Sunday, June 28, 2009

The best shot from cyber shot






Gambar ni hanya diambil dalam 2 second.
Kesemuanya adalah gambar yang berbeza
Walaupun kalau kita tengok just ader 0.01 perubahan kecil pada setiap gambar.
Ni anak kucing aku.Namenyer muhfa walmuqabbala.
Bunyi macam ala-ala arab+parsila pulak

Thursday, June 18, 2009

Mustahil bagi episod ke-13

Sebelum aku pulang bercuti hari tu,aku telah telah mengambil satu langkah yang bijak iaitu copy semua file movies dan drama bersiri dalam external hardisk aku.
Sebab aku fikir,mungkin waktu cuti,aku akan berasa bohsan yang luar biasa.
Sewaktu cuti,aku meluangkan sedikit masa yang tak seberape untuk menonton movie dan drama sedikit demi sedikit.
Semua movie yang aku copy tu,banyak yang dah aku tengok.
Ade satu drama bersiri dari korea yang sedang aku tonton sekarang ni dan belum sampai penghujungnya.
Sedang selama 2 bulan ni,aku tengok sikit drama tu.
Memang best dan kelakar.Tapi,sebelum aku tengok drama tu,aku pelik kerana drama yang aku copy tu sampai episod 13 je.Biasanya kalau cerita korea mesti samai 16 episod atau lebih.
Masa tu aku fikir, mungkin drama ni memang banyak ni je episodnya.
Takpe,aku teruskan menonton.
Ader jugak terlintas kat kepala ni untuk buka terus episod ke-13 untuk mengetahui same ader cerita ni cukup ke tak.
Tapi,naluri aku ni kuat mengatakan bahawa cerita korea yang aku copy ni cukup episodnya dan kalau aku buka terus ke episod ke-13 tu tak suprise la.
Aku terus menonton dengan penuh minatnya.
Cerita tu memang menarik sehingga aku tak sabar-sabar nak tengok episod seterusnya.
Pada hari ini,sampaila episod yang ditunggu-tunggu iaitu episod ke-13.
10 minit sebelum habis cerita,aku rasa tak sedap hati.
Aku merasakan cerita ni tak cukup dan banyak lagi perkara dan masalah tak selesai.
Bila abis je episod ni,aku menjerit tertekan dan tak tentu arah.Orang perak kata libang libu
Episod seterusnya takde.Maknanya episod ke-13 bukanlah episod yang terakhir
Sekarang aku nak tanya kamu semua pembaca dan penulis blog.
Ader tak sambungan cerita drama bersiri korea Couple or trouble ?
Aku tengah frust menonggeng nih...

Tuesday, June 16, 2009

Perihal burger

Pejam celik, pejam celik
Dah kira-kira hampir 2 bulan aku berada di rumah
Sekarang, tengok tali pengukur pun aku rasa gerun.
Entah kenapa mak aku letak tali pengukur tu diatas sofa di bahagian pemegang.
Dah la sofa tu sofa favourite aku untuk chill tgk tv.
Dulu aku selalu ukur pinggangku untuk memastikan yang perutku sentiasa maintain ditahap muda-muda sekarang.
Kemudian aku diuji lagi dengan seluar-seluar yang banyak sudah merasai keketatannya.
Tapi,aku tak hairan bila wujudnya benda ni kat rumah sebagai punca keketatan seluar ku.
Hampir setiap hari aku masak untuk memenuhi keperluan nafsu makan.




Dah tengok proses kejadian burger?
Tapi burger yg aku buat ni sedap.Kalah burger king.

Saturday, June 13, 2009

Teka teki loghat perak.Jom cuba!

Okey.entri aku kali ni pasal teka teki mengenai loghat perak.
Kalau korang rajin,try la jawap.Nak jawapan lagi tepat discuss ngan org-org perak.
Lagi best kalau jawap sendiri.
Aku tertarik bila berjaya menjawap teka-teki dalam facebook tentang loghat perak ni..
Try it!

1) Seloroh
A.Makan
B.bercakap perkara yang menyakitkan hati
C.bergurau
D.Menonton sesuatu

2) Gebor
A.sejenis alat menangkap ikan
B.selimut
C.kain sarung
D.kain cadar

3)Libang libu
A.sejenis serangga
B. perasaan runsing dan rimas
C.Sejenis kuih tradisional orang perak
D.cemburu buta

4)thoroyak
A.adik beradik tempoyak
B.Perasaan benci terhadap seseorang
C.menangis
D.sejenis hantu yang terdapat di perak.

5)tumpo
A.Sejenis silat yang diasaskan di perak
B.mati
C.hancur
D.halus

6)dedor
A.Sejenis masakan yang direka di perak
B.Lelaki kematian isteri
C.sejenis ikan di dalam parit ulu
D.demam

7)meroloh
A.merokok
B.menghasut
C.tidur
D.berdengkur

8)mengelisai
A.tak tentu hala
B.lapar
C.Dahaga
D.nakal

9)tak semia'
A.tak siuman
B.tak semestinya
C.tak suka
D.tak senonoh

10)jegang
A.kaku/keras
B.kejang
C.kesat
D.lembut/rapuh

Haha.Gunakan strategi yang yang bijak untuk menjawap.Selamat mencuba.

Thursday, June 4, 2009

Semangat orang lama

Baru-baru ni,ada khabar angin mengenai seorang ketua komunis Chin Peng akan datang ke Malaysia.
Berita ini betul-betul mendatangkan marah kepada sebahagian rakyat Malaysia terutamanya yang pernah menjadi tentera sewaktu era zaman penjajahan komunis.
Tapi,aku lihat dan perhatikan,tidak ramai dikalangan anak muda yang mengambil berat akan isu ni tak tidak kisah dengan berita kepulangan Chin Peng.
Yang paling mengagumkan tentang semangat salah satu orang lama yang mengatakan
"Kalau Chin Peng balik,saya akan cangkul buang satu persatu tapak kakinya dari bumi Malaysia.Kalau tapak kakinya pun saya buang,inikan pula Chin Peng"
Memang mengagumkan.
Malahan kepulangan Chin Peng juga menjadi rebutan bagi bekas-bekas tentera untuk menjadi orang pertama yang menuntut bela ke atas kematian sanak saudara dan kematian orang pada masa lampau.
Semangat yang ada memang betul-betul patriotisme tapi agak-agak wajarkah untuk menuntut bela kepada Chin Peng yang kini telah tua bangka dan tak segagah dulu?
Isu ini ada dibangkitkan oleh orang-orang muda kini yang mungkin tidak pernah merasai keperitan yang dialami oleh orang-orang lama semasa penjajahan komunis dahulu.
Tapi,jangan risau bahawa dengan ancaman patriotisme dari rakyat Malaysia dan jugak kerjasama dari kerajaan, Chin Peng tidak akan berani menjejakkan kaki ke Malaysia.
Terima kasih akan semangat itu
Semangat yang lebih diharapkan ialah dari anak-anak muda kini.