Tapi,sempena nak ke 50 ni,ada pulak orang yang tag aku.
So,aku akan ceritakan serba sedikit 15 fact mengenai diri aku.
1)Aku suka makan makanan kampung atau yang berunsur kicap dan cili giling.Yang lain tu kureng sikit.Oleh tu,kalau nak jamu makanan kat aku,pastikan ada unsur-unsur sebegitu.
2)Aku kalau minum air kat mana-mana kedai,aku prefer ambil air suam je.Bukan saving atau amende.Cuma aku tak suka air yang manis.Kalau makan fast food,aku akan amik minuman yang paling light sekali.Sprite or coke light.
3)Kalau sesetengah manusia terlalu cintakan dunia coklat atau makanan/minuman yang berunsur coklat,aku tak.Aku hanya amik dlam kadar yang paling sedikit.Sebab ape?Kan i've mentioned already,i don't like something sweet.haha,bagus tak aku.
4)Sejak aku masuk sekolah menengah,aku tak pernah menangis,walaupun banyak orang yang aku sayang di sekeliling meninggal dunia.Entah kenapa,air mata aku begitu mahal untuk dititiskan.hehe.Kalau berani cubalah.
5)Aku bercita-cita tinggi untuk mengorat awek tudung labuh.Sebab hati aku rasa sejuk je bila lihat awek tudung labuh.Yang minah ketiak pulak,aku paling tak suka.Menyampah jugak rasanya bila tengok.Tapi,kadang-kadang aku suka gak.hehe.
6)Aku pernak belajar hisap rokok masa sekolah dulu.Satu batang tu,habis aku sedut.Pastu terbatuk-batuk.Bila orang cakap rokok boleh menyebabkan mandul,aku pun berhenti terus.Mencegah lebih baik dari mengubati..
7)Aku ni suka melakukan sesuatu yang ditegah masa kecik-kecik dulu.Contohnya,menelan gula-gula getah dalam bilik yang berkunci.Coz taknak bagi orang nampak.Bila dah besar baru tahu betapa bahayanya tindakan aku dulu.Ish,nasib baik aku tak mati..
8)Aku suka bermain gitar.Tapi,aku tak suka gi jamming atau buat performance.Tak tau kenapa.
9)Dulu sejak kecil lagi,aku mencintai jam tangan.Tak tau kenapa,tapi bila dah besar ni.Aku tak rasa jam tangan tu penting.Mungkin sebab aku boleh tengok masa melalui handphone kot.
10)Aku pencinta ikan.Ape-ape yang berkaitan dengan ikan,mesti aku suka.Sejak kecil lagi aku dah berkecimpung dalam hal-hal yang melibatkan ikan ni.Contohnya memancing,membela,menangguk,ziarah kedai akuarium dan lain-lain.Sekarang pun,aku still ziarah kedai-kedai akuarium.Aku ada cita-cita besar,bila dah kerja nanti aku nak buat kolam ikan yang paling cun sekali dalam hidup aku.
11)Kalau semua orang masa kecil pernah bercita-cita untuk menjadi doktor,polis,cikgu,businessman dan lain-lain,aku pernah cakap kat parent aku yang aku nak jadi nelayan.Mungkin sebab aku obses sangat dengan ikan kot.Aku rasa one day aku kawin dengan mermaid kot.
12)Aku suka berjalan-jalan.Tak kira luar negara atau dalam negeri..My next destination kat Perth,Australia..Sape nak ikut?
13)Dulu,masa aku sekolah menengah,aku jarang sekali nak bercakap dengan perempuan.Jalan pun sedikit tunduk.Tapi,sekarang dunia dah berubah.PM pun dah tukar.hehe
14)Dulu,aku suka main hoki,badminton dengan joging.Sekarang dah tukar sedikit.Aku suka main pingpong ngan bola.Ikut mood jugak.
15)Ada satu benda yang korang kawan-kawan aku tak tahu.Aku sering doakan korang dalam menempuhi liku-liku kehidupan ini yang semakin dipenuhi seribu satu cabaran dan bahaya.Kejayaan yang dapat dikongsi bersama.Walaupun,sometimes ada kebencian,tapi takde satu doa bala untuk kawan-kawan.Cuma antara 2,berdoa untuk kebaikan atau tak doa langsung.Adakah anda semua begitu?hehe.
B4 aku lupa,aku rasa semua mcm dah kena tag je..jadi mgkin tak perlu utk aku tag sesiapa..hehe.
8 comments:
Kalo ko kawin ngan mermaid, jgn lupa jemput aku.
Perth dah penah pegi la. Kalo pegi state lain, aku nak folo. Gold Coast ke, Sydney ke, Melbourne ke. Ok? Huhu~
Tempt2 lain tu,nnt la pikirkan budget dulu..Mungkn lepas kawin dgn mermaid kot bru pegi..
Tuan harap mermaid tu tudung labuh....hahhahah
point 15 tu Tuan suka
harap-harap gitulah..huhu.
As bob harap mermaid tu tudung labuh....hahhahah
sorry tuan, copy paste
erm..macam entry bertajuk "cita-cita saya" je :D
ada la lebih kurang..hehe
benci entry ni. pasal sebijik macam akunye.
*bohong
Yeke ke zaki?Mcm tak btl je..hehe
Post a Comment