Tuesday, August 26, 2008

Masa

Baru-baru ni,aku dipengaruhi hari-hari kesuntukan.
Maksudnya setiap hari mempunyai agenda tersendiri sehinggakan berlakunya ketidakcukupan masa.
Tapi,mujurlah semua tu dah berakhir untuk sementara waktu.
Masakan tidak,setiap hari aku harus bersedia untuk menghadapi mid term exam,assignment,program dan presentation.
Masa yang dianugerahkan oleh tuhan rasa tidak mencukupi.
Mungkin disebabkan aku ni tidak pandai mengurus masa dengan betul.
Ishh,Ishh,Ishh.

Bila difikirkan tentang masa,aku terfikir kalau didunia ni ada sebuah kedai yang menjual masa.
Tentu aku tak perlu susah-susah lagi untuk membuat assignment last minit,
Aku juga tak perlu susah-susah bersengkang mata untuk berjaga malam demi pelajaran.
Tidak perlu kelam kabut dalam pergi ke kelas.
Semuanya boleh ditambahkan masa dengan duit.

Tak cukup dengan tu,bila difikrkan tentang masa,
Kan bagus kalau masa tu boleh di pause.
Tak perlu aku susah-susah lagi berkejar sana,kejar sini.
Demi meningkatkan pointer yang sedia ada.
Boleh gak meniru dalam dewan exam bila masa di pause.

Walaupun itu bukanlah realiti yang sebenar,tapi alangkah bagusnya kalau begitu.
Ciss.Bercakap seolah-olah seperti orang yang sudah berputus asa.
Bila diamati balik lirik lagu Raihan(Demi Masa),barulah terasa kesahihannya.
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sempit
Kaya sebelum miskin
Hidup sebelum mati

Kalau aku amik serius line ketiga tu,mesti aku sentiasa mempunyai masa yang berlebihan malah melimpah lagi.
Ishhh.

5 comments:

nurilahi said...

yang penting berkat masa tu sendiri.

Sibuk macam mana pun, rasa tak sempat camne pun, tapi rasa macam dipermudahkan je sume urusan. Dalam kelam kabut, tetap siap asignment. Dalam tak habis study, tetap rasa cam oklah jawab exam.

:D

Moga sama2 dapat keberkatan masa. Ameen

Jagatraya said...

ameen

szakif said...

Allah itu adil. setiap orang dapat 24 jam sehari. tak lebih tak kurang. fair and square.

tapi camne orang lain boleh uruskan masa dia eh?

pasal diorang pandai uruskan mase diorang la!

Jagatraya said...

betul tu en zaki...

dammit said...

aisehman. sume org buat tazkirah skrg. thanks sbb ingatkan aku yg pelupa ni.haha