Thursday, June 4, 2009

Semangat orang lama

Baru-baru ni,ada khabar angin mengenai seorang ketua komunis Chin Peng akan datang ke Malaysia.
Berita ini betul-betul mendatangkan marah kepada sebahagian rakyat Malaysia terutamanya yang pernah menjadi tentera sewaktu era zaman penjajahan komunis.
Tapi,aku lihat dan perhatikan,tidak ramai dikalangan anak muda yang mengambil berat akan isu ni tak tidak kisah dengan berita kepulangan Chin Peng.
Yang paling mengagumkan tentang semangat salah satu orang lama yang mengatakan
"Kalau Chin Peng balik,saya akan cangkul buang satu persatu tapak kakinya dari bumi Malaysia.Kalau tapak kakinya pun saya buang,inikan pula Chin Peng"
Memang mengagumkan.
Malahan kepulangan Chin Peng juga menjadi rebutan bagi bekas-bekas tentera untuk menjadi orang pertama yang menuntut bela ke atas kematian sanak saudara dan kematian orang pada masa lampau.
Semangat yang ada memang betul-betul patriotisme tapi agak-agak wajarkah untuk menuntut bela kepada Chin Peng yang kini telah tua bangka dan tak segagah dulu?
Isu ini ada dibangkitkan oleh orang-orang muda kini yang mungkin tidak pernah merasai keperitan yang dialami oleh orang-orang lama semasa penjajahan komunis dahulu.
Tapi,jangan risau bahawa dengan ancaman patriotisme dari rakyat Malaysia dan jugak kerjasama dari kerajaan, Chin Peng tidak akan berani menjejakkan kaki ke Malaysia.
Terima kasih akan semangat itu
Semangat yang lebih diharapkan ialah dari anak-anak muda kini.

No comments: