Wednesday, April 29, 2009

Laptop untuk dijual

Di sini ada satu laptop Dell untuk dijual. Second hand je. Harga RM2000(Negotiable)

  • Jenis:dell inspiron 1525
  • Processor: intel core duo t5450
  • OS:vista home basic Screen LCD:15′
  • RAM:2gb ram
  • HDISK:disk 160gb sata
Baru pakai setahun..free bag and mouse. Bolehla respon kat blog ni kalau berminat.

Thursday, April 23, 2009

Kenangan ketika bebudak...










Mesti korang teringatkan...Sebenrnya ade byk lagi..
Tapi,ni antara yang terbaik la kira..

Maya Karin datang ke rumah aku..

Sory,tajuk diatas tiada kena mengena dengan isu ini.
Just nak tarik perhatian korang kepada isu ini yang aku rasa penting demi memelihara akidah kita sebagai umat islam.
Aku cakap ni bukan maknanya aku bagus.
Tetapi,sekadar nasihat untuk kita semua.
Sebenarnya aku nak ambil petikan kata-kata nabil raja lawak yang secara tak sengaja terpelukkan kekasihnya Irma Hasmi.

Apa komen Nabil bila orang mengkritik perbuatan Nabil memeluk Irma?

Saya dah agak akan menjadi isu. Saya sendiri tak sangka perkara ini boleh berlaku. Seingat saya memang saya terperanjat sangat dengan kemenangan tersebut. Perkara tersebut berlaku secara spontan dan memang tidak dirancang. Tapi tidak menyesal dengan perbuatan itu.

Takkan tak rasa menyesal sedikit pun?

Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena.

Saya tak kisah apa orang nak cakap. Lagipun saya dah tahu mesti ada orang yang akan cakap perkara ini selepas ini. Jadi sebelum orang lain cakap-cakap belakang baik saya cakap dulu. Tapi bukan niat saya nak tunjuk kepada orang lain kemesraan kami.

Adakah Nabil akan minta maaf kerana telah mencemarkan nama seorang artis Melayu dan Islam?

Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja. Kalau peluk lelaki dengan lelaki orang akan cakap benda yang sama juga.

Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?

Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya. Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.

Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula. Saya juga boleh fikir apa kesan yang akan saya terima.


Dah baca?
Hmmm.Kata-kata cam tu sememangnya boleh memesongkan akidah kita.
Kerana,En nabil ini membuat statement seolah-olah bahawa ketelanjuran yang telah dibuat ini adalah tidak salah dari segi moral dan dari sudut Islam.Bahkan,En Nabil ini membandingkan dengan isu yang lebih besar dari ketelanjuran yang dilakukan.

Berhati-hati dengan kata-kata.Sebab mulut badan binasa dan lebih teruk lagi jika Ia cenderong untuk memesongkan akidah kita.Nau'zubillah.

Aku malas nak cakap panjang-panjang.Lu pikirla sendiri!

Sunday, April 19, 2009

Apa benda luar lembu, dalam babi?


Okey,kawan-kawan,aku nak buat satu teka-teki.
Apa benda luar lembu,dalam babi?
Aku rasa korang dah dapat agak benda ni.
Takpe aku beritahu buat yang dah tahu dan tak tahu.
Sekarang,serunding babi telah dipasarkan di indonesia.Peliknya,diluar sample ada gambar lembu,dan anehnya yang didalam bukan demikian.
Tapi,jangan korang bandingkan dengan sardin yang mana diluar tin tertera gambar ayam tapi,sebaliknya didalamnya adalah ikan.
Hmmm.Baca petikan dibawah ni.Ni,aku copy dari kosmo online .Tak pun di akhbar-akhbar yang sewaktu dengannya.

Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi
dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:

bullet buttonDendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
bullet buttonAbon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
bullet buttonAbon/dendeng sapi asli cap ACC
bullet buttonDendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
bullet buttonDendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar
atau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

Dah baca?.Aku harap,korang tak skip walau satu ayat pun..Sebar-sebarkan benda penting ni kepada penggemar serunding di seluruh negara.Jangan biarkan diri anda tertelan serunding babi.Okey.Chow.

Saturday, April 18, 2009

Exam dah abis,tapi tak gembira..Aisssh

Korang kenal tak pencipta theory of triple integration?

Ataupun pencipta theory of cylindrical coordinate?

ataupun pereka theory yg pelik2 berkaitan math..

Jiwa aku baru dibunuh mereka punye theory dalam dewan exam tadi..

Tension,tension.

Wednesday, April 1, 2009

Last entry utk bulan ni kot

Bulan ni,aku nak periksa,
Aku mengejar masa.
So,aku tak mahu diganggu.
Takde ape nak cakap
Cuma,
Kalaula aku ade 1 minggu lagi kan bagus..