Akhirnya,sampai juga entri yang ke 100 buat Aku Macam Mana?
Dalam tempoh yang lebih 3 bulan pertukaran tampuk kepimpinan negara, banyak pembaharuan yang telah berlaku dalam negara Malaysia yang tercinta ni.
Antaranya isu PPSMI yang telah menjadi kontroversi dikalangan orang melayu,ahli-ahli bahasa, tokoh korporat, politician dan golongan pendidik.
Mengikut statistik aku yang telah dibuat secara kasar,kebanyakan guru yang mengajar pelajaran sains dan math dalam bahasa inggeris menentang sistem ni.
Especially bagi guru yang terpaksa mengajar dikawasan pinggir bandar,pedalaman, ceruk dan kawasan penempatan orang asli.
Kalau korang tak berada tempat diorang,mungkin korang tak faham sebenarnya.
Sebelum tu,aku nak ucapkan jutaan tahniah kepada menteri pelajaran kita Datuk Seri Mahyuddin Yassin(merangkap TPM) kerana telah memansuhkan sistem PPSMI ni.
Ramai yang marah bila PPSMI ni dimansuhkan kerana memundurkan rakyat atau biarkan mereka lemah dalam mendalami ilmu sains dalam english.
Sebenarnya,kita perlu memandang dari beberapa aspek tentang PPSMI ni.Tentang anak-anak melayu(pinggir bandar) yang mengalami masalah kefahaman dalam pengajaran bahasa luar dalam subjek sains dan math.
Sehinggakan,guru-guru terpaksa mengajar 2 kali dalam satu hari tentang pelajaran yang sama.Di waktu pagi, cikgu akan mengajar sepenuhnya dalam bahasa inggeris.Di waktu petang pula, cikgu akan mengajar balik dalam bahasa melayu.
Kan ini membuang masa bagi guru-guru dan pelajar tersebut.Senang cerita,kerja buat dua kali.Itu pun tak semestinya berkesan.
Aku ader cerita mengenai beberapa kisah pelajar kampung yang berbangsa melayu yang mengalami masalah dalam pelajaran terutamanya dalam math dan sains dalam b.inggeris.
Kisah ni diceritakan oleh sepupu aku yang menjadi guru sementara di sebuah sekolah di pinggiran bandar.
Sepupu aku ni seorang guru sanis dan matematik dan dia melihat masalah pelajar-pelajarnya yang terlalu lemah dalam bahasa inggeris.
Tapi,sepupu aku ni seorang yang gigih mengajar.Dia sanggup buat kelas tambahan sendiri untuk anak murid yang lemah ni.Almost everyday,dia akan stay disekolah smpai ke petang untuk mengajar anak murid yang lemah ni.
Sampai satu hari anak murid dia ni mengeluh.
"cikgu,tak payahlah buat lagi kelas tambahan ni."kata salah sorang dari diaorang.
"kenapa pulak"?balas sepupu aku.
"Kitaorang dah pikir dan tahu nak jadi ape bila besar nanti cikgu"
"Oooo.bgsla.Ada matlamat.Nak jadi ape bila besar nanti?"balas sepupu aku.
"Saya nak jadi drebar lori.Abu nak jadi pengutip sampah.Ali pulak nak jadi tukang kebun."kata diaorang.
Haa.Ape perasaan korang bila anak murid korang cakap macam tu. Walupun nasib diorang boleh berubah,janganla disebabkan PPSMI dan subjek bahasa inggeris diorang pasrah dengan hidup.Dan berserah kepada arus takdir.
Memangla PPSMI ader kelebihannya.Tapi,kan bagus kalau diperingkat asas di sekolah rendah dan menengah diajar dalam B.melayu.Sekurang-kurangnya asas mengenai sesuatu pelajaran tu ader. Kalau subjek bahasa inggeris tu ditukar silibus dan teknik pengajaran seperti muet.Ada listening dan speaking skill.
Bila di peringkat U tu kira lainla.Kerana IQ kita dah developed dan semakin matang.Serba-serbi asas math dan sains semuanya dah tahu.English pun dah powerful dah.
Friday, July 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment