Sunday, September 14, 2008

Persoalan yang dipersoalkan

Di bulan yang mulia ni,
Aku ingin mengatakan sesuatu,
Tapi berkaitan dengan agama,
Mungkin korang akan mempersoalkan kenapa,
Tapi,aku tak pedulikan semua tu,Aku tetap nak bercerita tentang persoalan simple yang dipersoalkan oleh orang ramai mengenai hal ehwal agama

1)korek hidung sesudah berwudhuk
Benda macam ni kadang-kadang lawak juga didengar,tapi bagi golongan yang tak tahu,mereka akan mengatakan batal wudhuk jika berbuat demikian.Tapi,yang realitinya tak batal.

2)Kentut sesudah salam pertama
Soalan ni famous masa aku sekolah menengah dulu.Ramai member aku bertanya aku samada batal atau tidak jika kentut sesudah salam pertama dan meneruskan salam kedua sedangkan salam kedua hanya sunat sahaja.Dulu aku cakap tak batal.Tapi,bila besar sikit dah banyak ilmu baru katakan batal jikalau meneruskan salam kedua.Sebab still dikira kentut didalam solat.Tapi,kalau salam pertama sahaja dilakukan,maka tidak batallah ia.

3)Makan ketika solat
Masa aku kecik-kecik dulu,aku ada sorang member ni yang suka makan gula-gula masa sembahyang.Relaks je.Patutla masa terawih dia takde hal.Aku dulu ingatkan boleh.Aku tryla sekali.Bila parents aku marah,baru aku mengerti..Ish,ish,ish.Abis jahil la masa tu..

4)Termimpi basah di siang Ramadhan
Dulu,aku musykil jugak benda ni.Bila refer balik buku agama baru tahu.Segala pekara yang yang menpunyai imbuhan ter di depan semuanya tak batal.Maksudnya tak sengajala..

5)Korek hidung di bulan puasa
Korek hidung lagi.Dulu setahu aku la,masa belajar kat sekolah dulu,korek hidung atau telinga di siang bulan Ramadhan dikira batal.Tapi,tuptup sekarang ni ada setengah pihak kata tak batal jika dilakukan.Jika kalian tahu dan arif mengenai isu ni tolong explain sikit eh.Tapi,aku still berpegang dengan hukum yang dulu.

6)Bidaah
Term bidaah ni hampir sama dengan term bedeah dalam loghat Perak.Tapi different meaning.Bidaah maksudnya perkara yang tidah dibuat Rasullullah tapi,dibuat oleh umat seterusnya selepas kewafatan baginda.Dan maksud bedeah pulak kelentong atau tipu.Di sesetengah negeri,perkara -perkara bidaah amat ditegah dilakukan.Contohnya time solat jumaat yang disertai dengan 2 azan.Masa zaman nabi dulu,azan cuma sekali iaitu sebelum solat jumaat menandakan sudah masuk waktu.Tapi,dua azan ni yang dilakukan ketika hendak solat jumaat itu diasaskan oleh saidina othman bin affan.Siapalah kita nak lawan othman b affan sehingga ada pihak yang menentang keras isu ni.Sedangkan kita merupakan umat yang berjuta-juta hampir ngan nabi berbanding Othman yang pernah jumpa dan bersahabat dengan nabi.Sometimes perkara yang remeh boleh dijadikan isu serius.Kalau nak diikutkan konsep bidaah,khatib baca skrip untuk berkhutbah juga dikatakan bidaah.Sebab apa?Sebab masa zaman nabi,nabi cakap secara spontan dan tidak menggunakan sebarang skrip.Jadi jangan pening-peningkan isu ni.

7)Ambil wudhuk 3 kali
Ada golongan yang aneh membuat theori baru mengenai ambil wudhuk melebihi sekali.Jika batal wudhuk yang pertama,wudhuk kedua akan backup dan seterusnya.Kalau ada member yang begini, jentik kat perut dia sepuluh kali.

8)Berpuasa tapi tak solat
Solat lima waktu akan jadi tak sah jika tak lengkap.Erti kata lain ada satu solat yang tinggal.Dengan syarat bukan disebabkan tertidur atau terlupa.Sama juga dengan berpuasa.Ada juga orang yang berpuasa tapi tak solat langsung.Kalau jumpa orang yang begini,bimbingkan ia.Ini sama diumpamakan membina bumbung rumah tanpa asas atau tiang.Benda ni banyak dilakukan oleh orang dewasa yang sedikit jahil dengan ilmu agama.Hmmm.

14 comments:

Master J said...

hehehe..i dun think korek idung btl puasa..dun c any relevance..bkn knyang pun..xpuaskan nafsu ke apa..ok je i think..

yg amik wuduk 3kali 2 1st time i dgr..hehe plik sgguh..

puasa tp xsolat 2 i mmg xsuka org mcm 2..puasa sbb org lain puasa..sbb nk raya..solat x pun..padahal both sama je rukun Islam..n solat 2 lg sng dr puasa..haih..

Matematis Muda said...

tak pening sebenarnya isu bid'ah ni..
kita je yg bede'ah buat dia jd pening..

Dammit said...

saya korek hidung dengan penuh bernafsu, adakah ia membatalkan puasa?hahaha

Master J said...

batal wey dammit..puaskan nafsu batal puasa..xkira puaskan dgn apa cr pun =p

akuYANGtipikal said...

ustazah masa zaman sekolah dulu kata.....

korek idung n telinga kalau sekadar nak buang tahi tak batal.
tapi kalau korek sedalam2 secara benafsu *hehe* batal la...

kira macam ala2 luaran je la.

Huzai Mansor said...

aku rasa yg pasal korek hidung tu dah jadi topik debat yang panjang.

Tapi bagi aku sendiri, 'memasukkan sesuatu kedalam ronnga' bukan bermaksud tak boleh korek hidung.

Lainlah kalau korek rongga bawah yakni jubur. [ketawa]

Huzai Mansor said...

btw, aku mahu menge-link kau, okey?

Mr Jagatraya said...

master j-Pasal korek idung tu aku dah banyak kali ckp kat ustaz masa kecik2 dulu ia tk mengenyangkan.Tp,jwpannye ttp sama.Aku pn tk pasti,klu ikut logiknya mcm tk batal.

MM-Betul,betul,betul

Dammit-Kalau ko korek hidung penuh bernafsu,aku dpt bayngkan.Hikhik

Akuyangtipikal-Ooo.Tak mcm orang tula ye..Hehe.Maknanya lepas ni aku blh korek hidungla dgn gmbiranya.hehe

Huzai-ok gak cdgan ko tu.Nnt aku link ko skli..

Anonymous said...

terasa mcm mane2 aku pegi sume tau benda neh.
pelik!

Anonymous said...

weh,
bab wuduk tu klako, itu orang genius punya idea
hahhaha

mana game kesukaan kat blog ko tu??

Mr Jagatraya said...

tuan caracol-Entahla,aku cari punye cari dah tak jmpa lak.

Shamel-Selamat datang kat blog aku.

Anonymous said...

Baru tau korek hidung tak batal puasa. Selama ni dgr kata "memasukkan sesuatu ke dlm rongga badan" tu batal puasa. Kira korek hidung tu memasukkan jari ke dlm rongga hidung. Aihhh...ntah la.

P/S: Beta dah add tuan hamba dlm link, tp tuan hamba tidak berbuat demikian. Haish. Beta je yg bersemangat lebih rupanya.

Mr Jagatraya said...

Knowlee-Patik dah pun berbuat demikian

As said...

i love number 7!!!~
5 stars!!

rrtry2 lah jenguk fiqhmedic.wordpress.com