Friday, February 6, 2009
Huru-hara
Gara-gara politik,kawan boleh jadi lawan.
Sanggup buat apa saja demi mendapat kuasa penuh.
Duit menjadi ukuran dunia semata-mata.
Sampai bila benda ni nak berakhir?
Ok.aku nak bercuti dari menulis blog dalam sementara waktu...
Takde kena mengena dengan catatan diatas.
Saturday, January 24, 2009
Hayati lagu ini!!Bukan musiknya tapi,liriknya..
Dari jauh cari rezeki
Halal di mamah teknologi
Dari jauh datang tuntut ilmu
Jaga langkah mu sini banyak penipu
Bila lalai di awangan
Melayang tanpa graviti
Masapun berlalu disitu
Kuala lumpur - kuala lumpur
Indah tak terkata
Kuala lumpur - kuala lumpur
Engkau kian tercemar
Biar pun kau begitu, hanya kau lah destinasi ku
Sangat sesak tranportasi
LRT ataupun teksi
Murah murah mata rambang
Penjenayah banyak peluang
Bila lalai di awangan
Melayang tanpa graviti
Masapun berlalu disitu
Kuala lumpur - kuala lumpur
Indah tak terkata
Kuala lumpur - kuala lumpur
Engkau kian tercemar
Biar pun kau begitu, hanya kau lah destinasi ku
************************************************
Hayati lirik lagu hujan ni.
Ia memberi seribu satu makna yang mendalam buat aku
Al kisahnya bermula begini,
Sewaktu aku pulang ke KL menaiki bas sempena tahun baru cina,
Aku ke lrt jalan pekeliling berjalan kaki dengan selambanya,
Sewaktu berjalan di jejantas menuju ke kaunter,aku berselisih dengan seorang pemuda yang mukanya sedikit brutal.
Tapi,tu semua aku tak peduli.
Yang penting,aku nak ke kaunter.
Sedang aku mengorak langkah dengan bergaya sekali,
Pemuda tadi memandang aku dan berdialog seketika,
Aku dah agak dah mesti dia ni nak cakap sesuatu kat aku.
“Dik,ko ni naik bas dari pahang
“hmmm.Haah.”Aku menjawab sepatah tanpa banyak soal.
Kemudian, bermulalah dialog yang panjang antara aku dan pemuda tadi.
“Aku nak mintak tolong sikit,aku bukannya nak pau engkau.Tapi,aku harap sangat ko boleh tolong aku. Sebenarnya,aku ni baru keluar penjara.Aku ada surat bukti kalau ko nak tengok dan tak percaya.Aku harap sangat kalau ko boleh bagi RM 3 untuk aku lepas makan malam ni.Aku harap ko ikhlas bagi duit tu.” kata pemuda tu merayu kat aku.
“Takpe bang,saya tak nak tengok
“Jom ketepi”ujarku.
Aku mengeluarkan duit secara tersorok,tapi malangnya dia dapat melihat jumlah duit aku secara kasar.
Tiba-tiba,dia menepuk bahu aku lagi dan cakap,
“Ape nama ko?
“Jagatraya”aku membalas.
“Jagatraya,aku harap ko boleh kasi RM 10.Sekurang-kurangnya ko boleh bantu aku lebih sikit.Boleh jugak aku beli
“Takleh la macam tu.Tu kira
Sebenarnya memang aku sedikit cuak time tu,tapi rasa nak menumbuk pun ade.
Ade ker pau aku sampai RM10,Baik aku bagi rakyat palestin.Ade jugak manfaatnya.
Bila dia desak tapi tak menjadi,dia mula mengeluarkan pisau Rambo dan mengacu kat perutku.
Aku cakap, “kalau ko berani,ko tikamla”Ugut aku.
Kemudian,pisau tadi menusuk di bahagian perutku.
“Aduh.Berani kau” aku melaung.
Ok.part yang dibold tu aku tipu je.
Lepas tu dia hulur tangan kat aku dan ucapkan terima kasih dan berharap aku ikhlas menghadiahkan RM 3 yang tak seberapa tu..
Habis cerita disitu.
So,ape yang korang boleh conclude dari cerita aku?
Itulah sebahagian cerita dari aku macam mana yang menjadi mangsa pemuda KL.
Wednesday, January 21, 2009
Lagu melayu or lagu lain?
Cuma aku kat sini hairan,kenapa orang melayu kita membenci lagu melayu sendiri.
Bukan itu sahaja,malah movie dan drama bersiri jugak ditolak ketepi.
Aku menulis di sini tiada berpihak kepada sesiapa,tapi cuma kehairanan.
Orang melayu punye lagu sedap jugak ape?
Tambahan sekarang ni,music dari independent band yang tumbuh macam cendawan sekarang.
Buktinya,tengoklah juara lagu tahun lepas ngan tahun ni.
Indi band jugak yang menang beb..
Tp,ramai yang mengatakan poyo lagi membosankan.
Apasal eh?
Music english pun takde la hebat sangat(sometimes).
Tp,kadang-kadang menusuk kalbu jugak.
Ok.Senang cite,setiap music di country masing-masing best.
Macam lagu dari negeri jepun,indon,korea,arab dan hisdustan.Tapi,kalau tamil memang dikecualikan.
Hati ni memang takleh terima irama dari diorang punye kaum.
Contoh macam geli mat ngan lagu telur-telur..(dinyanyikan oleh 2 org singh.)
*******************************************
Then,Yang paling obvious sekali bila dipanggung.
Ramai dikalangan orang melayu yang akan menolak dari menonton cerita melayu dari filem mat saleh.
Tapi,yang tu aku sedikit setuju.Sebab cerita melayu sendiri kadang-kadang tak best dan menyakitkan hati.
Sampaikan terasa rugi selepas menontonnya.
Tapi,ade jugak cerita mat saleh yang buat aku frustrated.
Macam ending yang tergantung dan penuh tanda tanya.
Tapi,kalau bab grafik ngan action,aku rasa cerita mat saleh tu yang hebat.
Ok.stop sampai sini..
P/s:Dulu masa abg ak nak tengok wayang,aku pernah cakap yang dia umpama membeli tiket ke neraka.Tp,tu masa aku sekolah rendah dulu.Sekarang gilirang aku pulak..haha..
Friday, January 16, 2009
Ni teknik apela ni?
Berbahasakan loghat yang kurang dapat difahami,
Aku blur je time tu.
Bila aku cakap kat dia nak bercakap dengan siapa.dia tanya aku balik.
"ni kat mano ni"
Aku respone dengan selamba
"ni kat kuantan"
Dia membalas balik
"Ooo.ok sory.wrong number"
Aku pun membalas
Takpe.It's ok.
********************************************
1 jam kemudian,
Dia menghantar message kat aku
sowe sya salah number..ingatkn number member sya td..jgn mrh k.
Aku respone balik
takpe.takde hal.
*********************************************
2 jam kemudian,
sowe lambat reply..papa pn leh kn aku tau sapa nama awk.
*********************************************
berjam-jam kemudian,
Aku tak balas.
Mungkin aku takkan balas.
Yang pertama,menghabiskan credit aku.
Yang kedua,aku tak tau motif apa untuk bertanyakan nama.
Yang ketiga,aku bosan bermessage dengan orang yang tak kenal.
Yang keempat,aku tak paham yang message yang aku balas tadi tidak menunjukkan bahawa dia perlu reply message tu.
Hai,manusia,manusia.
Orang tengah susah kat palestin sana tu,dia bolehla nak berkenal-kenalan.
Ish,ish,ish.
Monday, January 12, 2009
Gembira bertukar duka
Teluk Intan telah terus menerus mengecapi kearah kemajuan memandangkan populasi penduduk semakin ramai.
Antara benda yang paling baru telah diwujudkan disana ialah sebuah keda makan francais yang amat digemar seisi rakyat Malaysia termasuk aku.
Aku begitu gembira bila McD ingin dibuka pada pertengahan Disember lalu.
Tapi,tu semua dulu.
Sekarang,kegembiraan bertukar menjadi duka.
Hanya doa dan ini saja yang mampu aku lakukan untuk rakyat-rakyat Palestin.
BOIKOT Barangan US dan Israel!
Tambahan-Yang bangunan belakang tu berkemungkinan besar untuk dibuat Carrefour...
Mungkin kena boikot jugak.Tak sampai hati nak lihat wajah-wajah dibawah ni..
Saturday, January 3, 2009
Kahwin Muda
Maksud aku masih student dalam lingkungan 24 kebawah.
Adakah pada masa sekarang ni,berstatuskan student tidak boleh berkahwin?
Dalam islam,ada 5 definasi dan hukum ditetapkan untuk seseorang tu berkahwin.
Wajib-bagi mereka yang mampu dan tidak dapat mengawal nafsunya lagi.
Sunat-Bagi mereka yang mampu dan masih dapat mengawal nafsu
Haram-Bagi mereka yang berniat untuk berkahwin untuk menzalimi pasangannya dan keluarganya
Makruh-Bagi mereka yang kurang kemampuan dan tak pasti samada boleh menanggung isteri dan anak-anak.
Harus-neutral
(tolong betulkan jika salah)
Tapi,dalam konteks kahwin muda ni memang dibolehkan bergantung kepada tema dan syarat.
Maksudnya kenalah berfikir panjang dan dan tanya diri sendiri samada mampu untuk menanggung nafkah dari segi zahir dan batin.
Ada sesetengah orang yang hanya mengambil berat tentang nafkah batin,sedangkan yang zahirnya semuanya terabai.
