Thursday, July 2, 2009

Di Malam yang sepi semuanya boleh berlaku

Seriyus,ni bukan cerita yang aku reka
Cerita ni benar-benar berlaku baru-baru ni.
Bagi siapa yang mengenali aku,simpan la cerita ni sorang-sorang ye.
Ceritanya bermula begini,
Satu malam tu aku keluar
Dari jauh aku dah nampak dia buat muka comel
Aku dah rasa tak sedap hati.
Tiba-tiba dia datang kepadaku
Dia datang menerpa aku secara tiba-tiba
Aku pun tak tahu kenapa
Kebetulan malam tu hujan renyai-renyai
Maklum la kalau dah hujan,suasana begitu sejuk sekali.
Kemudian dia menyentuh kaki kananku yang gebu.
Aku tersentak,
Yang mampu aku buat ialah meneguk air liur tanpa suara
Lepas tu,dia menjilat kakiku perlahan-lahan.
Lidahnya yang lembut tu menggugat aku
Tapi,aku berpura-pura tenang.
Aku cuba perhatikan tindakannya yang seterusnya.
Kemudian dia menggigit manja pulak dibahagian jari kakiku yang gebu tu.
"ahh.Ini takleh jadi nih!"desis hati kecilku.
Lalu tangan aku mula merayap dibahagian bawah
Menyekeh kepalanya.
"Wei,muhfawalmuqabbala!Ko ni tak abis-abis nak gigit kaki aku.Ko ingat ni daging ikan salmon ke?Aku taula kaki aku ni gebu!"
Haha.Sekali kucing aku da...

7 comments:

Szakif said...

oi. aku rasa kucing ko tu nampak tulang yang sedap kot kat kaki ko tuh, instead of kaki yang gebu. huhu..

messyremo said...

nasib jilat..
kalu die peluk2 kaki ko tuh cm @#$%^.ape ko nk ckp..hehe

tusky said...

ceh..
hahaahahaha

As said...

muhfawalmuqabbala tu ape eh...

Mr Jagatraya said...

Szakif-haha.Dia lapar sgt kot.

Messyremo-haha.teguk air liur jela.

Tusky-haha.mesti ko suspen kan.

As-aku pun tk tau.Main letak je.haha.

bawangmerah said...

kaki anda gebu rupenye...
still wondering...tak terkehel ke lidah panggil nama penuh dia tu?

Mr Jagatraya said...

Bawangmerah-Haha.Name tu memang saja bagi org terkehel lidah sikit nak sebut..