Saturday, May 17, 2008

Syak ke prasangka?

Ape beza syak ngan prasangka?Entahla,bagi aku kedua-dua term tu lebih kurang sama maksudnye tapi still mmpunyai makna yang berbeza.Aku nak tanye:

Ape impression pertama anda bila melihat seorang pemuda yang pakai kopiah dan berjalan menuju ke sebuah kedai runcit?Mesti anda akan katakan oo itu orang baik tu..

Ape impression anda bila nampak seorang pemuda yang berbaju hitam,berseluar jeans, dan berambut panjang?Mesti anda akan katakan oo itu mesti mat rocker..

Ape impression anda bila melihat seorang pemuda berbadan kurus,bermuka brutal,berjeans koyak dan nampak tak terurus?Mesti anda akan katakan oo itu tak lain mat penagih..

Ape impression anda bila nampak seorang minah rugged rambut panjang ,berbaju ketat sampai menampakkan tali bra,berbaju lengan pendek yang fit?Mesti anda akan katakan ni tak lain minah rempit.

Hmmm.Sebenarnye kita tak sedar bahawa pakaian itu menunjukkan peribadi seseorang.Aku tak cakap orang yang pakai rugged tu tak sembahyang,yang pakai baju ketat dan menampakkan pusat tu tak pernah solat,tapi itulah pakaian yang menunjukkan siapa kita.

Ade je aku jumpa wanita yang bertudung,tapi tak pernah sembahyang.Lelaki yang mendapat anugerah dari Allah yang air mukanye lembut dan baik tapi solat ikut mood.Ade jugak yang nampak jauh lebih berilmu dari ustaz,tapi solat ditolak ketepi..Ade jugak yang berpakaian sexy tapi singgah dekat surau untk solat.Semuanya aku dah pernah jumpa.

Itu semua adalah lumrah ragam manusia di muka bumi ni.Semuanye datang pada diri kita sendiri.Bagi aku,aku terus terang katakan yang aku ni suka bagi bad impression pada orang.

Bila nampak orang datang kat kita tanye jam pukul bape,dalam hati aku akan cakap,"ni mesti nak merompak ni".Walaupun kekadang bende ni betul.Sebab kes2 sebegini banyak berlaku.Tapi,orang tu takde pun nak merompak aku.Itulah kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.

Impression ni sama gak dengan orang yang masuk kelab malam.Walaupun peribadinya baik,orang akan fikir bahawa si fulan itu mesti minum arak, joget, menari, terlibat dengan hubungan sex dan lain2.

Sebab ape?Sebab tempat-tempat macam tu melibatkan perkara2 yang sebegitu.Jadi macammana nak elakkan impression negatif orang?Kata orang la,manusia mana ade senang dengan ape yang kita buat.Pakai ni tak kena,pakai tu tak kena,semua tak kena.Ape yang kena ntah la.

Mengikut sebuah cerita,bila ade 2 beranak iaitu ayah dan seorang anak lelaki berjalan bersama keldainye.Mereka berjalan dan tiba di sebuah kampung.Bila tiba di kampung A,orang kampung A akan kata,"ape la bodo punye orang,ade keldai naik la keldai."

Maka si anak pun naik la keldai dan bapanye pegangla tali keldai itu.Bila tiba di kampung B,orang kampung B akan cakap,"ape la,orang bagila bapa naik keldai sebab dah tua,yang si anak tu jalan la kaki."

Maka si anak pun turun dan menyuruh bapanye yang naik.Bila tiba di kampung C pulak,orang kampung tu akan cakap,"ape la,ada ke bapa tunggang keldai,anak dibiar jalan kaki.Patutnye kedua-dua naik la keldai."

Maka si anak pun naik la keldai bersama-sama bapanya.Demikian la mereka sentiasa bertukar kedudukan jika sampai di setiap kampung.

Dalam situasi ini tak sesuai dengan tajuk yang aku discusskan kat sini.Contoh ini hanya sesuai kepada mereka yang sentiasa mengikut kehendak orang tak kira dari sudut positif dan negatif.Macam pak turut.

Kalau dalam situasi pakaian,sepatutnye ikut la pendapat orang selagi benda tu positif dan tak melanggar hukum syarak.Lagipun tak rugi pakai pakaian yang bagus.Kalau nak rugged sikit pun tak salah.Asalkan menutup aurat.Jangan la mengatakan pakaian yang menutup aurat tu old fashion dan ketinggalan zaman.Boleh gugur akidah kita.Jadi pandai-pandailah jaga peribadi dan personaliti kita.Jangan hipokrit sudah.Sama-sama la kita renungkan..

1 comment:

Dammit said...

wey,aku suka entry ko ni, padat. terbaik punyaa!haha