa bala untuk kawan-kawan.Cuma antara 2,berdoa untuk kebaikan atau tak doa langsung.Adakah anda semua begitu?hehe.

B4 aku lupa,aku rasa semua mcm dah kena tag je..jadi mgkin tak perlu utk aku tag sesiapa..hehe.


Tuesday, October 7, 2008

Space

Aku terlupa sesuatu sebelum ni,
Lupa nak ucapkan selamat hari raya kat semua blogger.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
Lepas raya ni semua naik dan bertambah,
Harga barang naik,
jumlah duit raya naik,
Jumlah member dalam blog bertambah,
Jumlah anak saudara bertambah,
Yang paling obvious sekali jumlah space kat perut pun bertambah.
Mungkin sebab lemang,ketupat,rendang,kuih raya semua disumbat sekali gus masa hari raya aritu.
Haha.Padan muka sapa yang bertambah space kat perut..Aku tau ada banyak pihak yang terasa.hehe.

Sunday, September 28, 2008

Raye

Semakin besar diri ni,semakin terasa bahawa raya ni hanya memberi pengertian untuk satu hari,
Bukan untuk hari kedua,ketiga mahupun yang keempat.
Aku tak tahu kenapa beberapa tahun ni aku rasa raya tak semeriah dulu,
Macam sekarang ni,aku tak terasa pun sangat dengan debaran hari raya.
Baju melayu pun kalau tak tukar bertahun-tahun pun takpe.
Macam sekarang ni,baju melayu tahun lepas akan diguna balik untuk tahun ni.
Takde terlintas langsung nak beli baju baru.
Tak macam sesetengah kengkawan aku yang beli 3-4 pasang baju melayu,
Tahun depan beli lagi 3-4 pasang baju.Dan seterusnya.Kan membazir tu.
Aku teringat masa kecil-kecil dulu,betapa indahnya hari raya.
Dalam kepala asyik teringatkan duit raya ngan mercun je..Memang happy go lucky.
Kalau nak dibandingkan hari raya dulu dengan sekarang memang jauh bezanya,umpama langit dengan bumi. Masa zaman takde teknologi,Pengumuman raya dibuat oleh orang kampung yang menaiki bot di sungai dan pusing satu kampung berbekalkan lampu minyak tanah dan jerit "esok raya" di setiap tebing sungai.
Aku dapat bayangkan masa tu walaupun aku tak lahir lagi masa tu.
Compared dengan sekarang ni,yang masing-masing mempunyai television di rumah,just duduk depan TV,pegang remote control sambil mendengar pengumuman raya secara rasmi oleh yang dipertua.
Yang lagi canggih,dapat message dari jabatan ahli falaq tentang kenampakan anak bulan.
Dulu,orang memberi ucapan hari raya menggunakan kad raya sepenuhnya, lepas tu,kad raya tu digantung di rumah semasa hari raya pertama dan kedua.
Berbeza dengan sekarang ni,masing-masing dah ada handphone, computer dan internet,semuanya guna cara mudah.
Melainkan golongan yang masih sayangkan budaya kad raya.
Dulu,masa aku sekolah rendah dan menengah,kad raya aku melimpah-limpah.
Penuh satu laci.Sekarang,sedih nak cakap,satu kad raya pun tak dapat.Yang dapat melalui email,frienster,message received ngan dari chatting je.Memang satu perubahan yang besar.
Dulu,duit raya banyak dapat.Penuh poket atas bawah.Semuanya RM 1-RM5.Walaupun sampul banyak,tapi jumlahnya tetap sedikit.
Tapi,bebudak tetap gembira.Tapi,sekarang walaupun bilangan orang yang memberinya sedikit,tapi amountnya cukup besar.
Sampai satu masa nanti,aku yang kena bagi duit kat bebudak.
Masa tu berakhirnya pengertian duit raya buat aku..Hehe.
Dulu,kalau raya pertama,semua family cukup.Takde sorang pun yang terkecuali.
Sekarang masing-masing dah membina keluarga sendiri dan beraya di rumah mertua masing-masing.
Dulu raya time cuti sekolah,exam lambat lagi.
Sekarang lepas raya bertimbun exam datang dan assignment yang kena submitla, presentation la,quiz la,apa lagi da benda-benda mengarut tu.
Anyway,semua tu tak menjejaskan raya untuk kali ni.Berayalah walaupun untuk sehari demi meraikan kemenangan kita dalam melalui bulan puasa.

Wednesday, September 24, 2008

Perbezaan Darjat antara Musa dan Firaun

Baru-baru ni,aku ada mendengar tazkirah dari lecturer sempena bulan Ramadhan ni,
Aku fikir,eloklah aku selitkan sedikit dalam entry hari ni.
Kisahnya mengenai Khalifah Harun ar-rashid yang cuba meleraikan pergaduhan antara lelaki A dan Lelaki B.
Kisahnya bermula begini,Lelaki A bergaduh dengan Lelaki B berserta bertumbuk dan penuh dengan cacian maki hamun antara mereka,
Kemudian datanglah Harun ar-rashid untuk meleraikan pergaduhan mereka berdua.
Harun tadi datang dan tanya kepada lelaki A tadi

"Antara kamu dengan nabi Musa,siapa paling terbaik?"Tanya Harun
"Tentulah nabi musa.Diakan nabi."Balas lelaki A.

Kemudian Harun tadi pergi ke lelaki B dan bertanya
"Antara kamu dengan Firaun,siapa paling teruk?"Tanya Harun
"Tentulah Firaun,Dia sorang je berani mengaku dirinya tuhan"Balas lelaki B.

Kemudian Harun mengkhabarkan ayat al-quran mengenai Perintah Allah dalam Al-Quran kepada nabi Musa untuk cakap secara baik dalam dakwah kepada firaun agar dia bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.
Sambungnya lagi, jikalau Musa yang tinggi darjatnya perlu bercakap secara sopan-santun dan berbudi bicara kepada Firaun,kenapa kamu yang berkedudukan antara keduanya tidak boleh berbuat demikian.
Maksudnya kedudukan darjat lelaki A yang mengatakan rendah darjatnya daripada Nabi Musa dan Lelaki B yang mengatakan darjatnya tinggi sedikit daripada Firaun.Kedua-dua darjat mereka berada diantara Musa dan Firaun yang boleh diumpamakan langit dengan bumi.

#############################

Lihat,betapa bijaksananya khalifah Harun ar-Rashid dalam memperbetulkan seseorang yang tersimpang dan melakukan kesalahan.
Seharusnya kita bercakap secara bijaksana terutama daam tegur-menegur sahabat kita,orang tua,ibubapa,Vip2 dan lain-lain.
And try to speak politely and nicely to each other.Kurangkan carutan dan caci maki dalam percakapan dan jika dalam keadaan yang tidak boleh dikawal,pergila tandas dan berwudhuk
Insyaallah,perasaan marah akan reda dengan segera.

Mudah-mudahan cerita ni ada manfaatnya untuk semua.

Friday, September 19, 2008

Kempunan di bulan puasa

Buah favourite aku
Mungkin sukar untuk didapatkan lagi secara percuma lepas ni,
Kerana kes aniaya oleh sesebuah pihak
Menebang pokok-pokok durian di kebun ayahanda
Kerana mungkin sudah ketagihan wang gamaknya,
Kalau nak tahu,batang pokok durian tu memang boleh dibuat perabot
Sepatutnya pokok tu dah berbuah sekarang.Memandangkan telah berbunga berbulan lepas.
Memang kejam kalau hendak difikirkan,
Cuba bayangkan pokok durian yang dibela selama lebih 20 tahun ditebang begitu sahaja tanpa sebarang keuntungan kepada kita.
Tapi,bapak aku relax je.Buat report polis sekali,pastu cool je.Takde keluhan.
Ishh,bila fikir balik memang kejam sape yang melakukan.
Tahun ni aku akan kempunan utk makan gulai tempoyak,sambil tempoyak,bubur durian,pengat durian,bengkang durian,nasi durian,durian dan macam-macam lagi.
Kalau nak jugak kenala beli,compared dgn dulu ambl berbakul-bakul dengan percuma.