Dalam status student,macam-macam cabaran akan kita hadapi bila dah berkahwin dan antaranya:
1)Memikul satu tanggungjawab besar
2)Life masa muda bersama kawan-kawan hilang
3)Duit akan jadi dua kali ganda untuk berbelanja
4)Masa belajar akan sedikit terganggu
Tapi,kalu kahwin masa belajar ada baiknya jikalau boleh mengelak maksiat.Di dunia sekarang yang fatamorgana dan penuh dengan liku-liku pancaroba ni memang susah untuk mengelak dari maksiat.
Sekurang-kurangnya kita akan terkena juga tempias maksiat.Jadi daripada couple tak tentu arah dan dating hari-hari,baiklah berkahwin.
Aku tak tujukan mesej ni kepada sape-sape melainkan jika anda terlibat dalam situasi ni.
Sapa makan cili dia akan rasa pedasnya.
Sebenarnya,kahwin itu sendiri boleh mengelakkan fitnah.Bila kita dah kahwin,tiada sapa boleh kata.Ko nak berpegang tangan ke hapa,orang tak boleh kata apa.
Sebab apa?
Sebab kita dah kahwin.
Kebanyakan orang muda sekarang kahwin disebabkan satu faktor besar iaitu keterlanjuran.
Maka dengan disebabkan faktor yang sebegitu,memang patut sangatlah untuk berkahwin demi menjadikan anak yang dikandung itu beribu dan berayah.
Tetapi,zaman serba moden sekarang ni,ramai yang menggunakan cara pengguguran anak.
Cara yang digunakan memang gila keji dan susah diterima masyarakat.
Tapi,jikalau anak itu dibela dan dibesarkan,mungkin akan ada kesannya tersendiri.
Nabi pernah bersabda bahawa diakhir zaman nanti akan lahirnya manusia yang tidak berbapa dalam kuantiti yang banyak sekali.
Kalau nak dibandingkan diluar negara sana,memang hampir 100% bayi yang dilahirkan itu adalah anak sebelum bernikah.
Dinegara Islam hadhari ini iaitu Malaysia,lebih kurang 21% bayi yang dilahirkan itu adalah anak yang diluar nikah.
Ok stop cerita pasal hal anak luar nikah.
Kita kembali pada kahwin masa muda.
Sebenarnya kalau kita dah cukup bersedia untuk kahwin dari segi mental dan fizikal,silakan untuk berkahwin.
Itu lebih baik kalau dating hari-hari dan membawa fitnah.
Dan yang aku paling tak paham pada mak bapak yang suka meletak harga yang tinggi kepada pengantin lelaki untuk berkahwin.Kalau mas kahwin tu nilainya lebih kurang ratusan ringgit,hantaran mesti nak lebih dari tu sehingga mencecah 10k.
Tp,syarat yg sebenar-benar utk kahwin hanyalah mas kahwin.Yang selebihnya akd,ijab kabul,saksi semua tulah.
Ini,sehinggakan seorang suami tu boleh jadi miskin dalam masa beberapa jam je demi untuk menampung kenduri yang berjumlah ribuan ringgit.
Bagi aku,kalau mak ayah sebelah perempuan meletakkan harga diluar kemampuan aku,mungkin aku akan menolak mentah-mentah.
Alasannya,mana lagi penting,Wang atau kebahagian.
Kalau benar si mak ayah ni nak anaknya berbahagia disamping suaminya yang tercinta,takkan dia sanggup berbuat begitu.
Melainkan si mak ayah ni sponsor semua kenduri belah perempuan.
Ini sehinggakan pasangan bakal pengantin berkongsi duit untuk membeli barangan hantaran buat ape?
Kan hantaran itu satu hadiah yang ikhlas yang perlu diberi pihak lelaki kepada perempuan atau pun pihak perempuan kepada lelaki.
Kenapa sampai tahap kena berkongsi duit?
Oh,mungkin kita mengalami masalah kewangan kot.
Tapi,takkan sampai buat loan kat bank.
Kenapa sampai jadi macam tu.
Memikul hutang hanya semata-mata untuk menanggung kenduri dan wang hantaran.
Cadangan aku,bijak-bijaklah menguruskan wang.Membahagikan mana yang perlu dan mana yang tidak perlu.
Mungkin perlu spend masa 2 tahun lepas dapat kerja untuk mengumpul banyak wang
Hmmm.Just my opinion utk orang yang mengalami masalah kewangan.
Tak pun,kurangkan kadar jemputan.500 ratus ke,4 ratus orang ke.Yang lebih hebat lagi ajak saudara mara dan teman-teman yang terdekat je.
Tapi,cara sebegini kan membuatkan ramai pihak yang kecil hati sebab tak diundang.
Lebih saving lagi kalau kahwin disebelah pihak je.Contohnya disebelah pengantin perempuan je.
Tapi,bagi yang mampu apa salahnya buat untuk kedua-dua pihak.
Oklah.Cukuplah sekadar tu.Yang selebihnya tanya orang yang lebih berpengalaman.
