Semakin besar diri ni,semakin terasa bahawa raya ni hanya memberi pengertian untuk satu hari,
Bukan untuk hari kedua,ketiga mahupun yang keempat.
Aku tak tahu kenapa beberapa tahun ni aku rasa raya tak semeriah dulu,
Macam sekarang ni,aku tak terasa pun sangat dengan debaran hari raya.
Baju melayu pun kalau tak tukar bertahun-tahun pun takpe.
Macam sekarang ni,baju melayu tahun lepas akan diguna balik untuk tahun ni.
Takde terlintas langsung nak beli baju baru.
Tak macam sesetengah kengkawan aku yang beli 3-4 pasang baju melayu,
Tahun depan beli lagi 3-4 pasang baju.Dan seterusnya.Kan membazir tu.
Aku teringat masa kecil-kecil dulu,betapa indahnya hari raya.
Dalam kepala asyik teringatkan duit raya ngan mercun je..Memang happy go lucky.
Kalau nak dibandingkan hari raya dulu dengan sekarang memang jauh bezanya,umpama langit dengan bumi. Masa zaman takde teknologi,Pengumuman raya dibuat oleh orang kampung yang menaiki bot di sungai dan pusing satu kampung berbekalkan lampu minyak tanah dan jerit "esok raya" di setiap tebing sungai.
Aku dapat bayangkan masa tu walaupun aku tak lahir lagi masa tu.
Compared dengan sekarang ni,yang masing-masing mempunyai television di rumah,just duduk depan TV,pegang remote control sambil mendengar pengumuman raya secara rasmi oleh yang dipertua.
Yang lagi canggih,dapat message dari jabatan ahli falaq tentang kenampakan anak bulan.
Dulu,orang memberi ucapan hari raya menggunakan kad raya sepenuhnya, lepas tu,kad raya tu digantung di rumah semasa hari raya pertama dan kedua.
Berbeza dengan sekarang ni,masing-masing dah ada handphone, computer dan internet,semuanya guna cara mudah.
Melainkan golongan yang masih sayangkan budaya kad raya.
Dulu,masa aku sekolah rendah dan menengah,kad raya aku melimpah-limpah.
Penuh satu laci.Sekarang,sedih nak cakap,satu kad raya pun tak dapat.Yang dapat melalui email,frienster,message received ngan dari chatting je.Memang satu perubahan yang besar.
Dulu,duit raya banyak dapat.Penuh poket atas bawah.Semuanya RM 1-RM5.Walaupun sampul banyak,tapi jumlahnya tetap sedikit.
Tapi,bebudak tetap gembira.Tapi,sekarang walaupun bilangan orang yang memberinya sedikit,tapi amountnya cukup besar.
Sampai satu masa nanti,aku yang kena bagi duit kat bebudak.
Masa tu berakhirnya pengertian duit raya buat aku..Hehe.
Dulu,kalau raya pertama,semua family cukup.Takde sorang pun yang terkecuali.
Sekarang masing-masing dah membina keluarga sendiri dan beraya di rumah mertua masing-masing.
Dulu raya time cuti sekolah,exam lambat lagi.
Sekarang lepas raya bertimbun exam datang dan assignment yang kena submitla, presentation la,quiz la,apa lagi da benda-benda mengarut tu.
Anyway,semua tu tak menjejaskan raya untuk kali ni.Berayalah walaupun untuk sehari demi meraikan kemenangan kita dalam melalui bulan puasa.
Sunday, September 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
huu..eid mubarak.
da takde alamat umah, bg jelah card buatan sendiri kat email je....lg bermakna daripada kad beli kat kedai :P
walaupun canggih, masih guna ungkapan klasik, "maaf zahir batin"
ngeh3
selamat memanfaatkan hari2 terakhir ramadhan..
yup2 setuju dengan entry anda.
selamat ari raye =]
Haha. Aku hanya dapat rm10. Dah tua bangka. Nak raya apa..
Apapun, selamat menyambut hari kemenangan melawan nafsu. Hanya untuk sehari. Tiada yang ke-2 ataupun 3.[ketawa]
nurilahi-thanks
leka-selamat hari raya
huzai-Kira okla tu.Membe aku ada yang dapat seringgit je..hehe
Post a Comment