Gambar dibawah ni hanya tinggal kenangan..Ish,Ish,Ish.Kempunanla aku tahun ni..


Sunday, September 14, 2008

Persoalan yang dipersoalkan

Di bulan yang mulia ni,
Aku ingin mengatakan sesuatu,
Tapi berkaitan dengan agama,
Mungkin korang akan mempersoalkan kenapa,
Tapi,aku tak pedulikan semua tu,Aku tetap nak bercerita tentang persoalan simple yang dipersoalkan oleh orang ramai mengenai hal ehwal agama

1)korek hidung sesudah berwudhuk
Benda macam ni kadang-kadang lawak juga didengar,tapi bagi golongan yang tak tahu,mereka akan mengatakan batal wudhuk jika berbuat demikian.Tapi,yang realitinya tak batal.

2)Kentut sesudah salam pertama
Soalan ni famous masa aku sekolah menengah dulu.Ramai member aku bertanya aku samada batal atau tidak jika kentut sesudah salam pertama dan meneruskan salam kedua sedangkan salam kedua hanya sunat sahaja.Dulu aku cakap tak batal.Tapi,bila besar sikit dah banyak ilmu baru katakan batal jikalau meneruskan salam kedua.Sebab still dikira kentut didalam solat.Tapi,kalau salam pertama sahaja dilakukan,maka tidak batallah ia.

3)Makan ketika solat
Masa aku kecik-kecik dulu,aku ada sorang member ni yang suka makan gula-gula masa sembahyang.Relaks je.Patutla masa terawih dia takde hal.Aku dulu ingatkan boleh.Aku tryla sekali.Bila parents aku marah,baru aku mengerti..Ish,ish,ish.Abis jahil la masa tu..

4)Termimpi basah di siang Ramadhan
Dulu,aku musykil jugak benda ni.Bila refer balik buku agama baru tahu.Segala pekara yang yang menpunyai imbuhan ter di depan semuanya tak batal.Maksudnya tak sengajala..

5)Korek hidung di bulan puasa
Korek hidung lagi.Dulu setahu aku la,masa belajar kat sekolah dulu,korek hidung atau telinga di siang bulan Ramadhan dikira batal.Tapi,tuptup sekarang ni ada setengah pihak kata tak batal jika dilakukan.Jika kalian tahu dan arif mengenai isu ni tolong explain sikit eh.Tapi,aku still berpegang dengan hukum yang dulu.

6)Bidaah
Term bidaah ni hampir sama dengan term bedeah dalam loghat Perak.Tapi different meaning.Bidaah maksudnya perkara yang tidah dibuat Rasullullah tapi,dibuat oleh umat seterusnya selepas kewafatan baginda.Dan maksud bedeah pulak kelentong atau tipu.Di sesetengah negeri,perkara -perkara bidaah amat ditegah dilakukan.Contohnya time solat jumaat yang disertai dengan 2 azan.Masa zaman nabi dulu,azan cuma sekali iaitu sebelum solat jumaat menandakan sudah masuk waktu.Tapi,dua azan ni yang dilakukan ketika hendak solat jumaat itu diasaskan oleh saidina othman bin affan.Siapalah kita nak lawan othman b affan sehingga ada pihak yang menentang keras isu ni.Sedangkan kita merupakan umat yang berjuta-juta hampir ngan nabi berbanding Othman yang pernah jumpa dan bersahabat dengan nabi.Sometimes perkara yang remeh boleh dijadikan isu serius.Kalau nak diikutkan konsep bidaah,khatib baca skrip untuk berkhutbah juga dikatakan bidaah.Sebab apa?Sebab masa zaman nabi,nabi cakap secara spontan dan tidak menggunakan sebarang skrip.Jadi jangan pening-peningkan isu ni.

7)Ambil wudhuk 3 kali
Ada golongan yang aneh membuat theori baru mengenai ambil wudhuk melebihi sekali.Jika batal wudhuk yang pertama,wudhuk kedua akan backup dan seterusnya.Kalau ada member yang begini, jentik kat perut dia sepuluh kali.

8)Berpuasa tapi tak solat
Solat lima waktu akan jadi tak sah jika tak lengkap.Erti kata lain ada satu solat yang tinggal.Dengan syarat bukan disebabkan tertidur atau terlupa.Sama juga dengan berpuasa.Ada juga orang yang berpuasa tapi tak solat langsung.Kalau jumpa orang yang begini,bimbingkan ia.Ini sama diumpamakan membina bumbung rumah tanpa asas atau tiang.Benda ni banyak dilakukan oleh orang dewasa yang sedikit jahil dengan ilmu agama.Hmmm.

Wednesday, September 10, 2008

7 perkara yang runsing berlaku dalam dalam cuti

Baru-baru ni sewaktu cuti,aku menghadapi beberapa perkara yang sukar untuk diriku,
Perkara yang susah lagi menyusahkan mungkin,
Oklah.lebih mudah aku listkan

1)Assignment tak siap
Tempoh untuk menghantar assignment tu 1 week dan jika terror,boleh disettlekan dalam masa 3 jam.Itupun jika dibuat bersungguh-sungguh.Namun,bila pulang kerumah,entah mengapa kerja tu tak jugak siap-siap.Walaupun kerja tu dihadap setiap hari.Aku ambil masa 1 week tu habiskan tapi gagal.Bila balik ke hostel,1 hari terus siap.Pelik kan?

2)Naik bas balik kampung
Masa nak balik hari tu,tiket bas transnasional sold out.Nak tak nak aku kena balik naik bas lain.Dapat pulak drebar hindu.Ko boleh bayangkanlah bila lagu tamil dipasang sepanjang perjalanan selama 4 jam.Naik bengong kepala aku.Aishh.

3)Naik bas pulang ke hostel
Korang pernah tak menghadapi masalah menahan kencing dalam bas?Kebetulan bas yang aku naik selama 4 jam tu memang tak berhenti langsung coz ikut jalan lama kot.Aku menyimpan hajat selama 4 jam untuk buang air.Dah terketar-ketar.Pastu berkat blan ramadan kot,tak pernah dalam sejarah bas tu berhenti dekat bengkel untuk tukar wiper.Masa tu aku tengok ramai penumpang berpusu-pusu nak turun buang air.Aku ingatkan aku sorang je.Maka,terpaksa menunggu giliran di tandas yang satu tu.

4)Dilamar
Waktu cuti aritu aku dilamar oleh seorang makhluk Allah untuk join program.Bukan lamarlah senang cakap,tapi sukapaksa.Sedangkan ada progrm yang aku dah join dan berpangkat sama lagi.Berbuih aku cakap taknak dan bagi reason,tapi tetap makhluk tu memaksa aku.Last-last aku buat bodoh je.Maka makhluk tadi merajukla dengan aku..Ish,ish,ish.

5)Diugut
Dalam tempoh cuti,aku diugut memandangkan birthday aku nak dekat.Mereka-mereka bercadang ingin mengenakan aku.Ntah guna telur atau tepung.Walupun aku pikir agak keji cara mereka.Aku mengambil langkah selamat untuk pulang ke hostel lewat 4 hari..hehe.

6)Tiket bas raya dikenakan surcharge
Tu satu berita yang paling kurang asam bagi aku masa cuti aritu.Aku terpaksa mengeluarkan kira-kira hampir 100 hinggit tuk beli tiket tu,termasuk cuti baru ni.Tapi,takpelah,sebab tikt still dapat dibeli berbndg orng lain.

7)Demam selama 3 hari
Malang tidak berbau isnin last week sampai rabu,aku demam tidak pulih-pulih.Bila demam,mood semua down.Nafsu berbuka pun tiada.Aku dah syak denggi time tu.Aku pun berikhtiar lain selain pegi klinik,beli 100 plus 2 botol besar,pastu minum sampai habis.Alhamdullah pulih.Tapi,selama tempoh demam tu,semua makanan lazat ketika berbuka aku miss.Contohnya sotong masak pedas,spagetti,ayam crispy,fries,kambing masak kurma,roti john dan banyak lagi.Sape yang baca blog aku waktu berpuasa,mesti leleh je.HeheTapi,sekarang aku berjaya qada' semua yang terlepas.Muhahaha.

p/s:Mujurlah puasa mengajar erti sabar dalam apa jua keadaan.Itulah berkat dalam bulan Ramadhan.

Saturday, September 6, 2008

Seram di bulan Ramadhan

Semalam aku telah bergunting rambut di kampung,

Pada malam tu aku melihat muka aku di dalam cermin dalam kegelapan,

Sedang melihat muka sendiri,

Aku berasa hairan,

Oleh sebab kenapa rambut aku panjang,

Malah lebih panjang dari sebelum ni,

Aku perhatikan betul-betul didalam cermin,

Tiba-tiba badan aku menjadi kaku seketika,

Aku terjatuh di atas katil,

Terasa ada makhluk lain masuk dalam badan secara tiba-tiba,

Aku terasa betul-betul keras dan tidak boleh bergerak,

Lalu aku cuba melafazkan ayat kursi secara perlahan-lahan,

Namun,kelu tak terkata,

Tak tahu mengapa,

Aku menggagahkan diri untuk bangun,

Tetap tak berdaya,

Mungkin sebab syaitan dah menguasai diri ini,

Ya Allah.tolonglah aku,

Sampai begitu sekali,

Inilah luahan perasaan dalaman aku ketika cuti aritu,

Terima kasih sebab sudi mendengar,

Ini adalah cerita benar,tiada kaitan dengan cerita dongengan realiti dan dulu kala,

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Cerita ni belum tamat lagi,

Tiba-tiba abang sulungku datang ke katilku dan memukul kakiku berulang kali,

Aku yang kaku sekejap terkejut secara tetiba,

Oii! "dah pukul 8 dah..Ko bukan nak balik ke pagi ni?"terik abangku

La...Mimpi rupanya...

Aigooo..Korang tertipula kiranya.

Mimpi yang terasa benar-benar berlaku pulak.Aishhh

Terima kasih sekali lagi coz sudi mendengar sampai habis cerita..

Thursday, September 4, 2008

Sometimes, baju melambangkan personality seseorang

Arghhhgrrr!,
sebenarnya baru-baru ni aku berasa sedikit marah,
entah kenapa,
mungkin disebabkan kebodohan beberapa umat manusia yang beragama islam,
Sebab beberapa hari ni aku pergi mencari juadah berbuka puasa di bazaar,
Lepas tu aku berselisih dengan seorang mamat ni yang mungkin agaknya penyokong fanatik kelab liverpool.
Nampak cerdik tapi bodoh.
Tu je yang aku boleh kata.
Sebab apa?
Sebab mamat tadi memakai jersi liverpool yang semua orang tahu jersinya ada tertulis carlsberg di bahagian depan.
Alamak,
Mamat ni lebih cintakan kelab football di barat sana berbanding agamanya sendiri.
Secara zahirnya memang nampak tak salah.
Bukannya mamat tu minum carlsberg pun,
Cuma memakai pakaian yang berlogokan carlsberg.Tu je.
Tapi cuba aku ubah sikit contoh tadi,
Cuba pakai satu pakaian yang bergambar khinzir,
Mesti rasa aneh kan?
Bukannya makan khinzir pun.
Sama gak dengan baju tadi.
Aku tak kisah kalau mamat tu Indian atau chinese,
Tapi,orang melayu sendiri..
Di bulan puasa lagi..
Memang aku bengang la mamat ni..
Kalau diizinkan,nak je aku jentik kat perut dia 100 kali laju-laju.
Mungkin dia masih tak mengerti,
Aku memang anti dengan benda-benda macam ni.
Walaupun aku ada member yang sukakan benda ni.
Jadi sorryla sape yang terasa,
Mungkin ada benda yang yang tak semestinya betul walaupun pada dasarnya nampak betul.
Sometimes,baju melambangkan personaliti seseorang.
Dalam case ni,muslim yang memakai baju ni menunjukkan ketidakprihatinannya terhadap agamanya sendiri dan tidak menganggap ini sebagai satu isu sensitif.
Yang paling ketara kebengongannya..


Berjuta jersi ada kat dunia ni,kenapa mesti pilih yang ini?

Saturday, August 30, 2008

Ramadhan mengubah segalanya

Beberapa jam lagi ramadhan akan masuk,
Kurang dari 24 jam,
Mungkin sesetengah daripada umat islam akan mengeluh tentang kehadiran ramadhan,
Aku yakin akan ada juga umat islam yang gembira dan tak sabar-sabar menunggu Ramadhan,
Tidak kurang juga umat islam yang tidak mempunyai perasaan tentang kehadiran Ramadhan,
Dan tak mustahil juga ada umat islam yang taktau esok menjelang Ramadhan,
Anyway,bagi aku Ramadhan mengubah dan mendidik diri aku yang sedikit jahat ni.

Aku akan jadi seorang yang asyik menjejakkan kaki ke masjid-masjid,
Aku juga akan menjadi seseorang yang menjaga tutur katanya,
Aku juga akan menjadi seorang yang kerap memegang al-quran,
Aku juga akan menjadi seorang yang kerap berdoa kepada tuhan,
Aku juga akan menjadi seorang yang sabar,
Aku juga akan menjadi seorang kerap bangun sebelum subuh,
Aku juga akan mengelakkan benda-benda yang maksiat dan melalaikan.

Tu semua harapan aku,
Bukannya satu kepastian,
Ameen.

P/s:Selamat Berpuasa diucapkan kepada semua blogger2 yang beragama Islam..

Tuesday, August 26, 2008

Masa

Baru-baru ni,aku dipengaruhi hari-hari kesuntukan.
Maksudnya setiap hari mempunyai agenda tersendiri sehinggakan berlakunya ketidakcukupan masa.
Tapi,mujurlah semua tu dah berakhir untuk sementara waktu.
Masakan tidak,setiap hari aku harus bersedia untuk menghadapi mid term exam,assignment,program dan presentation.
Masa yang dianugerahkan oleh tuhan rasa tidak mencukupi.
Mungkin disebabkan aku ni tidak pandai mengurus masa dengan betul.
Ishh,Ishh,Ishh.

Bila difikirkan tentang masa,aku terfikir kalau didunia ni ada sebuah kedai yang menjual masa.
Tentu aku tak perlu susah-susah lagi untuk membuat assignment last minit,
Aku juga tak perlu susah-susah bersengkang mata untuk berjaga malam demi pelajaran.
Tidak perlu kelam kabut dalam pergi ke kelas.
Semuanya boleh ditambahkan masa dengan duit.

Tak cukup dengan tu,bila difikrkan tentang masa,
Kan bagus kalau masa tu boleh di pause.
Tak perlu aku susah-susah lagi berkejar sana,kejar sini.
Demi meningkatkan pointer yang sedia ada.
Boleh gak meniru dalam dewan exam bila masa di pause.

Walaupun itu bukanlah realiti yang sebenar,tapi alangkah bagusnya kalau begitu.
Ciss.Bercakap seolah-olah seperti orang yang sudah berputus asa.
Bila diamati balik lirik lagu Raihan(Demi Masa),barulah terasa kesahihannya.
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sempit
Kaya sebelum miskin
Hidup sebelum mati

Kalau aku amik serius line ketiga tu,mesti aku sentiasa mempunyai masa yang berlebihan malah melimpah lagi.
Ishhh.

