Hostelku syurgaku.Betul ke?Ke aku je yang cakap?.Tapi,seriously aku tak penah cakap hostelku syurgaku.tu nama title je.Tp,kat sana banyak menyimpan khazanah seribu satu kenangan pahit dan duka.Benda yang paling aku tak penah lupa salah satunye masalah kebulur Kat sini aku nak tanya,betul ke budak-budak asrama mengalami masalah kelaparan sentiasa?
Kalau korang taknak jawab,biarla aku yang jawab.Aku tak sure la asrama korang macammana.Tapi,aku percaya 50% orang akan mengatakan iya.5% akan mengatakan tidak dan 45% akan kata ntah la.
Kat sekolah aku,ape jenis makanan dan minuman dipanggil product.Memang budak sekolah aku akan beli makanan kering dan simpan didalam bekas (tupperware) kot-kot lapar di lain hari.Tapi tak semua la.Selebihnya kaki pau je.
Aku kat sekolah sentiasa lapar.Pantang nampak makanan,mesti nak beli.Tapi,beragak sikit la,sebab takde pinjaman masa tu.Biasanya lapar time petang ke,malam ke,lepas prep ke..Kat situ jugak wujudnya word seteng.Seteng tu maksudnya setengah dan ditujukan kepada pemilikpemilik biskut.Pantang je nampak orang makan biskut,mesti nak mintak seteng.
Ade satu peristiwa yang paling tak boleh blah masa ada sorang member ni baru balik dari kampung dan bawa satu jenis makanan yang bernama mister potato.Lepas tu dia open kat member-member lain untuk makan bersama-samalah kononnye.Tapi,malangnya sama-sama tak cerdik.
Sebab ape?Sebab bila plastik keropok tu dapat kat sorang mamat ni,semua serbu.Semua tangan bebudak ni masuk dalam plastik tu termasuk aku.Masa tu sorang drpd member aku ni yang berebut ni cakap amik newspaper,pastu tabur atas tu.Senang sikit,semua boleh merasa.Tapi,semua degil dan tak mahu lepas tangan. Masing-masing berdaya saing yang tidak terhingga sehngga keropok tu hancur kat dalam.
Pastu,5 tangan yang menyelup masuk tadi,keluar secara serentak mengakibatkan keropok-keropok tu terkeluar sekali.Serpihan-serpihan halus keropok tadi jatuh bertaburan kat atas lantai.Aku yang bernasib malang ni hanya menjilat jari je bila melihat serpihan-serpihan halus rezeki tadi jatuh atas lantai.
Tapi,apa yang lagi kesian,ada member aku sorang ni yang mengutip serpihan-serpihan keropok tadi yang jatuh kat atas lantai dan terus masuk kat dalam mulut sambil marah-marah kempunan.Aku gelak gembira sambil menjilat jari lagi di dalam mulut.Still kempunan.Hmmm.
Ada satu lagi story yang aku takleh lupa la.Ade sorang lagi member aku ni,aku gelarkan dia raja biskut.Nak tau sebab ape?Sebab mamat ni suka buat koleksi biskut dalam bekas favouritenya yang berpenutup merah.Ada sekali aku open biskut chipsmore kat tengah bilik sedangkan dia sedang berpuasa masa tu.Aku kehairanan sebab dia turut serta amik biskut tu.Dalam hati aku,"Aku rasa dia puasa ari ni,mamat ni dah buka puasa ke?".
Aku perhatikan dia dalam jarak jauh sambil tersenyum jahat.Aku tengok dia simpan biskut yang diambil tadi dalam koleksi dia."Memang aku dah agak dah",desis dalam hatiku.
Pada hari-hari lain,aku pernah perhatikan mamat tadi membuka bekas koleksi tadi dan amik sekeping biskut.Tapi,alangkah terkejutnya aku bila tengok biskut tadi,di potong dua (Seteng) dan dimasukkan didalam mulut dengan selambanya.Yang setengah lagi disimpan semula didalam bekas koleksi biskutnya.
Aku mencari peluang untuk mengepau beliau,tapi usahaku sia-sia belaka.Ada la jugak sekali-sekala berjaya tapi tengok time gak.Hmmm.Aku rasa cukupla setakat ni,dh nak mengarut sikit.Tengok betapa pentingnya bekalan makanan masa tu.Macam zaman jepun pulak.hehe.Nanti kalau ade masa aku sambung lagi.Ok.Selamat membaca.
Tuesday, May 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment