Friday, July 24, 2009

Ketibaan entri ke-100 buat si blogger yg pemalas update

Akhirnya,sampai juga entri yang ke 100 buat Aku Macam Mana?
Dalam tempoh yang lebih 3 bulan pertukaran tampuk kepimpinan negara, banyak pembaharuan yang telah berlaku dalam negara Malaysia yang tercinta ni.
Antaranya isu PPSMI yang telah menjadi kontroversi dikalangan orang melayu,ahli-ahli bahasa, tokoh korporat, politician dan golongan pendidik.
Mengikut statistik aku yang telah dibuat secara kasar,kebanyakan guru yang mengajar pelajaran sains dan math dalam bahasa inggeris menentang sistem ni.
Especially bagi guru yang terpaksa mengajar dikawasan pinggir bandar,pedalaman, ceruk dan kawasan penempatan orang asli.
Kalau korang tak berada tempat diorang,mungkin korang tak faham sebenarnya.
Sebelum tu,aku nak ucapkan jutaan tahniah kepada menteri pelajaran kita Datuk Seri Mahyuddin Yassin(merangkap TPM) kerana telah memansuhkan sistem PPSMI ni.
Ramai yang marah bila PPSMI ni dimansuhkan kerana memundurkan rakyat atau biarkan mereka lemah dalam mendalami ilmu sains dalam english.
Sebenarnya,kita perlu memandang dari beberapa aspek tentang PPSMI ni.Tentang anak-anak melayu(pinggir bandar) yang mengalami masalah kefahaman dalam pengajaran bahasa luar dalam subjek sains dan math.
Sehinggakan,guru-guru terpaksa mengajar 2 kali dalam satu hari tentang pelajaran yang sama.Di waktu pagi, cikgu akan mengajar sepenuhnya dalam bahasa inggeris.Di waktu petang pula, cikgu akan mengajar balik dalam bahasa melayu.
Kan ini membuang masa bagi guru-guru dan pelajar tersebut.Senang cerita,kerja buat dua kali.Itu pun tak semestinya berkesan.
Aku ader cerita mengenai beberapa kisah pelajar kampung yang berbangsa melayu yang mengalami masalah dalam pelajaran terutamanya dalam math dan sains dalam b.inggeris.
Kisah ni diceritakan oleh sepupu aku yang menjadi guru sementara di sebuah sekolah di pinggiran bandar.
Sepupu aku ni seorang guru sanis dan matematik dan dia melihat masalah pelajar-pelajarnya yang terlalu lemah dalam bahasa inggeris.
Tapi,sepupu aku ni seorang yang gigih mengajar.Dia sanggup buat kelas tambahan sendiri untuk anak murid yang lemah ni.Almost everyday,dia akan stay disekolah smpai ke petang untuk mengajar anak murid yang lemah ni.
Sampai satu hari anak murid dia ni mengeluh.
"cikgu,tak payahlah buat lagi kelas tambahan ni."kata salah sorang dari diaorang.
"kenapa pulak"?balas sepupu aku.
"Kitaorang dah pikir dan tahu nak jadi ape bila besar nanti cikgu"
"Oooo.bgsla.Ada matlamat.Nak jadi ape bila besar nanti?"balas sepupu aku.
"Saya nak jadi drebar lori.Abu nak jadi pengutip sampah.Ali pulak nak jadi tukang kebun."kata diaorang.
Haa.Ape perasaan korang bila anak murid korang cakap macam tu. Walupun nasib diorang boleh berubah,janganla disebabkan PPSMI dan subjek bahasa inggeris diorang pasrah dengan hidup.Dan berserah kepada arus takdir.
Memangla PPSMI ader kelebihannya.Tapi,kan bagus kalau diperingkat asas di sekolah rendah dan menengah diajar dalam B.melayu.Sekurang-kurangnya asas mengenai sesuatu pelajaran tu ader. Kalau subjek bahasa inggeris tu ditukar silibus dan teknik pengajaran seperti muet.Ada listening dan speaking skill.
Bila di peringkat U tu kira lainla.Kerana IQ kita dah developed dan semakin matang.Serba-serbi asas math dan sains semuanya dah tahu.English pun dah powerful dah.

Monday, July 20, 2009

Cerita lama usah dikenang

Sayang seribu kali sayang,
Masa berlalu begitu cepat
Dah lama aku tak update blog ni.
Maklumla,sibuk memanjang.(buat-buat sibuk).
Hari ni aku mengambil kesempatan untuk membuat entry baru.
Entri hari ni dihasilkan dengan lagu rock kapak headwind.
Tajuk dia "berakhir satu percintaan".
Mungkin sesuai untuk entri ni dan suasana mood dia.
Aritu,aku berjalan membeli pisang goreng di cafe.
Sedang aku berjalan,aku terjumpa seorang gadis cun yang bertudung.
Rupa-rupanya dia adalah cinta pertama aku di sekolah rendah 12 tahun dulu.
Aku pernah menaruh harapan yang tinggi masa sek rendah dulu.
Tapi,yela kan.Cinta monyet.
Tapi,Specialnya,muka dia tak berubah langsung dari dulu sampai sekarang.
Kami terpisah selepas darjah enam.Dia pergi tanpa khabar berita.
Dan Aku pun tak tau dia dah kat mana sekarang.
Tup,tup,jumpa la pulak kat sini..
Hmmmm.Waktu tu,jantung aku ibarat ditusuk panahan yang aku pun tak pasti ape tu.
Aku pandang curi-curi muka dia,kemudian toleh seperti biasa berpura-pura tak kenal.
Hmmm.Tapi,aku tengok muka dia macam takde reaksi pun.
Seolah-olah seperti tak kenal aku pulak.
Kemudian,aku dengan ego seorang lelaki terus pergi meninggalkannya tanpa bertegur sapa.
Haha.Habis cerita...

Thursday, July 9, 2009

T**k!

Aku kebuhsanan baru-baru ni.
Mungkin ni post terakhir sebelum masuk balik kampus kot.
Jadi,aku nak letak entri pasal satu cerita dongeng bukan realiti mengenai Pak Pandir yang terkenal dengan kelurusan dan kekurang cerdikkan beliau.
Ceritanya berbunyi begini
Al kisaaaaah.....tersebut la kisah....

Sedang Pak Pandir berjalan-jalan pada suatu pagi,dia terpandang satu benda berwarna kuning di atas tanah.Hampir saja dia terpijak benda tu,tapi nasib baiklah Pak Pandir perasan.
"warna macam t**k, bentuk macam t**k, tapi betul ke t**k? kata Pak Pandir sendirian.Lalu dia pun membongkok.
"Isy, rasa-rasanya betullah t**k.Tapi kalau betul t**k, tentu baunya busuk.Baik aku cium sikit," lantas Pak Pandir mendekatkan hidungnya pada benda kuning yang selonggok tu,dan menghidunya.
"Uweeekkk!!Bau macam t**k!!" rengus Pak Pandir sampai termuntah lendir.Tapi,Pak Pandir masih tak puas hati.Dia masih ingin tahu,betulkah benda kuning selonggok atas tanah tu t**k?
"Warna macam t**k, bentuk macam t**k, bau macam t**k.Tapi,betul ke t**k? Baik aku rasa sikit.Lalu sambil mencangkung,Pak Pandir pun mencolek benda kuning tu dengan telunjuknya.PLUP, lembik aja bila dicolek.Lalu Pak Pandir suap ke dalam mulutnya.
"Uweeekkk!!!Ptuihhh!Ptuihhh!" Pak Pandir termuntah lagi,kali ni termuntah hijau pula.
"Cih, memang taik,nasib baik aku tak terpijak!"katanya lalu menyambung perjalanan menuju ke rumah Lebai Malang.

Aku ade satu teka-teki bodo..
Dalam banyak-banyak kereta,kereta ape yang orang tak panggil kereta?
Haa.Jawab jangan tak jawab..

p/s:Entri ini menitik beratkan kesopanan dan ketatasusilaan.Mekasih kerana sudi membaca.

Monday, July 6, 2009

Karnival Belilah barangan buatan Malaysia di Menara condong

Seorang pembeli tengah confuse untuk membeli barang di karnival

Cuaca panas terik tidak menghalang untuk pengunjung datang ke karnival

Labu sayong dari kuala kangsar juga ade terdapat dijual disini

Bekas perhiasan yang dibuat dari getah dengan harga yang tertera di depan

Inilah kedai kopi cap ayam yang dkatakan paling sedap di T.Intan.Kedainya berhampiran menara condong.Kedai ni berjaya menaikkan nama ayam-ayam diseluruh Malaysia.

Jualan Batik turut dijual disini.Made in Perak beb.


Lihatlah keunikan menara condong ni.Kalau dari sudut ni, nampak condong bebenor.

Thursday, July 2, 2009

Di Malam yang sepi semuanya boleh berlaku

Seriyus,ni bukan cerita yang aku reka
Cerita ni benar-benar berlaku baru-baru ni.
Bagi siapa yang mengenali aku,simpan la cerita ni sorang-sorang ye.
Ceritanya bermula begini,
Satu malam tu aku keluar
Dari jauh aku dah nampak dia buat muka comel
Aku dah rasa tak sedap hati.
Tiba-tiba dia datang kepadaku
Dia datang menerpa aku secara tiba-tiba
Aku pun tak tahu kenapa
Kebetulan malam tu hujan renyai-renyai
Maklum la kalau dah hujan,suasana begitu sejuk sekali.
Kemudian dia menyentuh kaki kananku yang gebu.
Aku tersentak,
Yang mampu aku buat ialah meneguk air liur tanpa suara
Lepas tu,dia menjilat kakiku perlahan-lahan.
Lidahnya yang lembut tu menggugat aku
Tapi,aku berpura-pura tenang.
Aku cuba perhatikan tindakannya yang seterusnya.
Kemudian dia menggigit manja pulak dibahagian jari kakiku yang gebu tu.
"ahh.Ini takleh jadi nih!"desis hati kecilku.
Lalu tangan aku mula merayap dibahagian bawah
Menyekeh kepalanya.
"Wei,muhfawalmuqabbala!Ko ni tak abis-abis nak gigit kaki aku.Ko ingat ni daging ikan salmon ke?Aku taula kaki aku ni gebu!"
Haha.Sekali kucing aku da...