Saturday, May 31, 2008

Title oh title


Sebenarnya aku memang nak tukar title untuk blog aku ni.

Tapi taktau bila.

Tapi,arini aku secara rasminya ingin memperkenalkan title baru aku.

Aku rasa kali ni dah masuk 5 kali aku tukar title blog.

Nama jagatraya is not for listener akan ditukar kepada title baru.

Haa.tengokla sendiri kat atas.hehe

Wednesday, May 28, 2008

Sorrowful moment.That's unforgettable!

Cikgu! shave tu maknanya ape?

Dengan tersenyum,beliau menunjukkan gaya seseorang mencukur jambang.

ooo.bercukur rupanya.Demikianlah hari-hari berikutnya.Soalan demi soalan telah diajukan kepadanya jika terdapat kemusykilan dalam pelajaran.

Ada sekali tu,apa beza graceful,carefull ngan gracious cikgu?

Lalu beliau menerangkan satu persatu dengan ringkas tapi padat.

Itulah dia cikgu Ahmad atau lebih mesra dipanggil cikgu Mat.

Ada pernah sekali aku terpanggil 'AYAH' sewaktu bertanyakan soalan.Semua student lain terkejut seketika.Begitu juga aku.Bukan sengajaku memanggil beliau dengan panggilan sebegitu,cuma terbiasa memanggil ayahku di rumah.

Ayahku juga seorang guru disebuah sekolah.

Ooh.Alangkah indahnya kalau kembali ke zaman tu..10 tahun yang lalu.

Tidak menghadapi segala masalah pelajaran.Sebab mempunyai seorang guru yang penyayang dan mengajar tanpa jemu.

Walaupun beliau hanyalah guru tuisyen.

Imbasanku berakhir disitu..

Sedang aku tersengih keseorangan bermain game,aku menerima satu mesej dari bonda tersayang.

Kucapai dengan curious menantikan mesej yang keluar.

Din,cikgu mat yang ajar tuisyen tu dah meninggal pagi tadi.


Aku terkedu seketika.

Lidahku kelu.Tak terkata apa-apa.Ku baca mesej tu berulang kali untuk memastikan tiada kesilapan yang ditulis.

Terlintas dalam benak hatiku,baru bulan lepas aku jumpa beliau daam keadaan sihat.Aku masih tak percaya dan bingung.

Jujurnya aku terkejut dan serta merta aku call bondaku untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Inginku balik,tapi apakan daya kerana jauhnya tempatku belajar dengan kampung halaman.

Sewaktu berbual,bondaku ada menceritakan bahawa cikgu mat amat menyayangiku.Dia selalu bertanya tentang progressku,dan memberi galakan kepadaku agar terus maju kehadapan.

Air mataku mengalir tanpa disedari bila mendengar ayat shahdu bondaku.

Bila kuimbas balik 10 tahun yang lalu,kenangan bersamanya,

Terlintas difikiranku untuk pulang ke kampung menjenguk beliau buat kali yang terakhir,tapi apakan daya setelah kuterima berita kematiannya dalam tempoh setengah jam lagi untuk beliau dikebumikan.

Aku termenung seketika.Memikirkan dan mengenangkan kebaikannya kepada aku.

Kuambil wuduk dan membentangkan sejadah.

Kucapai surah yassin untuk dihadiahkan kepadanya.

Esoknya,aku masih teringat akan beliau.Masih tak dapat menerima kenyataan.

Sebenarnya bukan senang untuk belajar menerima kenyataan.Cuma senang untuk mengajar orang untuk menerima perasaan.

Tapi,aku teringat akan pesanan ayahku kepadaku,"janganlah bersedih sangat tentang kematian sedangkan setiap yang bernyawa tu pasti menemui mati".

Aku termenung dan berfikir panjang.Lama jugak aku termenung.Lama-kelamaan,barulah aku mengerti dan dapat menerima kenyataan serta sedar bahawa mati itu tidak menunggu kita.

Sama-sama kita doakan semoga roh beliau berada dikalangan orang-orang yang soleh.
AL-FATIHAH


Tuesday, May 27, 2008

7 wonders





Ni dia gambar Diantara 7 wonders.Ape satu lagi ek?

Mungkin ni kot...




HIDUP TELUK INTAN!


















Monday, May 26, 2008

Melayu Boleh!

Dulu negara kita pernah digemparkan dengan kejadian-kejadian aneh dikalangan orang melayu iaitu pergambaran video sex dan berunsurkan lucah.

Mungkin orang yang katak bawah tempurung je tak tau benda ni.Aku jugak percaya ada dikalangan member-member korang yang terlibat dalam kerja tak senonoh ni.

Aku sebenarnya tak paham kenapa diorang nak rakam benda-benda macam ni.Nak buat koleksi dan tunjuk kepada anak cucu ke?Kalau korang perasan,benda ni berlaku secara berleluasa semenjak kewujudan satu alat teknologi yang bernama handphone.

Aku dah sampai naik meluat dan terkilan kalau pelakon yang terlibat dalam video tu orang melayu.Nasib baik ada sikap meluat dan benci,itu maknanya aku masih sayang kat orang melayu kita.Kalau aku jadi menteri,aku akan cari orang-orang yang terlibat dengan video tu dan ambil tindakan tegas ,tapi yang lagi hebat lagi menteri pun terlibat ngan benda tu cuma bezanya bukan dia yang tangkap sendiri.(Candid camera)

Kalau video pasal artis lagi melambak..Malas aku nak cakap.Aku rasa selagi negara kita tak buat hukum hudud,selagi tu benda ni tak dapat diatasi.Percaya tak?kalau tak caya sudah.Kalau korang nak tau apa kelebihan hudud,nanti aku ceritakan.

Mengikut seorang researcher Dr Jamnul Azhar,beliau kata hukuman sebat yang diberi kepada pelaku salah bagi orang bujang yang melakukan zina,adalah bagus untuk memhalang dari tersebarnya virus HIV.Beliau menyambung lagi,hukuman sebat yang dilakukan dibahagian belakang kat tulang belakang tu ada kesan baik untuk mencegah HIV.Masya Allah.Hebatnya kuasa tuhan yang lebih tau hukum alam ini.

Kalau korang nak tau lagi,ko carilah dalam laman web Dr Jamnul.Aku pun tak berapa tau dia punye laman web.Aku percaya 99% yang Malaysia akan kembali aman dari unsur jenayah kalau kita apply hukum hudud yang Allah dah citekan kat kita semua melalui kitabnya Al-Quran.Percaya atau tidak,korang fikirlah sendiri.Kalau nak anta komen ke,kongsi pendapat,anta-antalah.

Saturday, May 24, 2008

Malapetaka Dunia

1.Gempa Bumi

2.Ribut Taufan

3.Puting beliung

4.Ombak Tsunami

5.Letusan Gunung Berapi

6.Banjir

7.Jerebu



8.Tanah Runtuh
Kesemua tu adalah bala kat dunia ni..Tentera-tentera Allah yang dilistkan 1-8 disini semuanya boleh datang untuk menghancurkan umat manusia di muka bumi ni.

Sepatutnya kita perlu bersyukur kerana bukan semua malapetaka yang dilistkan ni ada kat negara kita..Tapi,tak mustahil untuk kesemuanya datang melanda kat negara kita.Sebab kat negara kita pun asyik berlaku gempa bumi je baru-baru ni sedangkan kalau nak ikutkan keadaan geografi, kita dah terselamat dari gempa bumi ,angin kencang dan tsunami.

