Thursday, October 29, 2009

Lesson from imam ghazali

Imam Ghazali = ‘ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ‘ Orang tua ‘
Murid 2 = ‘ Guru ‘
Murid 3 = ‘ Teman ‘
Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Negeri Cina ‘
Murid 2 = ‘ Bulan ‘
Murid 3 = ‘ Matahari ‘
Murid 4 = ‘ Bintang-bintang ‘
Iman Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama’.

Iman Ghazali = ‘ Apa yang paling besar didunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Gunung ‘
Murid 2 = ‘ Matahari ‘
Murid 3 = ‘ Bumi ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.’

IMAM GHAZALI’ Apa yang paling berat didunia? ‘
Murid 1 = ‘ Baja ‘
Murid 2 = ‘ Besi ‘
Murid 3 = ‘ Gajah ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling ringan di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Kapas’
Murid 2 = ‘ Angin ‘
Murid 3 = ‘ Debu ‘
Murid 4 = ‘ Daun-daun’
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ‘

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? ‘
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang ‘
Imam Ghazali = ‘ Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ‘

Friday, October 9, 2009

Kirim Salam

Sory kepada semua pengunjung yang terpaksa berputih mata kepada aku kerana entry yang lapuk dan lama tak diupdated
Anyway,
Ape yang kita paham tentang kirim salam?
Nampak memang remeh tentang kirim salam ni,tapi kalau nak diikutkan ianya boleh menjadi satu beban yang besar jika tak dilaksanakan.
Walaupun ia secara nyata mengeratkan silaturrahim antara dua pihak,namun mungkin membebankan pengantaranya.
Contohnya macam aku.Aku rasa macam aku buat dosa besar lak.
Aku ader menyimpan salam dari ustaz aku kepada seorang ustaz yang tinggal dikawasan perumahan aku.
Kisahnya bermula bila ustaz aku ni bertanya aku nak balik kemana.Bila bertanya dan bertanya,rupa-rupanya dia kenal salah seorang sahabatnya yang kebetulan tinggal seTAMAN dengan aku.Dengan slumbernya dia menyampaikan salam beliau kepada membernya tu tadi.Aku pulak takdela kenal sangat dengan ustaz yang seTAMAN dengan aku ni.Maka,salam yang disampaikan 7 tahun dulu dibekukan oleh aku sampai ke hari ini.

Kisah kedua pabila lecturer aku yang suka menyampaikan slam secara general kepada student dia.
"Send my regard to your parents ok.."
Memang tak jadi masalah sebenarnya.Yang jadi masalah bila parents aku pantulkan balik salam mereka kepada lecturer aku.Aiseh.Ni yang aku malas ni.Bagus memang bagus,tapi......

Yang penting sekali janganla jadi macam aku..Amanah yang dipikul tak dilunaskan.Rasa macam bersalah lak.Tapi,entahla...Aku macam mana?