Thursday, August 21, 2008

Bercerita tentang kuman dan gajah

Kesemua perkara yang negatif yang dilakukan oleh sesetengah individu bleh dilihat dengan jelas dengan hanya diperlakukan sekali.
Betul tak?
Perkara macam ni terbukti betulnya dan bukanlah sekadar kebetulan yang mana jika kita sebagai manusia membuat seribu satu kebaikan tetapi hanya satu keburukan,yang paling obvious di mata orang hanyalah keburukan yang satu itu.
Walaupun sukar untuk menafikan perkara yang sebegini,namun itulah hakikat kitaran hidup manusia.
Kalau dalam pepatah melayu lebih kurang ginilah bunyinya

"Kuman diseberang nampak sedangkan Gajah di depan mata tak nampak"

Macam tulah lebh kurang bunyinya,tegur pepatah ni jika ada kesalahan!
I'don't sure about the exact word.
Sama juga dengan contoh bila dua orang sahabat baik yang baik pada dulunya,dan sentiasa pergi kemana-mana dalam keadaan berdua tak kira apa jua keadaan ibarat belangkas la kata orang tua-tua dulu.
Namun segalanya berakhir dengan salah faham ataupun si A telah melakukan sedikit kesalahan yang ringan kepada si B.
Mungkin sukar untuk si B memaafkan si A,tapi setiap perkara boleh settle in the right way sebenarnya.
Takkanlah sebab satu kesalahan ,semua kebaikan yang dilakukan bertahun-tahun semuanya ditolak ke tepi.
Tu hanyalah gambaran semata-mata,namun ada 3 perkara yang kita perlu tolak jika kawan kita ni

*Menghina keluarga dan keturunan kita
*Mengkhianati kita (tikam member dari belakang)
*Memburuk-burukan member kat belakang (hippokrit)

Namun,sometimes manusia ni memang begini.Sebab tu kata orang kalau kita dapat detect one of their friend's mistake,yang itulah yang akan jadi ingatan.
Si Badrul ni baik orangnya tapi.......
Orang akan still sebut keburukan dan kesalahan seseorang individu tu walaupun badrul tu baik.
Kalau seseorang tu baik sangat pun ada jugak yang tak kenanya.
Cara yang terbaik untuk atasi masalah ni,be a simple person.Don't too over or obvious in certain things.
p/s:Cerita di atas takde kena mengena dengan cerita aku,kengkawan aku dan saudara mara.Taktaula pulak ada orang lain yang ada mengalami seperti cerita diatas.

Sunday, August 17, 2008

Kesibukan tahap melampau

Busy
busy
busy
busy
busy
busy
busy
tidak terhingga busy nya.

dengan program
dengan assignment
dengan persediaan quiz
dengan persediaan mid term
dengan presentation
dengan kerja-kerja tertunggak
dengan kelas-kelas ganti
Aku tension!!!!!!



dengan menulis blog?
Adakah ini juga perlu untuk dikatakan busy?

mungkin tidak....

Tapi,realitinya adalah iya.Buktinya tengoklah prbezaan tarikh entri sebelumnya.

Friday, August 8, 2008

Antara Dua darjat

Sebelum entri ni ditaip dengan panjang lebar,eloklah tanya diri sendiri soalan ni

*Apakah akan anda lakukan jika tergolong dalam golongan orang berada.
*Apakah akan anda lakukan jika tergolong dalam golongan ibubapa berpendapatan rendah

2 persoalan tadi sudah cukup untuk mengenal pasti macammana jenis seseorang itu.
Cuba ambil soalan kedua dulu.
Sesetengah manusia terutamanya si anak yang mempunyai ibubapa yang bermasalah dalam ekonomi keluarga,enggan mengaku bahawa dirinya tergolong dari golongan yang kurang berada.
Jika seseorang itu (dikira kurang berada) membelanjakan wangnya secara berjimat cermat dan terurus,itu perkara normal.Sebab makhluk jenis ni tau menggunakan duit untuk sesuatu yang perlu sahaja.
Tetapi,jika kamu terserempak dengan seseorang yang berkategorikan yang kedua ni tidak normal dalam perbelanjaan harian.AWAS!!
Aku pernah berkenalan dengan seorang kawan ni(tak pasti status kawan) yang kerapkali menggunakan wang ke tahap maksimum.Walaupun dia ada biasiswa alfitifiti'in,itu perkara yang ketiga.
Maksud maksimum disini adalah mengenai mismanage the money.Kalau orang kaya yang makan secara grand di tempat-tempat high class mahupun fastfood dalam masa yang singkat,that's normal.
Tapi,beliau ni seringkali menggunakan wangnya di tempat-tempat menjual handphone,ditempat-tempat makan fastfood,dipusat membeli belah dan lain-lain lagi.Kalau pasal handphone,bagi aku cukupla sekadar nokia 3310.Boleh mesej dengan call sudah.
Yang lebih menyedihkan bila beliau kehabisan wang di waktu yang sepatutnya orang still berwang banyak lagi.
Maka,proses peminjaman kepada kawan-kawan terdekat pun dilakukan.Sekali lagi yang menyedihkan bila beliau menghadapi tempoh pembayaran.(Cukup setakat ni bahagian kedua)
Patah balik ke bahagian pertama yang mana anda berada di golongan orang berada.
Maksudnya ibubapa berpendapatan tinggi.
Sebahagian belia ataupun remaja dalam case ni hidup enjoy dalam life mereka bersama wang especially bersama kawan-kawan.Itu perkara biasa.Normallah tu.
Aku pernah jumpa seorang makhluk yang pada mulanya aku tak pasti identitinya.Sekali pandang macam orang typical.Pakaian,kasut dan others material tidak menunjukkan status sebagai seorang anak orang berada.Aku suka orang macam ni.Tapi,semuanya terbongkar bila parentsnya datang dengan mercedes mata belalang untuk melawat beliau.
Bila ditanya kawan-kawan setempatnya,barulah aku ketahui bahawa dia ni anak orang kaya gombak(bukan tempat sebenar).
Perghhhh! low profile dan lain dari yang lain.
Bila ditanya tentang statusnya,dia akan membalas dengan steadynya
"kalau kaya pun bapak aku,bukan aku pun"
Perghhh,memang berbeza.
Pernah tak korang jumpa 2 jenis makhluk yang berbeza sebegini?
Haha.Both are looking same in hair's colour but different in their characteristic...
**************************************
Kalau pasal harta,hadis nabi ada menyatakan bahawa antara orang kaya dan miskin,yang akan masuk lebih awal ke syurga adalah orang miskin.
Reasonnya?
Setiap harta yang dipunyai akan ditanya kemanakah ia digunakan.
Kalau harta pun sedikit,sedikitlah soalan yang ditanya mengenai hartanya.
Kalau banyak?
Jawab la sendiri.Mekasih.

p/s:Mengenai aku? I'm in the middle.huhu.Aku tak termasuk la tu dalam lingkungan cite diatas..

Wednesday, July 30, 2008

Indahnya kalau semua negeri macam tu!


Baru-baru ni,seperti dikhabarkan melalui entri dulu,
Aku ke kelantan untuk beberapa tujuan.
Itu semua tak penting untuk diceritakan disini,apa yang penting ialah kekaguman rakyat negeri lain bila menjejakkan kaki di kelantan.
Apa yang aku kagumkan disini ialah melalui sistem pentadbiran yang ditadbir oleh kerajaan pas
yang salah satunya ialah mempamerkan iklan-iklan yang actor/actress iklan tersebut wajib menutup aurat.
Contohnya disini ialah iklan nescafe yang modelnya ialah farah fauzana.
Aku memang tak sangka actor tersebut memakai hijab semata-mata kerana terlibat dengan
iklan yang akan dipamerkan di kelantan.
Kalau farah fauzana mungkin orang masih tak hairan lagi,namun seorang lagi actress yang tak kurang juga seksinya di layar perak iaitu vanidah imran.
Actress tersebut turut memakai tudung didalam iklan Dhgrow/dumex (tak pasti iklan susu yang dilakonkan).
One more iklan yang aku terkejut apabila model-model iklan fair & lovely tidak dipamerkan wajahnya,sebaliknya gambar hiasan bentuk sebuah muka yang digrafik melalui komputer tetapi tidak menampakkan muka.Mesti tak dapat bayangkan kan?Haa,nak tengok pegi la kelantan sendiri.Bukan itu saja,malah ramai lagi artis lain yang memakai tudung di papan-papan iklan di negeri Kelantan.
Satu lagi,mengenai perluasan tulisan jawi disetiap kedai yang diregister dikelantan,wajib bagi mereka mempamerkan nama kedai dengan tulisan jawi.Tidak kira samada kedai itu adalah kedai cina mahupun india.
Ini satu faktor atau bukti kerajaan kelantan yang telah berjaya menetapkan syarat kepada pengiklan-pengiklan yang mahu mempamerkan iklannya di kelantan.
Daripada penetapan syarat sebegitu, impaknya begitu positif untuk rakyat-rakyat negeri itu.
Mungkin bagi rakyat kelantan,ini merupakan perkara biasa bagi mereka tapi bagi rakyat negeri lain yang masih terlibat dalam secularism atau sebaliknya rasa terkejut diselangi perasaan kagum bagi sesetengah mereka.
Kalau kamu semua tak pernah menjejakkan kaki di kelantan,mungkin kamu patut lakukan.Bukan untuk saja-saja,tapi untuk merasai perbezaan negeri kelantan dengan negeri yang lain.
Mungkin satu lagi negeri di malaysia ni akan berbuat demikian dan masih dalam perancangan.Nak tau lebih lanjut bacalah newspaper.Jangan tanya aku..hehe.

Monday, July 28, 2008

Hari ini Dalam Sejarah

Kali pertama,
Aku mengukir sejarah,
Membeli sebuah buku,
Walaupun malu untuk mengatakan disini,
Duit yang banyak disalurkan ditempat yang tak sepatutnya,
Tentu anda masih bertanya tentang buku apakah itu?
Itulah buku agama.
Ditulis sepenuhnya oleh Dato' Dr Haron din.
Mengenai persoalan soal jawab agama ilmu fekah.
Dibeli disebabkan risau duit tu diseleweng ditempat lain,
Mengapa mesti kedekut untuk membeli buku ilmiah untuk santapan rohani,
Sedangkan tidak kedekut untuk menonton wayang, bowling, komik, dvd, baju& seluar dll.
Aku harap,aku boleh spend duit untuk beli buku sebegitu lagi..
Jadi,alang-alang aku dah tulis blog ni,aku nak promote kamu semua untuk beli buku ni..Serius best dan tak menyesal..
Beli jangan tak beli..!!

Wednesday, July 23, 2008

Duit-duit ! dimana kau duit?

Duit tu satu objek yang paling penting buat kita
Tanpa duit,semua tak menjadi
Dengan duit,kita juga lebih mudah didampingi oleh si pembodek-pembodek tegar
Dengan duit juga,kawan akan menjadi ramai
Termasuk teman wanita
Duit sebenarnya akan jadi berat dan besar untuk disumbangkan kemasjid-masjid dan majlis ilmu,
Tapi,akan jadi kecil amat bila digunakan untuk menonton wayang, bowling, belanja awek makan, topup, rokok, minyak kete dan beli dvd.
Pernah tak terfikir semua tu?
Mungkin kita akan menjadi lebih kedekut jika ekonomi belanjawan kita semakin meleset.
INGAT wahai kamu!
Jangan jadi hipokrit
Pegang satu prinsip ni!
Kita tak akan menjadi miskin jika bersedekah ke jalan yang benar.
Belajar untuk menjadikan duit itu kecil dalam memberi sumbangan kepada masjid-masjid , pusat pembelajaraan,rumah anak yatim dan fakir miskin,
Termasuk diri si penulis entri ni..
Renung-renungkan....

Sunday, July 20, 2008

Confused status

Baru-baru ni aku ke suatu negeri yang terkenal dengan seni warisan batiknya.
Sedang aku berhenti berehat di sebuah petronas,aku melihat sebuah kereta iswara di sebelah kereta yang kami naiki.
Kelibat yang keluar adalah seorang wanita secara fizikalnya berjalan berlenggang-lenggok menuju ke kaunter.
Pada mulanya aku tidak memerhatikan wanita tadi,tapi selepas memberku mengatakan bahawa itu adalah maknyah,aku mula membuka mata bulat-bulat.
Secara fizikalnya memang kelihatan seperti seorang wanita sejati.
Setiap gerak geri diperhatikan dengan teliti.hehe
Tiba-tiba,wanita tadi menyelup poket untuk mengangkat telepon bimbitnya yang berdering.
Bila sampai masa wanita tadi bercakap,aku terkejut dan terkebil-kebil bila mendengar suara garuk yang terpacul dari mulutnya.
"Mak aih,kusangkakan wanita beranak dua,tapi rupanya mak nyah da..Betul cakap ko!"aku menggeleng kepala.
Pemerhatianku terhenti disitu dan aku terus mencapai makanan yang ada didalam kereta sambil merasa kegelian.
IshIshIsh.

Monday, July 14, 2008

Sorry,I'm not kelantanese.

Tajuk di atas hanyalah ungkapan yang masih terbuku di hati dan sukar untuk diluahkan kepada seorang fulanah (bukan nama sebenar) ni.
Baru-baru ni aku ada join satu aktiviti ringkas yang melibatkan beberapa muka baru yang aku tak kenal.
Si fulanah ni ni seorang wanita yang juga tidak mengenali aku.
Waktu yang sama kami berkerjasama untuk memastikan aktiviti yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Tiba-tiba,si fulanah ni bertanyalah dengan aku,"awak ni orang kelantan kan?"
Tanpa sempat membalas, si fulanah ni terus cakap kelantan dengan aku(in not pure kelantan language)
Aku pun mengukir senyuman dan mengangguk tanda paham apa yang diminta.
Memang aku tak nafikan ramai yang salah meneka asal usul aku.
Secubit pun aku takde unsur-unsur darah kelantan.
Tapi nak buat macam mana?Aku dah tak sempat nak cakap..
Bagi si fulanah ni,aku harap kamu dapat tahu bahawasanya aku bukanlah orang kelantan melalui blog aku ni(Aku macam mana?)
Hekhek.

Saturday, July 12, 2008

Deal with man is easier than machine

In malay translation,
Berurusan dengan manusia lebih mudah dari mesin?
Betul ke?
Contoh mesin yang kerapkali kita berurusan antaranya
  1. mesin air tin/kotak/mineral
  2. mesin makanan kering
  3. mesin basuh bersyiling
  4. mesin topup
  5. telepon rumah bersyiling
Jikalau orang lebih suka menyatakan pendapatnya bahawa mesin ni mudah,simple,always available 24 hour,tapi aku menolaknya sama sekali.

Biar apa nak dikata,aku sudah rugi beringgit-ringgit gara-gara berurusan dengan mesin yang dikatakan simple mudah dan lain-lain.

Mungkin dengan mesin 1,2,3 dan 5 tiada rasa rugi,tapi mesin yang 4 mungkin membuat kamu menyesal selamanya.Tambahan lagi,manusia yang gemar membeli prepaid RM 30.