Namun,bila difikirkan balik,barulah kita mengerti bahawasanya manusia ni terlalu kerdil untuk berhadapan dengan dengan malapetaka yang dilistkan 1-8.Kalau dah tuhan katakan kunfayakun, maka akan jadilah apa yang dikehendakinya tu.Sapa-sapa pun takleh nak halang termasukla abah ko ke,nenek ko ke,atuk ko ke,super duper atok ke, dan manusia-manusia zaman sekarang yang genius dan mempunyai teknologi yang tercanggih abad ini.
Jadi, malapetaka ini akan turun atas dunia dan tak kenal siapa,umur,pangkat,rupa paras dan lain-lain.Jika kita tak pelihara dunia ini dari kemaksiatan yang berleluasa,tak mustahil kita akan berhadapan dengan bala ni.Jadi,fikir-fikirkanlah ek..

Soal maruah

Baru-baru ni, semua rakyat Malaysia telah digemparkan dengan kemenangan singapura untuk memiliki pulau batu putih oleh makkamah keadilan antarabangsa (ICJ) yang pernah menjadi isu beberapa tahun lalu.

Aku pernah terfikir kenapa Malaysia beriya-iya nak sangat pulau batu putih tu?Bagi je kat singapura.Tak payah gaduh-gaduh.Bukannya boleh buat kebun kelapa sawit pun kat sana.

Dah la singapura tu kecik giler compare ngan malaysia yang mempunyai banyak tanah dan kawasan.Tu pun jadi isu perebutan.

Rupa-rupanya bila kufikirkan kembali,itulah soal maruah Malaysia.Kalau kita mengalah sebelum bertempur,pastinya maruah kita jatuh dan sekaligus menunjukkan yang negara kita lemah.

Tapi,bila cakap soal maruah ni,aku tengok maruah orang zaman sekarang sudah semakin tipis dan nipis.Especially orang perempuan la.Kalau boleh,berjuanglah untuk mempertahankan maruah kita,agama dan bangsa macammana kerajaan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pulau batu puteh.Fikir-fikirkanlah.

Friday, May 23, 2008

Aku,dia dan gitar


Betul ke bukan semua orang boleh main gitar?
Betul ke budak jari kecik takleh main gitar dengan betul?
Aku rasa dakwaan tu meleset sama sekali sebab aku rasa orang kategori ni je yang takleh main gitar

1.Tak yakin dengan diri sendiri.

2.Jari tak cukup lima untuk satu tangan.

3.Tidak terhibur mendengar alat muzik.

4.mengalami masalah pendengaran.

5.Tak tahu tentang kewujudan gitar.

6.Memang sejak lahir bencikan gitar.

Tapi cukup ke 6 kategori?..Kalau tak cukup tambahla sendiri..

Tuesday, May 20, 2008

Hostelku syurgaku#1

Hostelku syurgaku.Betul ke?Ke aku je yang cakap?.Tapi,seriously aku tak penah cakap hostelku syurgaku.tu nama title je.Tp,kat sana banyak menyimpan khazanah seribu satu kenangan pahit dan duka.Benda yang paling aku tak penah lupa salah satunye masalah kebulur Kat sini aku nak tanya,betul ke budak-budak asrama mengalami masalah kelaparan sentiasa?

Kalau korang taknak jawab,biarla aku yang jawab.Aku tak sure la asrama korang macammana.Tapi,aku percaya 50% orang akan mengatakan iya.5% akan mengatakan tidak dan 45% akan kata ntah la.

Kat sekolah aku,ape jenis makanan dan minuman dipanggil product.Memang budak sekolah aku akan beli makanan kering dan simpan didalam bekas (tupperware) kot-kot lapar di lain hari.Tapi tak semua la.Selebihnya kaki pau je.

Aku kat sekolah sentiasa lapar.Pantang nampak makanan,mesti nak beli.Tapi,beragak sikit la,sebab takde pinjaman masa tu.Biasanya lapar time petang ke,malam ke,lepas prep ke..Kat situ jugak wujudnya word seteng.Seteng tu maksudnya setengah dan ditujukan kepada pemilikpemilik biskut.Pantang je nampak orang makan biskut,mesti nak mintak seteng.

