Ramai orang complaint bila kita berkahwin pada usia muda.
Maksud aku masih student dalam lingkungan 24 kebawah.
Adakah pada masa sekarang ni,berstatuskan student tidak boleh berkahwin?
Dalam islam,ada 5 definasi dan hukum ditetapkan untuk seseorang tu berkahwin.
Wajib-bagi mereka yang mampu dan tidak dapat mengawal nafsunya lagi.
Sunat-Bagi mereka yang mampu dan masih dapat mengawal nafsu
Haram-Bagi mereka yang berniat untuk berkahwin untuk menzalimi pasangannya dan keluarganya
Makruh-Bagi mereka yang kurang kemampuan dan tak pasti samada boleh menanggung isteri dan anak-anak.
Harus-neutral
(tolong betulkan jika salah)
Tapi,dalam konteks kahwin muda ni memang dibolehkan bergantung kepada tema dan syarat.
Maksudnya kenalah berfikir panjang dan dan tanya diri sendiri samada mampu untuk menanggung nafkah dari segi zahir dan batin.
Ada sesetengah orang yang hanya mengambil berat tentang nafkah batin,sedangkan yang zahirnya semuanya terabai.
Dalam status student,macam-macam cabaran akan kita hadapi bila dah berkahwin dan antaranya:
1)Memikul satu tanggungjawab besar
2)Life masa muda bersama kawan-kawan hilang
3)Duit akan jadi dua kali ganda untuk berbelanja
4)Masa belajar akan sedikit terganggu
Tapi,kalu kahwin masa belajar ada baiknya jikalau boleh mengelak maksiat.Di dunia sekarang yang fatamorgana dan penuh dengan liku-liku pancaroba ni memang susah untuk mengelak dari maksiat.
Sekurang-kurangnya kita akan terkena juga tempias maksiat.Jadi daripada couple tak tentu arah dan dating hari-hari,baiklah berkahwin.
Aku tak tujukan mesej ni kepada sape-sape melainkan jika anda terlibat dalam situasi ni.
Sapa makan cili dia akan rasa pedasnya.
Sebenarnya,kahwin itu sendiri boleh mengelakkan fitnah.Bila kita dah kahwin,tiada sapa boleh kata.Ko nak berpegang tangan ke hapa,orang tak boleh kata apa.
Sebab apa?
Sebab kita dah kahwin.
Kebanyakan orang muda sekarang kahwin disebabkan satu faktor besar iaitu keterlanjuran.
Maka dengan disebabkan faktor yang sebegitu,memang patut sangatlah untuk berkahwin demi menjadikan anak yang dikandung itu beribu dan berayah.
Tetapi,zaman serba moden sekarang ni,ramai yang menggunakan cara pengguguran anak.
Cara yang digunakan memang gila keji dan susah diterima masyarakat.
Tapi,jikalau anak itu dibela dan dibesarkan,mungkin akan ada kesannya tersendiri.
Nabi pernah bersabda bahawa diakhir zaman nanti akan lahirnya manusia yang tidak berbapa dalam kuantiti yang banyak sekali.
Kalau nak dibandingkan diluar negara sana,memang hampir 100% bayi yang dilahirkan itu adalah anak sebelum bernikah.
Dinegara Islam hadhari ini iaitu Malaysia,lebih kurang 21% bayi yang dilahirkan itu adalah anak yang diluar nikah.
Ok stop cerita pasal hal anak luar nikah.
Kita kembali pada kahwin masa muda.
Sebenarnya kalau kita dah cukup bersedia untuk kahwin dari segi mental dan fizikal,silakan untuk berkahwin.
Itu lebih baik kalau dating hari-hari dan membawa fitnah.
Dan yang aku paling tak paham pada mak bapak yang suka meletak harga yang tinggi kepada pengantin lelaki untuk berkahwin.Kalau mas kahwin tu nilainya lebih kurang ratusan ringgit,hantaran mesti nak lebih dari tu sehingga mencecah 10k.
Tp,syarat yg sebenar-benar utk kahwin hanyalah mas kahwin.Yang selebihnya akd,ijab kabul,saksi semua tulah.
Ini,sehinggakan seorang suami tu boleh jadi miskin dalam masa beberapa jam je demi untuk menampung kenduri yang berjumlah ribuan ringgit.
Bagi aku,kalau mak ayah sebelah perempuan meletakkan harga diluar kemampuan aku,mungkin aku akan menolak mentah-mentah.
Alasannya,mana lagi penting,Wang atau kebahagian.
Kalau benar si mak ayah ni nak anaknya berbahagia disamping suaminya yang tercinta,takkan dia sanggup berbuat begitu.
Melainkan si mak ayah ni sponsor semua kenduri belah perempuan.
Ini sehinggakan pasangan bakal pengantin berkongsi duit untuk membeli barangan hantaran buat ape?
Kan hantaran itu satu hadiah yang ikhlas yang perlu diberi pihak lelaki kepada perempuan atau pun pihak perempuan kepada lelaki.
Kenapa sampai tahap kena berkongsi duit?
Oh,mungkin kita mengalami masalah kewangan kot.
Tapi,takkan sampai buat loan kat bank.
Kenapa sampai jadi macam tu.
Memikul hutang hanya semata-mata untuk menanggung kenduri dan wang hantaran.
Cadangan aku,bijak-bijaklah menguruskan wang.Membahagikan mana yang perlu dan mana yang tidak perlu.
Mungkin perlu spend masa 2 tahun lepas dapat kerja untuk mengumpul banyak wang
Hmmm.Just my opinion utk orang yang mengalami masalah kewangan.
Tak pun,kurangkan kadar jemputan.500 ratus ke,4 ratus orang ke.Yang lebih hebat lagi ajak saudara mara dan teman-teman yang terdekat je.
Tapi,cara sebegini kan membuatkan ramai pihak yang kecil hati sebab tak diundang.
Lebih saving lagi kalau kahwin disebelah pihak je.Contohnya disebelah pengantin perempuan je.
Tapi,bagi yang mampu apa salahnya buat untuk kedua-dua pihak.
Oklah.Cukuplah sekadar tu.Yang selebihnya tanya orang yang lebih berpengalaman.
Saturday, January 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kalau lah mak abah aku baca dan faham isi entri nih...
nape suddenly tulis psl ni eh??hehe =p gud post..
szakif-itu pun kalau.hehe
masterJ-thanks
Nak ajak org kawin la.
Haih...kalo nak kawin, better betul2 bersedia.
Kalo tak mampu kawal nafsu, puasa la.
Kawin ni bukan takat nak halalkan hubungan aje, semua benda kena fikir.
Kawin muda tak salah sbb skang ni nampak mcm budak2 skang cepat matured.
Tp kawin ni bukan setakat nak buat yg wajib, nak sahkan hubungan sorg lelaki n sorg perempuan.
Banyak aspek kena fikir.
Tapi kalo dah ready semuanya, go on aje la.
tu ah... erm...
Post a Comment