Tuesday, March 24, 2009

Nama je sama

Manusia A:salam,ni en jagatraya ke?(bukan nama sebenar)

Aku:Ya saya.(Dengan suara macho)

Manusia A:Saya nak mintak tandatangan awak untuk program veterinar kat johor sem depan.Sebab program ni kena ada approval dari awak.Saya dah jumpa Dr Jesni,tinggal your approval je.

Aku:OO.yeke.(penuh curiga)

Manusia A:Agak2,bila bley jumpa awak nak mintak tandatangan?

Aku:Hmmmm.Macam nila.Mungkin awak salah orang kot.Nama saya je sama,tapi,status berbeza.

Manusia A:Yeke.Ok,sory ganggu.

Aku:Sengal betul sapa yg bagi no aku kat dia ni!Tak smpai hati pulak nk kelentong tadi.Ish.

Tuesday, March 17, 2009

ni perli ke hapa nih?

Sedang aku naik bas pulang ke kuantan
Macam biasa,sebelum bas berlepas dari hentian puduraya
Terdapat seorang yang menjual buku-buku agama datang memberikan buku-bukunya kepada penumpang bas.
Buku-buku itu bukanlah percuma sebaliknya,diberikan untuk dilihat oleh penumpang sebelum memberi keputusan untuk membelinya.
Semua dapat kecuali orang yang bukan beragama islam.
Bila penjual buku ni datang untuk ambil balik bukunya yang telah diberikan tadi,
aku mendapati ramai yang memulangnya kembali dan tidak membeli.
Sama juga dengan aku.
Tiba-tiba,sedang aku memulangkan buku,aku ternampak seorang cina di tempat duduk seberang memerhatikan aku dan senyum sinis bila melihat aku memulangkan buku.
Cis,terasa lak aku.

Friday, March 13, 2009

Kadang-kadang aku fikir,masa aku banyak habis di situ

Aku hairan lagi pelik bila aku rasa tak cukup masa sekarang.
Bila aku buat analisis,baru aku tahu,masa aku banyak dihabiskan di tempat yang tidak seharusnya.

1)yang pertama,masa aku banyak dihabiskan di kamar tidur.Entah kenapa aku sekarang gemar tidur awal dan bangun lambat.Paling bertuah kalau tidur pukul 10.30,bangun pukul 10.30 paginya.Subuh pulak,pukul 11.Memang terbaik!

2)yang kedua,masa aku ni banyak habis di medan pertarungan karom.Entah kenapa,kalau aku dengar je orang petik atau jentik buah karom,aku akan ke sana menyaksikan siapa gerangan yang sedang berlawan.Lebih parah lagi,kalau main karom sambil tengok tv.Memang menbazir masa.

3)yang ketiga,masaku banyak dihabiskan di kedai makan.Kalau order makanan tu,kadang-kadang terlalu lama untuk disiapkan.Maka,masa hanya diisi dengan berbual kosong dengan kengkawan.Lebih parah lagi,kalau dalam satu table tu ade banyak group.Memang lambat nak habis.Kena tunggu order kawan nila,kena tggu dia habis makan la.Memang leceh kengkadang.

4)yang keempat,kalau korang perasan,masa banyak dihabiskan di traffic light.Kadang-kadang satu traffic light=99 saat.Cuba kira kalau ada 5 traffic light.Tak ke 495 saat.Itu belum kira tempat yang kaya dengan traffic light.Saborjela.

5)yang kelima,masaku banyak dihabiskan di tempat u-turn.Oleh sebab kerajaan mahukan keselesaan bagi pengguna jalan raya,maka jalan dua lorong telah disediakan.Kalau nak masuk lorong yang disebelah,kena buat u-turn.Memang makan masa.Aku suka..

6)yang keenam,aku banyak menghabiskan masa diatas motor.Aku bukanla sejenis makhluk yang suka bawak moto laju-laju.Aku bawak steady je 60km/h.Paling laju la,70km/h.Tapi,average memang 60km/h.Memang lembab giler.Basikal pun boleh motong.

7)yang terakhir,bulan ni,masa aku banyak dihabiskan di kedai-kedai komputer yang mana laptop aku mengalami masalah yang memeningkan kepala aku sampai sekarang.Aku dah hantar di 3 buah kedai komputer yang bertanggungjawab untuk membaiki laptop aku.Tapi,gagal.Jawapannya tetap sama,komputer adik ni mengalami masalah window,hardwarela dan macam-macam.Sehinggakan,aku membuat analogi sendiri bahawa laptop aku ni umpama seorang pesakit yang dibawa ke hospital kecil di daerah dan kemudian dinasihatkan doktor agar dibawa ke hospital negeri.Kemudian,bila dibawa ke hospital negeri,doktor disana menyarankan agar dibawa ke hospital KL kerana disini tiada pakar.Bila dah dibawa ke KL,doktor pakar tu cakap,"hmmm,elok awak bawak pesakit ni balik rumah jela"..

Ok.cukup setakat ni.Aku nak gi amik laptop sekarang kat kedai laptop terakhir.Kemudian,nak bawak balik kampung halaman untuk dikebumikan.

Tuesday, March 10, 2009

Apabila PPSMI dikatakan 'tidak gagal'..

Aku tak pernah bersetuju dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimulakan pada tahun 2003. Pada aku, ia membunuh keupayaan anak-anak, khususnya anak-anak Melayu untuk menguasai ilmu sains dan matematik.

Kalangan saudara-mara, sahabat handai saya bukan sedikit yang berkerjaya sebagai guru. Dan mereka akui, bahawa penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar masih lemah untuk kita memahatkan Bahasa Inggeris sebagai pengantar sains dan matematik. Apa yang mengejutkan, masalah ini tidak sekadar berlaku di luar bandar atau kawasan pedalaman, sebaliknya turut berlaku di kalangan pelajar-pelajar di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Kata mereka, kadang-kala mereka cukup simpati melihat anak-anak bangsa terkial-kial memahami frasa yang sedia pelik dalam subjek matematik dan sains melalui bahasa Inggeris. Akhirnya, terpaksa juga diajar di dalam Bahasa Melayu, kerana yang paling penting ialah pelajar perlu semakin faham, bukan semakin bebal.

Justeru apabila Menteri Pelajaran dengan gah berkata bahawa PPSMI Tidak Gagal, maka aku tercari-cari ke manakah hala tuju anak bangsa di dalam sistem pendidikan negara.

Ukuran peningkatan prestasi pelajar-pelajar di dalam keputusan UPSR baru-baru ini juga tidak wajar dijadikan ukuran mutlak.

Benar, mungkin ada peningkatan keputusan. Tetapi aku mahu Kementerian Pelajaran mendedahkan kepada umum, berapakah markah minimum untuk lulus bagi kedua-dua subjek ini. Apakah 10%, 18%,20% ataupun 30% sudah cukup untuk lulus.

Dahulu, sewaktu aku di sekolah menengah, Matematik Tambahan adalah subjek yang paling menyakitkan jiwa. Mendapat 30% sudah dikirakan satu rahmat besar walaupun masih gagal. Dan ada pendedahan yang dibuat kalangan guru bahawa ‘kebiasaannya’ markah lulus untuk Matematik Tambahan ini ialah 20%. Maknanya 20% sudah cukup untuk dapat gred 7D, gred paling akhir untuk lulus. Aku tidak tahu akan kebenaran fakta ini, sebab itu saya kira penjelasan wajar diberi oleh pihak berwajib.

Bayangkan, itu dalam Bahasa Melayu. Bagaimana kalau dalam Bahasa Inggeris? Mungkinkah 15%, 10%, atau berkebarangkaliankah 5% sudah cukup untuk lulus??

Itu baru satu subjek. Bagaimana dengan Fizik, Kimia, Biologi, dan lain-lain?

Menteri juga dilaporkan berkata:

Mengulas perkara itu, Hishammuddin berkata pada UPSR lalu, 57 peratus calon telah menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris dan ia membuktikan calon juga selesa untuk menggunakan bahasa tersebut dan ia merupakan satu kebanggaan kementerian.

Setelah 5 tahun dilaksanakan, hanya 57% sahaja yang menjawab dalam Bahasa Inggeris? Pada aku, kalau benar ia ‘tidak gagal’, sewajarnya 70% ke atas memilih untuk menjawab dalam Bahasa Inggeris.

Baik. 57% menjawab dalam Bahasa Inggeris, dianggarkan 43% menjawab dalam Bahasa Melayu. Kita andaikan ini sifirnya.

Aku mahu Kementerian Pelajaran sekali lagi mengeluarkan statistik, berapa ramai yang menjawab dalam Bahasa Inggeris itu lulus dan dapat Gred A, berapa ramai pula yang menjawab dalam Bahasa Melayu mendapat Gred A. Demikian juga yang gagal subjek sains dan matematik dalam klasifikasi kedua-dua Bahasa tersebut. Hasil daripada statistik ini, barulah boleh kita membuat kesimpulan.

Aku fikir, usahlah kita berdegar-degar bercakap soal survival atau ketuanan melayu, kalau Bahasa Melayu yang menjadi identiti bangsa terus dilacur di bumi sendiri sehingga meninggalkan lompong yang besar di dalam kemajuan pendidikan anak bangsa kita.

Friday, March 6, 2009

update

Sory buat semua pengunjung blog ni..
Kerna blog ni tak diupdate setelah sekian lama
Kerna masalah teknikal laptop dan hard disk
Mungkin lepas ni blog ni akan kembali bergiat aktif.
Sekian terima kasih.