Wednesday, July 30, 2008

Indahnya kalau semua negeri macam tu!


Baru-baru ni,seperti dikhabarkan melalui entri dulu,
Aku ke kelantan untuk beberapa tujuan.
Itu semua tak penting untuk diceritakan disini,apa yang penting ialah kekaguman rakyat negeri lain bila menjejakkan kaki di kelantan.
Apa yang aku kagumkan disini ialah melalui sistem pentadbiran yang ditadbir oleh kerajaan pas
yang salah satunya ialah mempamerkan iklan-iklan yang actor/actress iklan tersebut wajib menutup aurat.
Contohnya disini ialah iklan nescafe yang modelnya ialah farah fauzana.
Aku memang tak sangka actor tersebut memakai hijab semata-mata kerana terlibat dengan
iklan yang akan dipamerkan di kelantan.
Kalau farah fauzana mungkin orang masih tak hairan lagi,namun seorang lagi actress yang tak kurang juga seksinya di layar perak iaitu vanidah imran.
Actress tersebut turut memakai tudung didalam iklan Dhgrow/dumex (tak pasti iklan susu yang dilakonkan).
One more iklan yang aku terkejut apabila model-model iklan fair & lovely tidak dipamerkan wajahnya,sebaliknya gambar hiasan bentuk sebuah muka yang digrafik melalui komputer tetapi tidak menampakkan muka.Mesti tak dapat bayangkan kan?Haa,nak tengok pegi la kelantan sendiri.Bukan itu saja,malah ramai lagi artis lain yang memakai tudung di papan-papan iklan di negeri Kelantan.
Satu lagi,mengenai perluasan tulisan jawi disetiap kedai yang diregister dikelantan,wajib bagi mereka mempamerkan nama kedai dengan tulisan jawi.Tidak kira samada kedai itu adalah kedai cina mahupun india.
Ini satu faktor atau bukti kerajaan kelantan yang telah berjaya menetapkan syarat kepada pengiklan-pengiklan yang mahu mempamerkan iklannya di kelantan.
Daripada penetapan syarat sebegitu, impaknya begitu positif untuk rakyat-rakyat negeri itu.
Mungkin bagi rakyat kelantan,ini merupakan perkara biasa bagi mereka tapi bagi rakyat negeri lain yang masih terlibat dalam secularism atau sebaliknya rasa terkejut diselangi perasaan kagum bagi sesetengah mereka.
Kalau kamu semua tak pernah menjejakkan kaki di kelantan,mungkin kamu patut lakukan.Bukan untuk saja-saja,tapi untuk merasai perbezaan negeri kelantan dengan negeri yang lain.
Mungkin satu lagi negeri di malaysia ni akan berbuat demikian dan masih dalam perancangan.Nak tau lebih lanjut bacalah newspaper.Jangan tanya aku..hehe.

6 comments:

akuYANGtipikal said...

boleh je kan kat kelantan setiap signboard ade tulisan jawi......

:)

kota bharu kan dah upgrade jdi b.r.i...no wonder~ :)
but even before this pun mcm tu....

setuju dgn anda!

superbug said...

kebelakang encik sayur... kelantan..? ehm...ape bedanya antara kelantan,penang,perak n terrngganu...? pemimipin yg membentuk sosioekonomi rakyat atau rakyat yg membentuk dan menentukan halatuju pembangunan diri,ekonomi,sosial,bangsa sejagat,negeri dan negara yg berbilang kaum ini...??? kalau nk difikirkn..sampai sayur kubis tumbuh daun hijau pun xkn dpt nk tentukn sape yg betul n sape yg salah.. klu kte pandang dari satu sudut,pihak ini betul.. klu kte pandang dari satu sudut lain pulak,pihak itu pulak yg betul.. jadi dikonklusikan disini,walau sekuat manapun seseorg itu bak Elexander The Great.. namun disebabkn kekurangn dari segi pngawalan nafsu terhadap keduniaan dan keagungan,dia tumpas juga.. wlupn seseorg itu sebijak dan setangkas sinbad,namun dia boleh tewas hanya kerana seorg pria.. dalam dunia ini tiada yg sempurna melainkan... yg Satu.. ALLAH...

As said...

Erk, bertahun-tahun sudah tidak jejak kaki ke sana. Terakhir adalah 7-8 tahun lepas :D

Means, kena pergi tengok sendiri la ni..?

Matematis Muda said...

hell yeah!

Mr Jagatraya said...

akuyangtipikal-bagus2.

superbug-masyaAllah,aku setujula dgn ko..

Nurilahi-mungkin kena pegi..hehe

MM-what the fish?

Dammit said...

mungkin satu negara kene ikut jejak langkah ini