Ade satu peristiwa yang paling tak boleh blah masa ada sorang member ni baru balik dari kampung dan bawa satu jenis makanan yang bernama mister potato.Lepas tu dia open kat member-member lain untuk makan bersama-samalah kononnye.Tapi,malangnya sama-sama tak cerdik.

Sebab ape?Sebab bila plastik keropok tu dapat kat sorang mamat ni,semua serbu.Semua tangan bebudak ni masuk dalam plastik tu termasuk aku.Masa tu sorang drpd member aku ni yang berebut ni cakap amik newspaper,pastu tabur atas tu.Senang sikit,semua boleh merasa.Tapi,semua degil dan tak mahu lepas tangan. Masing-masing berdaya saing yang tidak terhingga sehngga keropok tu hancur kat dalam.

Pastu,5 tangan yang menyelup masuk tadi,keluar secara serentak mengakibatkan keropok-keropok tu terkeluar sekali.Serpihan-serpihan halus keropok tadi jatuh bertaburan kat atas lantai.Aku yang bernasib malang ni hanya menjilat jari je bila melihat serpihan-serpihan halus rezeki tadi jatuh atas lantai.

Tapi,apa yang lagi kesian,ada member aku sorang ni yang mengutip serpihan-serpihan keropok tadi yang jatuh kat atas lantai dan terus masuk kat dalam mulut sambil marah-marah kempunan.Aku gelak gembira sambil menjilat jari lagi di dalam mulut.Still kempunan.Hmmm.

Ada satu lagi story yang aku takleh lupa la.Ade sorang lagi member aku ni,aku gelarkan dia raja biskut.Nak tau sebab ape?Sebab mamat ni suka buat koleksi biskut dalam bekas favouritenya yang berpenutup merah.Ada sekali aku open biskut chipsmore kat tengah bilik sedangkan dia sedang berpuasa masa tu.Aku kehairanan sebab dia turut serta amik biskut tu.Dalam hati aku,"Aku rasa dia puasa ari ni,mamat ni dah buka puasa ke?".

Aku perhatikan dia dalam jarak jauh sambil tersenyum jahat.Aku tengok dia simpan biskut yang diambil tadi dalam koleksi dia."Memang aku dah agak dah",desis dalam hatiku.

Pada hari-hari lain,aku pernah perhatikan mamat tadi membuka bekas koleksi tadi dan amik sekeping biskut.Tapi,alangkah terkejutnya aku bila tengok biskut tadi,di potong dua (Seteng) dan dimasukkan didalam mulut dengan selambanya.Yang setengah lagi disimpan semula didalam bekas koleksi biskutnya.

Aku mencari peluang untuk mengepau beliau,tapi usahaku sia-sia belaka.Ada la jugak sekali-sekala berjaya tapi tengok time gak.Hmmm.Aku rasa cukupla setakat ni,dh nak mengarut sikit.Tengok betapa pentingnya bekalan makanan masa tu.Macam zaman jepun pulak.hehe.Nanti kalau ade masa aku sambung lagi.Ok.Selamat membaca.




Saturday, May 17, 2008

Syak ke prasangka?

Ape beza syak ngan prasangka?Entahla,bagi aku kedua-dua term tu lebih kurang sama maksudnye tapi still mmpunyai makna yang berbeza.Aku nak tanye:

Ape impression pertama anda bila melihat seorang pemuda yang pakai kopiah dan berjalan menuju ke sebuah kedai runcit?Mesti anda akan katakan oo itu orang baik tu..

Ape impression anda bila nampak seorang pemuda yang berbaju hitam,berseluar jeans, dan berambut panjang?Mesti anda akan katakan oo itu mesti mat rocker..

Ape impression anda bila melihat seorang pemuda berbadan kurus,bermuka brutal,berjeans koyak dan nampak tak terurus?Mesti anda akan katakan oo itu tak lain mat penagih..

