Monday, June 9, 2008

Kisah Razak dan Ramli

Nabi kita pernah bersabda bahawa umat akhir zaman nanti akan terdedah dengan riba tanpa disedari walaupun ulamak sendiri.Kalau tak kena yang betul-betul punya,dia akan kena tempias riba walaupun benda ini tidak disengajakan.


Namun,kata-kata nabi sememangnya benar.Dizaman era globalisasi ni atau boleh dikatakan akhir zaman,ramai yang bergelumang dengan riba termasuk saya sendiri.Contohnya macam bayaran ansuran kenderaan, rumah, pinjaman bank,loan shark dan banyak lagi.


Sebenarnya kat sini saya nak ceritakan tentang riba yang tidak disedari.Saya bagi satu contoh mengenai pinjaman kenderaan.Situasi ni biasanya berlaku dikalangan kawan-kawan, pelajar universiti,budak-budak remaja yang sedang mengumpul duit.


Sebagai contoh,Ramli ingin meminjam kereta si Razak.



Ramli:Razak,aku nak pinjam kete kejap.Nak pegi pekan la.Beli barang.


Razak:boleh,boleh..Tapi isi sikitla minyak moto tu.Lagipun aku dah lama tak isi semalam.


Dalam situasi ni dikatakan riba.Sebab Razak memberi pinjam keretanya tapi bersyaratkan isi minyak kenderaan tersebut.Kalau mengikut fahaman atau takrif pinjaman,anda boleh meminjam sesuatu barang itu dan kemudian dipulangkan dengan barang tu jugak.Tanpa sebarang interest ataupun syarat.INGAT! tanpa syarat.


Kalau anda nak peminjam mengisi minyak tanpa dikatakan riba,lakukan macam situasi ni:


Ramli:Zak! aku nak pinjam moto kejap.


Razak:Taknak bagi pinjam! Sewakan kat kamu bolehla.Bayar RM 2. jeSebab aku dah tak berapa ada duit untuk isi.Maklumla,minyak dah mahal sekarang.


Dalam situasi ini betul dan tidak bercanggah dengan islam.Kalau sewakan takpe.Sama-sama puas hati.Terutamanya pemberi pinjam.Tapi,biasanya pihak peminjam patut memahami dan tahu membalas budi kepada pemberi pinjam.Itu anggaplah sebagai membalas budi dan jasa kepada kawan yang telah memberi pinjam tadi.Kalau dah agak-agak nak kering minyak kawan tu,patutla diisi.Jangan dibiarkan E selalu.


Saya tidak tujukan kat sapa-sapa mesej ni,tapi nasihat umum kepada semua pembaca blog ini termasuk diri saya sendiri..Wassalam

4 comments:

nuar said...

wah...macam tak sedar pulak.hehe. kalau kite cakap mcm ni ape pulak jadi ? "Minyak motor aku dah nak abis...". ayat tergantung, tapi ade niat minta di isi semula. Kalau kawan tu isi semula ape jadi dengan kisah ni ?

Mr Jagatraya said...

kalau macam tu.Ko kena bagi duit untuk isi myk moto lainla sipeminjam ni yang sukarela utk mengisi.Kalau ko guna ayat tergntung pn sama gak sebenarnya.Niat ko mintak utk diisi.masih dikira riba.Kalau dlm situasi ko tu,aku rasa baik diamkan je.Biasanya org faham..

Dammit said...

Din, ko cite psl aku ke?hahaha

akuYANGtipikal said...

wah....

u gave me the idea :D

hehehe....

ok2...

kwan2 kamu perlu sewa!ngeee