Friday, August 28, 2009

Selamat Hari kemerdekaan


Nampak gambar kat atas?
Kalau nak tau itulah air mineral Cactus.
Mungkin kita tak nampak ape-ape.
Kadang-kadang rukun negara yang tertera disitu pun kita tak perasan.
Tapi,Rukun negara tu aku rasa tak sesuai diletak disitu.
Memangla patriotic(btl ke aku eja nih) tapi,korang pun tau botol tu last sekali letak dimana.
Samala juga kalau kita cuba tukar rukun negara tu kepada rukun Islam kat botol tu.
Kemudian, lepas botol tu diguna pakai,kita letak bawah, buang, sepak, terajang, timbang.
Samalah juga macam kita buang pegangan rukun tadi.Kalau rukun negara ditendang-tendang kita marah, apatah lagi rukun islam.
Taktau la kalau kita takde perasaan.
Apelah makna erti kemerdekaan dan kedaulatan undang-undang negara kalau benda sebasic ni takleh manage..
Kan elok kalau kita just tulis kempen pegangan rukun negara kat botol tu.
Kalau nak tulis rukun negara full,buat kat tempat elok dan digantungkan.Lebih elok kalau diframekan.
Aku cakap pun dah macam wakil rakyat.(bahaya nih)
Sayangilah negara kita
kerana anda mampu mengubahnya...
Merdeka!!

Thursday, August 27, 2009

Pandai beb!

Dalam kelas operational research
Miss su sedang mengajar didalam kelas
***************************
Miss Su:Jagatraya! Do you understand?What is the funny at the back?
Aku:Aku diam tak bersuara.Rasenya dia perli aku kot.Sebab dia nampak aku tersengih masa belajar.

Kemudian kelas berlangsung sehingga 30 min berlalu.

Amin:Miss,apa beza kalau kita guna table ni dengan table yang satu lagi.
Miss Su:Oooo.Amin,camni.Table ni utk dual method dan yang ini untuk satu lagi.

Miss Su menerangkan dengan semangat tentang kemusykilan yang ditanya amin.Aku yang disebelah amin tumpang mendengar sahaja tapi still blur.
Tiba-tiba,miss Su bertanya soklan kepada salah seorang student yang bernama Fuzah.

Miss Su:Ok Fuzah ,macammana nak buat yang ini?
Fuzah:Hmmmm.(seolah-olah blur sekejap)
Miss Su:Awak kan my student yang pandai masa kelas yang lepas.Hehe.Saya biasanya ingat nama orang yang pandai je.Tapi,Yang lain pun pandai jugak.Tapi,tak ingat je lagi(ayat cover)

Lalu aku berpandangan antara satu sama lain dengan amin.
Aku:Maknanya kita ni tergolong kategeri pandai la yek.haha
Amin:betul3

Friday, August 21, 2009

Ramadhan is coming

Bila puasa datang,ramai yang mengeluh dan ade juga yang gembira
Bila puasa muncul,ader yang merancang strategi menambah pahala dan tidak kurang juga yang merancang strategi untuk berbuka disiang hari agar tak dinampak orang.
Bila puasa menjelma, ada yang bersahur dan tidur lepas sahur sampai tiba waktu berbuka.
Jaga-jaga buka mulut je untuk berbuka.
Apakah makna semua tu?
Ada juga yang berpuasa tetapi mata dan telinga tidak digunakan kearah kebajkan.
Apakah kita masih mempunyai pahala yang banyak?
Itulah fitrah manusia yang mempunyai darjat perbezaan tahap keimanan dan kesedaran tentang kelebihan di bulan puasa.
Marilah sama-sama kita beramal dan membuat kebajikan.Buat yang makruf dan tinggalkan yang mungkar.
SELAMAT BERPUASA!
untuk semua pembaca dan blogger2.

Friday, August 14, 2009

Panjang umuuurrr

Hari ni hari jumaat.
Aku rasa semua orang tahu.
Berita tergempar dalam akhbar hari ni vokalis nasyid rabbani meninggal dunia.
Okey.korang pun dah tau cerita tu semua.
Aku pulak nak bercerita benda yang korang tak tau.
Tadi, solat jumaat kat U aku.
Khatib hari ni foreigner dari kulliyah mana pun aku tak tau.
Tengah aku dengar khutbah, fikiranku melayang.
Aku teringat lecturer2 yang ada ajar agama kat aku.
Maksud aku subjek UNGS.
Sedang aku berfikir,aku teringat seorang lecturer foreigner yang berasal dari Habshah.
Ya,bro Razak.
Dia seorang yang paling bersemangat dalam mengajar dan paling sukakan soalan.
Aku ingat tu.
Aku fikir lagi,kalaula dia pula yang jadi khatib.Macamne gamaknya??
Selang 4 saat,Aku tenung pintu musolla/masjid,tiba-tiba aku nampak makhluk yang memakai jubah putih dan tidak berkopiah.
Huh!,bro Razak!
Tiba-tiba dia datang masuk dan datang duduk betul betul didepan aku.(bukan diatas saf) sejengkal dari aku.
Huh! adakah ini dipanggil panjang umur???

Monday, August 3, 2009

Terjahan di Kualo Pilah

Penghujung musim buah di Kuala Pilah.Enak diluar sedap didalam

Buah cempedak yang meletup-letup menggilai penggemar cempedak goreng


Pisang goreng yang panjang lagi enak dijual di ulu bendul.Dalam pinggan tu RM 3



Jambatan yang meletihkan di Ulu Bendul turut mendapat perhatian pengunjung.


Rumah tumpangan yang menepati ciri-ciri rumah minangkabau di Ulu Bendul



Huh!Pekebenda nih?Menakutkan penggemar sosej BBQ.Tapi,benda ni abis jugak bila dihadap.



Cuba korang teka buah apakah ini?Kalau dapat teka,memang powerla.

Makam seorang wali yang yang terkenal dan mempunyai sejarah tersendiri.


P/s:Asyik cerita pasal makanan je.Aku pun pelik.Nasib baik aku tak amik gambar ayam masak lomak cili api.Kalau tak, meleleh korang.