Wednesday, December 10, 2008

Kadang-kadang manusia ni hanya pandai berkata-kata

Manusia ni bila bercakap memang manis.
Terutama orang melayu.(Takde kena mengena dengan racist)
Cakap kadang-kadang mengalahkan pakar motivasi.Padahal dia sendiri pun tak pasti apa yang diperkatakan.
Bila aku tengok orang yang bercakap berapi, ibarat tersembur-sembur api keluar dari mulutnya, menunjukkan lebih pandai berkata-kata dari mengamalkannya, rasa menyampah pun ada.
Aku lagi menyampah orang yang suka memperkatakan sesuatu berdasarkan sumber yang tidak pasti contohnya dari kawan-kawan.Bila ditanya,dapat dari mana?Mereka ni akan jawab"Ntah.si Fulan yang cakap macam tu".
Perkara yang tidak pasti,kalau dibawa dari mulut-ke mulut memang cepat.Umpama merebaknya bakteria di makanan dan menyebabkan makanan itu basi untuk keesokkan harinya.
Maknanya,kalau terlalu tersebar berita yang tidak sahih akan membawa padah dan buruk impaknya.
Kalau kita nak tahu sesuatu perkara itu pasti atau tidak, siasat terlebih dahulu.Siasat tak semestinya skodeng dan sibuk bertanya orang mengenai sesuatu hal,tapi mengetahui sesuatu perkara dari sumber yang sahih.
Hari ini,berita yang disampaikan di akhbar-akhbar tempatan tak semestinya betul,di majalah-majalah pun sama.Sebab itu wujudnya saman-menyaman orang tertentu mengenai pernyataan akhbar.Kalau majalah-majalah tabloid tu,aku paling tak percaya.60% mungkin tak benar.Banyak lagi tokok tambah dari yang betul.Majalah apa tu fikirkan sendiri.
Kadang-kadang sesetengah orang pandai bercakap mengenai isu agama mengalahkan ustaz walaupun kekadang apa yang dicakap tak berapa betul.
Ada yang cakap mengenai memilih jodoh yang tidak bertudung lebih baik dari yang bertudung.
Reasonnya simple je.Awek yang bertudung tak semestinya baik.Kadang-kadang ada je video tak senonoh mereka ni kat tempat-tempat awam,pondok rehat ,bawah tangga dan lain-lain.
Lepas tu cakap,nanti dah kawin aku suruhla bini aku tu bertudung.
Aku jawab senang benda macam ni,orang perempuan yang baik,untuk laki-laki yang baik.
Kalau kita memilih perempuan yang tak bertudung,ko ingat senang ke dia nak bertudung bila dah kahwin nanti.
Macam ada orang yang dikenali,dulu janji lepas kawin nak bertudung,bila dah kawin,cakap tunggu dapat anak pertama,lepas dah dapat,tunggu anak kedua pulak,lepas tu,tunggu nak pencen pulak,lepas tu sampai sekarang tak bertudung lagi.
Lagi satu,selagi bini ko tak bertudung,selagi tu ko dapat dosa melainkan ko dah berbuih mulut nak terkeluar gigi dah cakap.
Nak pakai tudung bukannya susah,semua tu tuhan dah tentukan ada sebabnya.
Menurut saintist,rambut wanita lebih mudah terdedah kepada cancer bila terkena sinaran ultra ungu dari matahari compare dengan rambt lelaki.
Jadi.apa susahnya nak pakai tudung.Sekarang pun dengan bertudung,orang boleh berfesyen.
Kalau nak tahu sejauh mana seseorang tu bertudung,datang kerumahnya.
Kalau dalam rumah, si perempuan tu bertudung disebabkan ada orang bukan muhrim didepannya,maka memang si perempuan tu jenis yang bertudung bersungguh-sungguh.
Kalau disebaliknya,jika dirumah tak bertudung walaupun ada orang-orang bukan muhrim dirumahnya,entahlah.
Seterusnya,apa tindakan selanjutnya.
Dah besar, pikirlah sendiri..

9 comments:

As said...

owh nak wat camne, sume kamu bicara benar belaka.

perkara siasat dulu tuh ade dalam al hujurat, kalau amik kira pe quran cakap, no hal sume okay. Tapi tulah..bakteria yang sangat cepat mode of transmission diey, mulut-mulut manusia.

suratkhabar pun takleh caye. If dalam sehari baca bite kat paper BM, paper BI, paper cina, siriyes laen2.

Owh takpe, tanggunglah kat akhirat nanti.

ok as pun nak gi check diri, chiawzzz

Matematis Muda said...

memula dah kena dah dgn tajuk
tetiba masuk bab tudung plak
tolak 5markah!
sebab lari tajuk

dammit said...

wey terbaik! 4flat aku bagi! haha. jangan emo beb. nanti org takot. point ko bagus.

tezuka87 said...

ak sokong MM...
tp x men tolak2 ar..
sebelas2..!!!

sape yg ckp cm2 ngn ko..?
meh ak pelangkung palo eh...
eh terkeluar loghat nogori den...

sorry la yo...

Master J said...

lama dh x visit..hehe..visit je ada post best =)

KNOWLEE said...

Ya lorrr.
Org suka percaya cerita yg tak sahih.
Mcm yg terjadi kat aku, hurm...terus hancur berkecai hanya disbbkan org percaya cerita yg si pemfitnah tu sebarkan.
Siot betol tp aku redha aje.
Sbb Allah tu ada.

Mr Jagatraya said...

As-haha.manusia mmg gitu..Tk sedar.

MM-oit,jgn tolak markah.Nnt kena repeat plak aku..

Dammit-alangkah baiknya kalau 4 flat tu dalam gpa sem lepas.ish,ish,ish.

tezuka11-Takdo sapo cakap kat eden macam tu.Ni,memang berlaku dalam realiti.

MasterJ-thankx

knowlee-aku turut brsimpati kat ko.Smua benda yg berlaku kat ko mungkin ada hikmahnya.

tusky said...

akhirnya ade gak post
lame kutunggu buahan minda
si jagatraya..
well, penyakit tudung ni
cerita xberkesudahan
penyakit tokok tambah lam paper
cerita hari2 di media massa (almost any, except sport)
penyakat pandai berkata2
cerita haritu, semalam, hari ni, esok dan setrusnya

Mr Jagatraya said...

Cerita bertudung tak sama dgn cerita pasal hak.Yang tak berkesudahan krna smua orang akan mempertikaikn hak masing-masing.
Tp,pasal tudung kalau brlandaskan agama dan kesihatan bersyaratkan menolak segala penampilan luaran,mgkn bley sttle.