Jadi,aku suggest kepada kalian untuk memilih untuk berurusan dengan orang daripada mesin melainkan kamu yakin dengan mesin itu ataupun kamu dalam keadaan yang emergency.Tapi,aku yakin kamu bijak untuk mengatasi masalah ini..

Monday, July 7, 2008

Restoran susah dilupakan makanan laut

Ada satu tempat yang paling aku kagum setakat ni.
Sebab apa?
Sebab tempat tu mempunyai satu nama restoran yang panjang lain dari yang lain.
Kalau korang nak tahu,tengokla sendiri kat bawah ni.
Nama restoran ni melebihi 4 patah perkataan.
Mungkin sesetengah dari kamu pernah mengunjungi restoran ni atau tempat yan ada signboard ni.

Saturday, June 28, 2008

Lrt ngan Putra..Macam mana nih?

Aku ni jenis yang tak berapa suka ke KL menaiki Lrt secara berkeseorangan.
Sebab aku tak berapa pastila.
Aku juga tak dapat bezakan stesen Lrt atau putra.Sebab dia punya destinasi berbeza.Tak sama.
Confusing...
Main naik je.Pernah sekali aku naik Putra,tapi nak menuju destinasi ke titiwangsa.
Naik punye naik,takde dalam list trip.Tapi,mujurlah aku dah diberitahu sebelum beli tiket oleh penjual tiket kena naik dari masjid jamek dulu.Tu pun sebab bertanya.
Memang gelabah betul.Tapi,monorail tau pulak aku bezakan.
Pernah sekali aku tersilap memilih laluan.Maksud aku,kan LRT ada pecah dua laluan.
Aku memilih laluan ke belah kanan yang tripnya tak melalui destinasi aku melainkan berpatah balik.
Bila sampai ke destinasi terakhir,semua penumpang turun kecuali aku.Aku jadi gelabah dan serba salah bila tengok dalam LRT tu kosong dengan penumpang.
Aku dah siap berdiri untuk keluar,tapi niatku dibatalkan apabila melihat penumpang dari luar berpusu-pusu masuk kedalam LRT tadi.
Aku lega bila dapat tahu LRT tadi bergerak menuju balik destinasi aku.
Tu la dia cerita bila orang bukan KL masuk KL.
Bagi orang KL,diorang dah biasa kat tempat-tempat macam tu.Jadi takde masalah.
Ni,bukan kali pertama aku terkena,tapi dah banyak kali jugaklah.
Baru-baru ni aku mendapat hidayah untuk mengkaji semua kesulitan dan kekeliruan mengenai isu ni.Mungkin sebab aku asyik menghadapi masalah yang sama menempuh LRT.
Mengadap laptop search kat internet.Abis citer.Bukan susah untuk belajar.Cuma kemahuan tu perlu ada.
Aku tau kamu pun pernah berada kat situasi aku.
Jangan nak tipu la..hehe.

Wednesday, June 25, 2008

Solat rawatib itu sunat ajela

Aku pulang ke kampung untuk bercuti.
Familyku yang lain juga pulang bercuti termasuk kakakku.
Tiba-tiba,"Din,ada tak buku-buku lama yang tak guna masa sekolah dulu?"pinta si kakak.
"Nanti jap,cari kat dalam laci"Aku membalas secara spontan.
Aku pun selongkarla almari ni dan membelek beberapa buah buku tulis sekolah menengahku.
Sedang aku membelek buku-buku tulis tadi,aku terjumpa satu buku tulis lamaku yang tiada tajuk mata pelajaran didepan.
Isi kandungan didalamnya hanyalah tercatat "Saya akan solat sunat rawatib setiap hari"
Ayat tu ditulis dari muka awal sampai muka akhir.Penuh satu buku dengan ayat tu.
Mak aih.Aku tergelak besar bila terbaca buku tu dan sekaligus teringat zaman menjadi mangsa denda dengan senior dulu.
Masa zaman tu,kalau tak solat sunat rawatib umpama melakukan satu jenayah besar gile.
Aku dah hampir melupakan kisah silam yang pahit tapi lucu tu.
Tapi,Bila difikirkan balik pada masa tu,memang padan muka aku...hehe

Wednesday, June 18, 2008

Haiwan peliharaan baru

Buat semua pembaca blog aku!

Aku ada satu announcement penting.

Dalam 3/4 hari aku ada hal.Jadi,aku tak dapat nak jenguk blog aku selalu.

Cuba tengok diruangan sudut kiri anda!

Terdapat binatang peliharaan aku yang baru aku beli.

Aku harap korang dapat jaga binatang aku ni..

Bagi makan.Tapi ,jangan bagi makan lebih-lebih lak.

Karang berlaku contamination.

Nak bagi makan left click.

Satu lagi,jangan buli pets aku ni.

Thankx tidak terhingga bcoz sudi menjaga..

Thursday, June 12, 2008

Betul! Rambutku tak serabut.

Bila sebut pasal rambut ni,aku sensitif sikit.Aku tahu ramai yang dengki dengan rambut aku.Tak kurang dengan pujian dan cercaan, turut diselangi dengan sindiran yang tidak membina.Mungkin nak buat aku down la tu.Tapi,aku seorang yang cekal.Akan kujaga dan simpan rambutku yang lawa ni.Kat bawah ni ada beberapa dialog orang mengenai rambutku yang menjadi kegilaan ramai ni.

Kakak:fuh! Akak tengok ko dah macam artis la.Rambut panjang.Nampak dari jauh tadi ingatkan artist mana tadi.

Aku:Buat muka bangga.
*******************************************************

Mak:Oit,panjang nye rambut.Dah macam anak orang putih dah ni.Dulu janji nak potong?

Aku:Hehe.(senyum menampakkan gigi.)
*******************************************************

Abang1:Rambut ko dah sikit tak ubah macam orang asli kat sekolah abang.

Aku:Kurang asam betul.Mentang-mentang dia cikgu kat sekolah orang asli.(muka bengang)
*******************************************************

Abang2:Mak aih!panjangnya..

Aku:Muka bangga
********************************************************

Abang3:Oiih(kagum).Abang dulu mcm ko gak.Kalau mak bising.Diam je.Simpan panjang-panjang.Baru puas hati..

Aku:Bagus2,Tu yang terfikir kat kepala ni.Jom gi makan luar,aku belanja.
********************************************************

Ayah:Hmmm(menarik nafas panjang).Rambut ni bila nak potong?Esok dah nak balik kolej...

Aku:Tidak bersuara sepatah pun.Cuma mengukir senyuman.
********************************************************

Kawan1:Dulu rasa rambut ko tak macam ni..

Aku:Tu la pasal.
********************************************************

Kawan2:No comment.

Aku:Memilih untuk berdiam diri.
********************************************************

Aku tengok balik dialog tadi,teringat beberapa perkara.
Yang pertama nape diorang ni jeles dengan rambut aku.
Yang kedua,buruk sangat ke rambutku ini.Aku rasa ok je..


Cuba korang tengok sendiri.Aku rasa takde buruk pun.OK je.Kan!,kan!,kan!

Tuesday, June 10, 2008

Dulu kala, dan kini (Baik takyah hidup la wei!)

Dulu aku ingin menjadi seorang yang dewasa.
Ingin belajar dengan tanpa paksaan dan ikut mood macam di universiti,
Ketika belum sekolah,teringin nak jadi orang besar sebab tak suka kena marah.AlMaklumla budak kecik kan selalu kena marah sebab nakal.
Masa aku sekolah rendah dulu,teringin nak masuk sekolah menengah.Nak masuk asrama la kononnya.Tapi,bila dah dapat masih tak puas hati.Aku rasakan asrama aku ni seolah-olah macam penjara.Setiap hari berkawad,berhimpun,berpakaian kemas,senang cerita berdisiplin gila.Ya,berdisiplin GILA.
Aku tahu Memang benda macam ni bagus,tapi dah terlebih limit,macam berada kat kem tentera.Bayangkanlah, pagi, tengahari, petang dan malam.Kawad sentiasa.Kalau lambat belum cerita lagi.
Masa masuk form 1 dulu,teringin nak jadi form 5 sebab takde kena buli,raging,kena arah buat tu,buat ni.
Bila dah form 5,aku still tak puas hati dan teringin nak masuk universiti,boleh belajar tanpa jadual dan paksaan macam sekolah menengah dulu.Boleh stay up tgh malam.Hidup pun tak rasa terikat sangat.
Bebas.Ya, Aku nak BEBAS!.
Bila dah masuk universiti,aku sememangnya bebas,tapi not really.Aku kini hidup sengsara dalam study.Betapa susahnya nak study kat universiti ni.Setiap ujian dikira markah dan dibawa sampai ke final exam.Tak macam primary ngan secondary school dulu.Just tumpu untuk PMR ngan SPM.Dulu aku ingatkan mudah untuk score 4.o di universiti,tapi bila cuba baru tau.
Bila dah masuk universiti,teringin pula untuk bekerjaya.Maksudnya KERJA.Ada duit sendiri.Tak perlu bergantung pada orang lain lagi.Tapi,kadang2 rasa nak masuk sekolah rendah balik pun ada.Tak payah belajar susah2.Tapi,result power.Main hari-hari tak fikir apa-apa masalah pun.
Aku tahu,bila dah kerja nanti,aku akan rindukan saat belajar di universiti.
Tapi,aku ada target baru sekarang,aku nak pencen terus.Duduk rumah berlenggang,gaji jalan.haha.
Kalau macam tu,serupa takpayah hidup la kot..hehe.Manusia ni memang taktau bersyukur.

Monday, June 9, 2008

Kisah Razak dan Ramli

Nabi kita pernah bersabda bahawa umat akhir zaman nanti akan terdedah dengan riba tanpa disedari walaupun ulamak sendiri.Kalau tak kena yang betul-betul punya,dia akan kena tempias riba walaupun benda ini tidak disengajakan.


Namun,kata-kata nabi sememangnya benar.Dizaman era globalisasi ni atau boleh dikatakan akhir zaman,ramai yang bergelumang dengan riba termasuk saya sendiri.Contohnya macam bayaran ansuran kenderaan, rumah, pinjaman bank,loan shark dan banyak lagi.


Sebenarnya kat sini saya nak ceritakan tentang riba yang tidak disedari.Saya bagi satu contoh mengenai pinjaman kenderaan.Situasi ni biasanya berlaku dikalangan kawan-kawan, pelajar universiti,budak-budak remaja yang sedang mengumpul duit.


Sebagai contoh,Ramli ingin meminjam kereta si Razak.



Ramli:Razak,aku nak pinjam kete kejap.Nak pegi pekan la.Beli barang.


Razak:boleh,boleh..Tapi isi sikitla minyak moto tu.Lagipun aku dah lama tak isi semalam.


Dalam situasi ni dikatakan riba.Sebab Razak memberi pinjam keretanya tapi bersyaratkan isi minyak kenderaan tersebut.Kalau mengikut fahaman atau takrif pinjaman,anda boleh meminjam sesuatu barang itu dan kemudian dipulangkan dengan barang tu jugak.Tanpa sebarang interest ataupun syarat.INGAT! tanpa syarat.


Kalau anda nak peminjam mengisi minyak tanpa dikatakan riba,lakukan macam situasi ni:


Ramli:Zak! aku nak pinjam moto kejap.


Razak:Taknak bagi pinjam! Sewakan kat kamu bolehla.Bayar RM 2. jeSebab aku dah tak berapa ada duit untuk isi.Maklumla,minyak dah mahal sekarang.


Dalam situasi ini betul dan tidak bercanggah dengan islam.Kalau sewakan takpe.Sama-sama puas hati.Terutamanya pemberi pinjam.Tapi,biasanya pihak peminjam patut memahami dan tahu membalas budi kepada pemberi pinjam.Itu anggaplah sebagai membalas budi dan jasa kepada kawan yang telah memberi pinjam tadi.Kalau dah agak-agak nak kering minyak kawan tu,patutla diisi.Jangan dibiarkan E selalu.


Saya tidak tujukan kat sapa-sapa mesej ni,tapi nasihat umum kepada semua pembaca blog ini termasuk diri saya sendiri..Wassalam

Friday, June 6, 2008

Aku ketagihan


Baru-baru ni aku ketagihan semula.


Bertahun-tahun aku terjebak dengan benda ni.


Aku mencari bahan ketagih aku.


Bila aku dapat benda ni,Aku lega..


Seperti dalam dunia sendiri.


Aku pernah membeli banyak stok masa sekolah dulu.


Walaupun sukar untuk ke bandar pada masa tu.


Tapi,dengan bantuan orang dalam,semuanya settle.


Pernah parents aku berusaha bawa aku ke pusat perubatan untuk memulihkan masalah ini.


Tapi cuma berkesan sekali,itupun dalam tempoh yang sekejap.


Namun,ketagihan ini kembali bermula.


Setelah lama aku tinggalkan.


Tapi,bagus juga.


Fuh!nasib baik ada ko..






Kini,hingusku tak meleleh lagi.Lega.hehe.






Wednesday, June 4, 2008

Petua untuk Guru

Kalau anda seorang guru, ataupun tutor mahupun pensyarah, fahamilah tahap kebosanan student anda.Anda boleh tahu sama ada student anda masih bersama anda atau pun tidak jika nampak student anda dalam situasi begini:


1)Menguap beberapa kali ketika anda mengajar.

2)Tidur dengan nyenyaknya ataupun yang lebih hebat lagi disertai dengan dengkuran.

3)Melihat jam tangannya beberapa kali.Kalau takde jam tangan,jam dinding di depan menjadi pusat rujukan masa.

4)Termenung jauh ataupun melihat di luar tingkap.

5)Bergurau senda dengan rakan sekelilingnya disertai gelak tawa.

6)Bertanya soalan yang bukan-bukan kepada anda.Contohnya soalan basic yang generally semua orang tahu.

7)Mengetuk meja menggunakan jari secara perlahan-lahan dan penuh psikologi.

8)Sering merenung di bawah (lantai) sambil buat muka bosan.

9)Mempunyai meja yang diatsnya clear atau tiada buku yang terbuka dengan alat tulis.

10)Tidak memegang alat tulis sebaliknya sudah menyusun buku di atas meja.

11)Kerapkali ke toilet dengan keadaan selamba.(seolah-olah takde sebab)

12)Bermain jet-jet semut siapa sakit naik atas semasa kelas .(biasanya student yang duduk di meja belakang)

13)Menadah tangan dengan sambil mulutnya terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu.(berdoa agar pintu hati guru terbuka untuk menamatkan kelas segera.)

Benda yang macam ni biasanya dilakukan oleh budak sekolah harian dan asrama.Reasonnya, tepuk dada tanya selera la john!

Harga Minyak naik lagi

Aku terkejut bila mendapat berita dari surat khabar bahawa minyak petrol dan diesel kat malaysia hari ini naik lagi sehingga mencecah Rm0.70-1.00.

Kini,harga petrol sudah mencapai Rm 2.78 seliter.

Begitu jugak dengan diesel yang sudah naik dari Rm 1.58 ke Rm 2.58.

Apa yang aku kesalkan adalah kenapa kerajaan menaikan harga minyak begitu pesat sekali.Walaupun aku tahu jawapannya.Takkan kerajaan tida inisiatif lain untuk membantu rakyat dalam menangani masalah ni.

Sekarang ni tahun 2008 adalah tahun paling banyak kenaikan harga barang.Semua benda naik.Walaupun minyak yang digali di bumi malaysia sendiri.Bukan itu saja,tambang bas juga akan naik sebanyak 100%.

Tarif elektrik juga akan naik pada awal bulan Julai akan datang.Belum lagi isu makanan seperti gula dan beras yang dah naik baru-baru ini.

Beras kini sudah naik harganya berbanding dulu sebanyak Rm 4.00.Itupun bergantung pada jenis beras.Ada yang sampai mengatakan kita patut kembali kepada makanan ruji kita dulu iaitu ubi kayu dan keledek.

Aku termenung seketika bila memikirkan masalah ini.Kalau gaji rakyat dinaikkan setiap kali kenaikan harga barang ada jugak bagusnya.

Benda macam ni tak menjadi masalah bagi golongan yang berkemampuan tapi amat perit untuk diterima bagi golongan yang miskin, sederhana dan para pelajar IPT.

Aku juga yakin majoriti rakyat malaysia menindas kenaikan harga minyak dan runcit yang kni semakin menjadi-jadi.

Di bawah ada aku sertakan graf untuk kenaikan harga minyak dan petrol di negara kita sejak tahun 2004.


Tuesday, June 3, 2008

Malu Bertanya Sesat Jalan

Siapa tak kenal adik gambang?

Kalau tak kenal,Nanti aku perkenalkan.

masa mula-mula aku jumpa dia dulu,ketika naik kereta

aku tidak bertegur sapa,cuma memperkenalkan nama sahaja.

Lama-kelamaan,dia semakin cuba bermesra dengan aku,soalan-demi soalan diajukan kepadaku,namun jauh di lubuk hati kecil ni kata
"bila ko nak balik sial",walaupun perit untuk diluahkan melalui lidah.

Itulahlah dia adik gambang yang masih menuntut di sekolah form 6 dekat gambang,kuantan.Beliau kerap memegang peribahasa melayu malu bertanya sesat jalan.Tapi,beliau datang tempatku tanpa tujuan dan aku pun tak pasti.

Aku masih ingat lagi first question dia dulu,"mintak maaf kalau soalan ni memberatkan kepala abang,CTS tu stand for what?"

Aku tidak menjawab,sebaliknya Helmi mencelah untuk menjawab.

Soalan demi soalan diajukan.Yang pentingnya soalan akan bermula begini"maafkan saya bang,nak tanya sikit,"

Ada satu hari aku sedang sibuk dengan kerja,beliau datang dan mahu ajak bersembang,namun mood aku tak berapa baik sangat ari tu.

Aku menjawab soalan-soalan beliau dengan sambil lewa dan tidak berperasaan.

Pada waktu itu roomate2ku sedang bermain gitar dan memasukkan kata-kata sindiran
mengenai aku dan adik gambang tadi didalam lirik lagunya.

Waktu tu adalah waktu keemasan bagiku untuk mengenakan balik roomate2ku itu.

Aku suruh adik gambang tadi pergi ajak bersembang dengan roomate ku tadi.Dan aku mengatakan bahawa roomateku sporting habis.

"betulke bang?"tanyanya dengan penuh minat.Aku mengangguk tanda betul.

Dengan seberapa pantasnya,dia ke compartment roomateku yang main gitar tadi untuk bersembang.

Soalan-demi soalan diajukan sampai mereka pening kepala dan tension.
"Haa.Lu kenabeb!.kutuk lagi aku..hehe..Kan dah pening kepala..aku menghantar kata-kata kutukan melalui vypress.

Sebenarnya,orang yang banyak bertanya ni adakalanya bagus,dan adakalanya annoying.Depend jugak la.Tapi,bagi aku kena tengok orang gak la.Kalau pasal pelajaran mungkin boleh consider.

Tapi,aku yakin,kalau korang dalam situasi aku,korang mesti cakap."wow.memang takleh blah la budak ni",

Aku juga yakin kalau korang jumpa orang yang macamni korang akan cakap macam matematismuda cakap "Sheeet".

Saturday, May 31, 2008

Title oh title


Sebenarnya aku memang nak tukar title untuk blog aku ni.

Tapi taktau bila.

Tapi,arini aku secara rasminya ingin memperkenalkan title baru aku.

Aku rasa kali ni dah masuk 5 kali aku tukar title blog.

Nama jagatraya is not for listener akan ditukar kepada title baru.

Haa.tengokla sendiri kat atas.hehe

Wednesday, May 28, 2008

Sorrowful moment.That's unforgettable!

Cikgu! shave tu maknanya ape?

Dengan tersenyum,beliau menunjukkan gaya seseorang mencukur jambang.

ooo.bercukur rupanya.Demikianlah hari-hari berikutnya.Soalan demi soalan telah diajukan kepadanya jika terdapat kemusykilan dalam pelajaran.

Ada sekali tu,apa beza graceful,carefull ngan gracious cikgu?

Lalu beliau menerangkan satu persatu dengan ringkas tapi padat.

Itulah dia cikgu Ahmad atau lebih mesra dipanggil cikgu Mat.

Ada pernah sekali aku terpanggil 'AYAH' sewaktu bertanyakan soalan.Semua student lain terkejut seketika.Begitu juga aku.Bukan sengajaku memanggil beliau dengan panggilan sebegitu,cuma terbiasa memanggil ayahku di rumah.

Ayahku juga seorang guru disebuah sekolah.

Ooh.Alangkah indahnya kalau kembali ke zaman tu..10 tahun yang lalu.

Tidak menghadapi segala masalah pelajaran.Sebab mempunyai seorang guru yang penyayang dan mengajar tanpa jemu.

Walaupun beliau hanyalah guru tuisyen.

Imbasanku berakhir disitu..

Sedang aku tersengih keseorangan bermain game,aku menerima satu mesej dari bonda tersayang.

Kucapai dengan curious menantikan mesej yang keluar.

Din,cikgu mat yang ajar tuisyen tu dah meninggal pagi tadi.


Aku terkedu seketika.

Lidahku kelu.Tak terkata apa-apa.Ku baca mesej tu berulang kali untuk memastikan tiada kesilapan yang ditulis.

Terlintas dalam benak hatiku,baru bulan lepas aku jumpa beliau daam keadaan sihat.Aku masih tak percaya dan bingung.

Jujurnya aku terkejut dan serta merta aku call bondaku untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Inginku balik,tapi apakan daya kerana jauhnya tempatku belajar dengan kampung halaman.

Sewaktu berbual,bondaku ada menceritakan bahawa cikgu mat amat menyayangiku.Dia selalu bertanya tentang progressku,dan memberi galakan kepadaku agar terus maju kehadapan.

Air mataku mengalir tanpa disedari bila mendengar ayat shahdu bondaku.

Bila kuimbas balik 10 tahun yang lalu,kenangan bersamanya,

Terlintas difikiranku untuk pulang ke kampung menjenguk beliau buat kali yang terakhir,tapi apakan daya setelah kuterima berita kematiannya dalam tempoh setengah jam lagi untuk beliau dikebumikan.

Aku termenung seketika.Memikirkan dan mengenangkan kebaikannya kepada aku.

Kuambil wuduk dan membentangkan sejadah.

Kucapai surah yassin untuk dihadiahkan kepadanya.

Esoknya,aku masih teringat akan beliau.Masih tak dapat menerima kenyataan.

Sebenarnya bukan senang untuk belajar menerima kenyataan.Cuma senang untuk mengajar orang untuk menerima perasaan.

Tapi,aku teringat akan pesanan ayahku kepadaku,"janganlah bersedih sangat tentang kematian sedangkan setiap yang bernyawa tu pasti menemui mati".

Aku termenung dan berfikir panjang.Lama jugak aku termenung.Lama-kelamaan,barulah aku mengerti dan dapat menerima kenyataan serta sedar bahawa mati itu tidak menunggu kita.

Sama-sama kita doakan semoga roh beliau berada dikalangan orang-orang yang soleh.
AL-FATIHAH