Saturday, May 31, 2008

Title oh title


Sebenarnya aku memang nak tukar title untuk blog aku ni.

Tapi taktau bila.

Tapi,arini aku secara rasminya ingin memperkenalkan title baru aku.

Aku rasa kali ni dah masuk 5 kali aku tukar title blog.

Nama jagatraya is not for listener akan ditukar kepada title baru.

Haa.tengokla sendiri kat atas.hehe

Wednesday, May 28, 2008

Sorrowful moment.That's unforgettable!

Cikgu! shave tu maknanya ape?

Dengan tersenyum,beliau menunjukkan gaya seseorang mencukur jambang.

ooo.bercukur rupanya.Demikianlah hari-hari berikutnya.Soalan demi soalan telah diajukan kepadanya jika terdapat kemusykilan dalam pelajaran.

Ada sekali tu,apa beza graceful,carefull ngan gracious cikgu?

Lalu beliau menerangkan satu persatu dengan ringkas tapi padat.

Itulah dia cikgu Ahmad atau lebih mesra dipanggil cikgu Mat.

Ada pernah sekali aku terpanggil 'AYAH' sewaktu bertanyakan soalan.Semua student lain terkejut seketika.Begitu juga aku.Bukan sengajaku memanggil beliau dengan panggilan sebegitu,cuma terbiasa memanggil ayahku di rumah.

Ayahku juga seorang guru disebuah sekolah.

Ooh.Alangkah indahnya kalau kembali ke zaman tu..10 tahun yang lalu.

Tidak menghadapi segala masalah pelajaran.Sebab mempunyai seorang guru yang penyayang dan mengajar tanpa jemu.

Walaupun beliau hanyalah guru tuisyen.

Imbasanku berakhir disitu..

Sedang aku tersengih keseorangan bermain game,aku menerima satu mesej dari bonda tersayang.

Kucapai dengan curious menantikan mesej yang keluar.

Din,cikgu mat yang ajar tuisyen tu dah meninggal pagi tadi.


Aku terkedu seketika.

Lidahku kelu.Tak terkata apa-apa.Ku baca mesej tu berulang kali untuk memastikan tiada kesilapan yang ditulis.

Terlintas dalam benak hatiku,baru bulan lepas aku jumpa beliau daam keadaan sihat.Aku masih tak percaya dan bingung.

Jujurnya aku terkejut dan serta merta aku call bondaku untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Inginku balik,tapi apakan daya kerana jauhnya tempatku belajar dengan kampung halaman.

Sewaktu berbual,bondaku ada menceritakan bahawa cikgu mat amat menyayangiku.Dia selalu bertanya tentang progressku,dan memberi galakan kepadaku agar terus maju kehadapan.

Air mataku mengalir tanpa disedari bila mendengar ayat shahdu bondaku.

Bila kuimbas balik 10 tahun yang lalu,kenangan bersamanya,

Terlintas difikiranku untuk pulang ke kampung menjenguk beliau buat kali yang terakhir,tapi apakan daya setelah kuterima berita kematiannya dalam tempoh setengah jam lagi untuk beliau dikebumikan.

Aku termenung seketika.Memikirkan dan mengenangkan kebaikannya kepada aku.

Kuambil wuduk dan membentangkan sejadah.

Kucapai surah yassin untuk dihadiahkan kepadanya.

Esoknya,aku masih teringat akan beliau.Masih tak dapat menerima kenyataan.

Sebenarnya bukan senang untuk belajar menerima kenyataan.Cuma senang untuk mengajar orang untuk menerima perasaan.

Tapi,aku teringat akan pesanan ayahku kepadaku,"janganlah bersedih sangat tentang kematian sedangkan setiap yang bernyawa tu pasti menemui mati".

Aku termenung dan berfikir panjang.Lama jugak aku termenung.Lama-kelamaan,barulah aku mengerti dan dapat menerima kenyataan serta sedar bahawa mati itu tidak menunggu kita.

Sama-sama kita doakan semoga roh beliau berada dikalangan orang-orang yang soleh.
AL-FATIHAH


Tuesday, May 27, 2008

7 wonders





Ni dia gambar Diantara 7 wonders.Ape satu lagi ek?

Mungkin ni kot...




HIDUP TELUK INTAN!


















Monday, May 26, 2008

Melayu Boleh!

Dulu negara kita pernah digemparkan dengan kejadian-kejadian aneh dikalangan orang melayu iaitu pergambaran video sex dan berunsurkan lucah.

Mungkin orang yang katak bawah tempurung je tak tau benda ni.Aku jugak percaya ada dikalangan member-member korang yang terlibat dalam kerja tak senonoh ni.

Aku sebenarnya tak paham kenapa diorang nak rakam benda-benda macam ni.Nak buat koleksi dan tunjuk kepada anak cucu ke?Kalau korang perasan,benda ni berlaku secara berleluasa semenjak kewujudan satu alat teknologi yang bernama handphone.

Aku dah sampai naik meluat dan terkilan kalau pelakon yang terlibat dalam video tu orang melayu.Nasib baik ada sikap meluat dan benci,itu maknanya aku masih sayang kat orang melayu kita.Kalau aku jadi menteri,aku akan cari orang-orang yang terlibat dengan video tu dan ambil tindakan tegas ,tapi yang lagi hebat lagi menteri pun terlibat ngan benda tu cuma bezanya bukan dia yang tangkap sendiri.(Candid camera)

Kalau video pasal artis lagi melambak..Malas aku nak cakap.Aku rasa selagi negara kita tak buat hukum hudud,selagi tu benda ni tak dapat diatasi.Percaya tak?kalau tak caya sudah.Kalau korang nak tau apa kelebihan hudud,nanti aku ceritakan.

Mengikut seorang researcher Dr Jamnul Azhar,beliau kata hukuman sebat yang diberi kepada pelaku salah bagi orang bujang yang melakukan zina,adalah bagus untuk memhalang dari tersebarnya virus HIV.Beliau menyambung lagi,hukuman sebat yang dilakukan dibahagian belakang kat tulang belakang tu ada kesan baik untuk mencegah HIV.Masya Allah.Hebatnya kuasa tuhan yang lebih tau hukum alam ini.

Kalau korang nak tau lagi,ko carilah dalam laman web Dr Jamnul.Aku pun tak berapa tau dia punye laman web.Aku percaya 99% yang Malaysia akan kembali aman dari unsur jenayah kalau kita apply hukum hudud yang Allah dah citekan kat kita semua melalui kitabnya Al-Quran.Percaya atau tidak,korang fikirlah sendiri.Kalau nak anta komen ke,kongsi pendapat,anta-antalah.

Saturday, May 24, 2008

Malapetaka Dunia

1.Gempa Bumi

2.Ribut Taufan

3.Puting beliung

4.Ombak Tsunami

5.Letusan Gunung Berapi

6.Banjir

7.Jerebu



8.Tanah Runtuh
Kesemua tu adalah bala kat dunia ni..Tentera-tentera Allah yang dilistkan 1-8 disini semuanya boleh datang untuk menghancurkan umat manusia di muka bumi ni.

Sepatutnya kita perlu bersyukur kerana bukan semua malapetaka yang dilistkan ni ada kat negara kita..Tapi,tak mustahil untuk kesemuanya datang melanda kat negara kita.Sebab kat negara kita pun asyik berlaku gempa bumi je baru-baru ni sedangkan kalau nak ikutkan keadaan geografi, kita dah terselamat dari gempa bumi ,angin kencang dan tsunami.

Namun,bila difikirkan balik,barulah kita mengerti bahawasanya manusia ni terlalu kerdil untuk berhadapan dengan dengan malapetaka yang dilistkan 1-8.Kalau dah tuhan katakan kunfayakun, maka akan jadilah apa yang dikehendakinya tu.Sapa-sapa pun takleh nak halang termasukla abah ko ke,nenek ko ke,atuk ko ke,super duper atok ke, dan manusia-manusia zaman sekarang yang genius dan mempunyai teknologi yang tercanggih abad ini.
Jadi, malapetaka ini akan turun atas dunia dan tak kenal siapa,umur,pangkat,rupa paras dan lain-lain.Jika kita tak pelihara dunia ini dari kemaksiatan yang berleluasa,tak mustahil kita akan berhadapan dengan bala ni.Jadi,fikir-fikirkanlah ek..

Soal maruah

Baru-baru ni, semua rakyat Malaysia telah digemparkan dengan kemenangan singapura untuk memiliki pulau batu putih oleh makkamah keadilan antarabangsa (ICJ) yang pernah menjadi isu beberapa tahun lalu.

Aku pernah terfikir kenapa Malaysia beriya-iya nak sangat pulau batu putih tu?Bagi je kat singapura.Tak payah gaduh-gaduh.Bukannya boleh buat kebun kelapa sawit pun kat sana.

Dah la singapura tu kecik giler compare ngan malaysia yang mempunyai banyak tanah dan kawasan.Tu pun jadi isu perebutan.

Rupa-rupanya bila kufikirkan kembali,itulah soal maruah Malaysia.Kalau kita mengalah sebelum bertempur,pastinya maruah kita jatuh dan sekaligus menunjukkan yang negara kita lemah.

Tapi,bila cakap soal maruah ni,aku tengok maruah orang zaman sekarang sudah semakin tipis dan nipis.Especially orang perempuan la.Kalau boleh,berjuanglah untuk mempertahankan maruah kita,agama dan bangsa macammana kerajaan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pulau batu puteh.Fikir-fikirkanlah.

Friday, May 23, 2008

Aku,dia dan gitar


Betul ke bukan semua orang boleh main gitar?
Betul ke budak jari kecik takleh main gitar dengan betul?
Aku rasa dakwaan tu meleset sama sekali sebab aku rasa orang kategori ni je yang takleh main gitar

1.Tak yakin dengan diri sendiri.

2.Jari tak cukup lima untuk satu tangan.

3.Tidak terhibur mendengar alat muzik.

4.mengalami masalah pendengaran.

5.Tak tahu tentang kewujudan gitar.

6.Memang sejak lahir bencikan gitar.

Tapi cukup ke 6 kategori?..Kalau tak cukup tambahla sendiri..