Ape impression anda bila nampak seorang minah rugged rambut panjang ,berbaju ketat sampai menampakkan tali bra,berbaju lengan pendek yang fit?Mesti anda akan katakan ni tak lain minah rempit.

Hmmm.Sebenarnye kita tak sedar bahawa pakaian itu menunjukkan peribadi seseorang.Aku tak cakap orang yang pakai rugged tu tak sembahyang,yang pakai baju ketat dan menampakkan pusat tu tak pernah solat,tapi itulah pakaian yang menunjukkan siapa kita.

Ade je aku jumpa wanita yang bertudung,tapi tak pernah sembahyang.Lelaki yang mendapat anugerah dari Allah yang air mukanye lembut dan baik tapi solat ikut mood.Ade jugak yang nampak jauh lebih berilmu dari ustaz,tapi solat ditolak ketepi..Ade jugak yang berpakaian sexy tapi singgah dekat surau untk solat.Semuanya aku dah pernah jumpa.

Itu semua adalah lumrah ragam manusia di muka bumi ni.Semuanye datang pada diri kita sendiri.Bagi aku,aku terus terang katakan yang aku ni suka bagi bad impression pada orang.

Bila nampak orang datang kat kita tanye jam pukul bape,dalam hati aku akan cakap,"ni mesti nak merompak ni".Walaupun kekadang bende ni betul.Sebab kes2 sebegini banyak berlaku.Tapi,orang tu takde pun nak merompak aku.Itulah kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.

Impression ni sama gak dengan orang yang masuk kelab malam.Walaupun peribadinya baik,orang akan fikir bahawa si fulan itu mesti minum arak, joget, menari, terlibat dengan hubungan sex dan lain2.

Sebab ape?Sebab tempat-tempat macam tu melibatkan perkara2 yang sebegitu.Jadi macammana nak elakkan impression negatif orang?Kata orang la,manusia mana ade senang dengan ape yang kita buat.Pakai ni tak kena,pakai tu tak kena,semua tak kena.Ape yang kena ntah la.

Mengikut sebuah cerita,bila ade 2 beranak iaitu ayah dan seorang anak lelaki berjalan bersama keldainye.Mereka berjalan dan tiba di sebuah kampung.Bila tiba di kampung A,orang kampung A akan kata,"ape la bodo punye orang,ade keldai naik la keldai."

Maka si anak pun naik la keldai dan bapanye pegangla tali keldai itu.Bila tiba di kampung B,orang kampung B akan cakap,"ape la,orang bagila bapa naik keldai sebab dah tua,yang si anak tu jalan la kaki."

Maka si anak pun turun dan menyuruh bapanye yang naik.Bila tiba di kampung C pulak,orang kampung tu akan cakap,"ape la,ada ke bapa tunggang keldai,anak dibiar jalan kaki.Patutnye kedua-dua naik la keldai."

Maka si anak pun naik la keldai bersama-sama bapanya.Demikian la mereka sentiasa bertukar kedudukan jika sampai di setiap kampung.

Dalam situasi ini tak sesuai dengan tajuk yang aku discusskan kat sini.Contoh ini hanya sesuai kepada mereka yang sentiasa mengikut kehendak orang tak kira dari sudut positif dan negatif.Macam pak turut.

Kalau dalam situasi pakaian,sepatutnye ikut la pendapat orang selagi benda tu positif dan tak melanggar hukum syarak.Lagipun tak rugi pakai pakaian yang bagus.Kalau nak rugged sikit pun tak salah.Asalkan menutup aurat.Jangan la mengatakan pakaian yang menutup aurat tu old fashion dan ketinggalan zaman.Boleh gugur akidah kita.Jadi pandai-pandailah jaga peribadi dan personaliti kita.Jangan hipokrit sudah.Sama-sama la kita renungkan..

Thursday, May 15, 2008

Cuba mengatasi kebosanan

Hmmm.aku terpinga-pinga setelah ditinggalkan roomate yang pulang ke kampung masing-masing.Mase tu aku tak tau nak buat ape.Aku mula buat perancangan baru.Aku mengajak hazimir (bukan nama sebenar) untuk bermain pingpong.Dah puas bermain aku bersilang kaki berehat(ingatkan takde keje).Tiba-tiba handpone polyponikku berbunyi,lantas aku menerpa dan dikejutkan dengan satu berita buruk.Brother yang sepatutnya bertugas untuk menjaga cybercafe (tempatku bekerja part time) kemalangan.Jadi,boss suruh aku ambil alih tugas malam ni..So,bila dah keje kat Cc,paham-pahamla.Semua laman web dah ditelusi kecuali ade part2 yang tertentu.Post kali ni pun telah berjaya dihasilkan semasa bertugas di Cc.Hehe.berjaya gak atasi kebosanan dibilik.

Tuesday, May 13, 2008

Harga kawan-kawan

Harga kawan-kawan,takde hal punyalah!.
kata2 tu sering terngiang-ngiang ditelingaku.

Alkisahnye bermula macam ni,aku ade pegi satu bengkel kereta untuk membaiki satu bahagian lampu kereta yang pecah.
Kereta tu milik kakakku.Pada mulanye aku tanye bape harga utk bhgn lampu tu.
Apek itu membalas."Kalau ini lampu aa,lebih kulang RM 30.itupun local punye woo.Tapi,kalu itu oliginal lbh kulang RM100 woo."

Aku tak puas hati dan mintak kurang shgga RM 25.
Apek itu membalas."Aiyaa,ini mcm saya lugi wo sebab saya untung sikit sajat.Tp,kawan2 punye kira saya bagi RM28 la.Saya hanya amik untung 2 linggit aja ,tak manyak.Kawan-kawan punye pasal"..

Aku berpandangan antara satu same lain ngan kakakku.
Kakakku tak kisah dan kata & memberi lampu hijau utk amik lampu RM28.Kakakku bagi sekeping tunai RM 50 utk kos pembaikian.Maka apek tu janji utk amik order bhgn lampu tu,sebab kete kakak aku tu special edition.Kena tempah dulu,baru ada.

"Esok tengahhali lu muleh datang ma.Sikijap saja pasang".Kata apek tu.
Esk tengahhari aku call dia cakap samada dah sampai belum spare part lampu tu.Maklumla,barang special edition.kenala tggu sikit.Tunggu punye tunggu,pukul 3.30 baru smpai.Nsb baik aku call die dulu utk confirmkan ade ke tak barang tu..

Mase aku sampai kat bengkel dia,aku lihat die sedang kusyuk membaiki kereta yang rosak.Mata aku pun melilau melihat sekeliling dan tiba-tiba,aku ternampak lampu spare tersebut diatas sofa.Disitu,terdapat juga sehelai kertas yang merupakan resit component lampu tu.Aku terkejut bila aku tengok harga lampu tu saje RM16.Dalam hatiku berasa tertipu,mujurlah namaku bukan tipah.Kalau tak semakin tertipu aku.

Selepas selesainye pemasangan lampu tu,aku tanye berapa harganya?Maka apek tu beserta dengan muka penuh kasih sayang kata"semalam saya kata ini halga belapa?"

Desis hatiku,"aku tanye dia,dia tanye aku balik"?Aku pun pura2 tak ingat dan kata RM25 mengikut harga asal yang aku pilih.
"Haa! 25?okla,okla,takde punye,halga kawan-kawan".Apek tu turunkan lagi 3 ringgit dari harga asal yang dicanangkan.

Ha!cuba fikirkan strategi yang apek tu gunakan dalam berniaga?dia kata amik untung 3 ringgit aje,hakikatnye 3 kali ganda dari keuntungan yang dicakapkan.Haa,fikir2kan dan renung2kan.

*Sebenarnye aku beriya-iya sangat nak bargain dlm hal ni sebab kakak aku pesan,kalau ade balance duit RM50 tu ambik la buat belanja*.Tu yang aku bersungguh2 tawar-menawar tu.hehehe.

Sunday, May 11, 2008

pak guard si baik hati


Ni satu cite yang paling terbaik sekali yang penah aku alami.Kejadian tu berlaku waktu pagi tepat pukul 11.30.Lagi 1/2 hour nak abis exam.

Mase tu time exam,dan waktu tu silap aku gak.Aku dengan slumbernye park moto aku kat depan pintu besar KOM(kuliyyah of medicine).

Biasenye aku park jugak moto kat situ,tapi nasib aku selalu baik.Tapi,hari tu agak malang sikit.Pada awalnye aku rase tak sedap hati,namun gitu bila campur dengan penyedapan hati time tu,so jadi normal balik.

Aku telah mengambil keputusan park kat situ dan bila aku balik dari exam,dah kena clamp.Aku pun dengan slumbernye pegi kat office guard mintak bukak clamp,tapi pak kat situ cakap office tutup coz ade meting tergempar.

Aku pun gi la waktu ptgnye.Kat situ ade guard bagak jaga counter.Aku pun terus cakap dgn sopan santun "bape kena bayar clamp tayar moto?".Die dgn muka seriusnye sound aku kata"sebab awak punye moto yg satutulah semua guard kena marah coz aritu ade orang besar datang meting,dato'2,tan sri.Jadi arini takde maaf bagimu so RM 20.

Biasenye kalau tayar kena clamp,chargenye hanyelah RM10"Dalam hatiku" hantu punye pak guard,aku dahla sengket ni".So,aku ngan pasrahnye mghulurkan RM 20.aku malas nak buat rayuan coz leceh giler.kena tunggu la,inila,itula.So,pengajarannye jangan salah park dan nak tunjuk hero.Kali tu,dh 2 kali kena saman.Belum lagi ngan mjlis bandaran.Memang pak guard #$% terbaik & cekap.hehe

Saturday, May 10, 2008

Cc bro

Maka hari ni genapla hari keempat aku menjaga Cc dgn jayanye.Benda yang paling aku tak suka dulu potostat la.Tapi,hari demi hari berlalu,dan aku adalah diantara satu yang paling suka manage msin potostat.Nak tau kenape?Sebab aku asyik belajar dari kesalahan..mula2 benci gak.Siap doa lagi takde orang nak potostat setiap kali aku bertugas,namun lame-kelamaan aku makin expert kendali mesin,tambhan lagi ade partner tlg jage cc aku sekali iaitu Hazimir(bukan nama sebenar) membantu.Satu lagi bende yang aku paling cuak sekali kalau server down.Ntah nape,aku diuji ngan bende ni masa hari kedua..Ade customer complain nape tk dapat internet..Aku ngan confidentnye cakap."Ko refresh je la john"..tapi,rupa-rupanye ade masalah lain.Ku lihat internet yg sedang aku gune pun takleh serve..Make tk teragak-agak lagi aku pun buat la macam mana yang diajar,aku restart balik com,pastu tutup semua suis,pastu on balik.Nasib baik lepas tu ok..Aku menarik nafas lega la apa lagi...

Tuesday, May 6, 2008

New trial

ha!ni percubaan kedua aku sebagai seorang blogger yang baru.Ape yang aku nak tulis kat sini adalah mengenai susah payah aku membuka blog walaupun aku tak la berape tau sebenarnya.Aritu lagi aku nak buat tapi tak berape nak tahu.Tapi,setelah dapat dorongan daripada beberapa pihak,aku pun cuba la mencipta blog.Tapi,isi masih tak boleh blah.Pada pembaca-pembaca di luar sana,blog jagatraya akan memaparkan isi-isi yang boleh blah di mase akan datang..so,tunggu dan lihat..