Aku tak pernah bersetuju dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimulakan pada tahun 2003. Pada aku, ia membunuh keupayaan anak-anak, khususnya anak-anak Melayu untuk menguasai ilmu sains dan matematik.
Kalangan saudara-mara, sahabat handai saya bukan sedikit yang berkerjaya sebagai guru. Dan mereka akui, bahawa penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar masih lemah untuk kita memahatkan Bahasa Inggeris sebagai pengantar sains dan matematik. Apa yang mengejutkan, masalah ini tidak sekadar berlaku di luar bandar atau kawasan pedalaman, sebaliknya turut berlaku di kalangan pelajar-pelajar di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Kata mereka, kadang-kala mereka cukup simpati melihat anak-anak bangsa terkial-kial memahami frasa yang sedia pelik dalam subjek matematik dan sains melalui bahasa Inggeris. Akhirnya, terpaksa juga diajar di dalam Bahasa Melayu, kerana yang paling penting ialah pelajar perlu semakin faham, bukan semakin bebal.
Justeru apabila Menteri Pelajaran dengan gah berkata bahawa PPSMI Tidak Gagal, maka aku tercari-cari ke manakah hala tuju anak bangsa di dalam sistem pendidikan negara.
Ukuran peningkatan prestasi pelajar-pelajar di dalam keputusan UPSR baru-baru ini juga tidak wajar dijadikan ukuran mutlak.
Benar, mungkin ada peningkatan keputusan. Tetapi aku mahu Kementerian Pelajaran mendedahkan kepada umum, berapakah markah minimum untuk lulus bagi kedua-dua subjek ini. Apakah 10%, 18%,20% ataupun 30% sudah cukup untuk lulus.
Dahulu, sewaktu aku di sekolah menengah, Matematik Tambahan adalah subjek yang paling menyakitkan jiwa. Mendapat 30% sudah dikirakan satu rahmat besar walaupun masih gagal. Dan ada pendedahan yang dibuat kalangan guru bahawa ‘kebiasaannya’ markah lulus untuk Matematik Tambahan ini ialah 20%. Maknanya 20% sudah cukup untuk dapat gred 7D, gred paling akhir untuk lulus. Aku tidak tahu akan kebenaran fakta ini, sebab itu saya kira penjelasan wajar diberi oleh pihak berwajib.
Bayangkan, itu dalam Bahasa Melayu. Bagaimana kalau dalam Bahasa Inggeris? Mungkinkah 15%, 10%, atau berkebarangkaliankah 5% sudah cukup untuk lulus??
Itu baru satu subjek. Bagaimana dengan Fizik, Kimia, Biologi, dan lain-lain?
Menteri juga dilaporkan berkata:
Mengulas perkara itu, Hishammuddin berkata pada UPSR lalu, 57 peratus calon telah menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris dan ia membuktikan calon juga selesa untuk menggunakan bahasa tersebut dan ia merupakan satu kebanggaan kementerian.
Setelah 5 tahun dilaksanakan, hanya 57% sahaja yang menjawab dalam Bahasa Inggeris? Pada aku, kalau benar ia ‘tidak gagal’, sewajarnya 70% ke atas memilih untuk menjawab dalam Bahasa Inggeris.
Baik. 57% menjawab dalam Bahasa Inggeris, dianggarkan 43% menjawab dalam Bahasa Melayu. Kita andaikan ini sifirnya.
Aku mahu Kementerian Pelajaran sekali lagi mengeluarkan statistik, berapa ramai yang menjawab dalam Bahasa Inggeris itu lulus dan dapat Gred A, berapa ramai pula yang menjawab dalam Bahasa Melayu mendapat Gred A. Demikian juga yang gagal subjek sains dan matematik dalam klasifikasi kedua-dua Bahasa tersebut. Hasil daripada statistik ini, barulah boleh kita membuat kesimpulan.
Aku fikir, usahlah kita berdegar-degar bercakap soal survival atau ketuanan melayu, kalau Bahasa Melayu yang menjadi identiti bangsa terus dilacur di bumi sendiri sehingga meninggalkan lompong yang besar di dalam kemajuan pendidikan anak bangsa kita.
Tuesday, March 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
1. sila tiru orang German (ballack), France (anelka) dan Japan (mungkin arshana) yang guna bahasa sendiri, yang pasti mereka maju dari segi ilmu, sbb bahasa mereka. mereka bangga dengan bahasa sendiri.
2. seharusnya content pembelajaran itu yang di perjuangkan. Tuan kesian bila tengok silibus adik Tuan, masih ada kesilapan dari segi terminology. Kementerian sendiri masih confuse apa itu BERAT(weight) dan JISIM (mass). Pastinya dua dua berbeza. Tapi masih pukul sama rata untuk dua dua istilah.
3. nak belajar english, biar belajar Grammar, vocab dan lain2 semua secara betul dahulu. Dah pandai guna bahasa, biarlah nak masukkan science ke, physics ker, apa ker....
tuan maksudkan pemahaman dari segi konsep berat dan jisim itu. sekian.
hmm..xtau lah nk ckp apa..aku rasa perlu utk sains n maths diajar in english..negara lain blaja dlm bahasa diorg pun..kita blh ke banding Malaysia dgn Jepun in terms of scientific progress? if katakan Malaysia powerhouse dlm bidang sains n technology..blh lah compare dgn Jepun..problem is..kita ketinggalan dlm dunia sains ni..locally dh xde progress..apatah lagi nk compare dgn international stage?
Bagi aku, tak ada masalah pun kalau mahu belajar sesuatu dalam apa bahasa pun. Tapi macam yang Caracol cakaplah, penguasaan tu mesti ada dahulu.
jadi bila ada penguasan, ilmu yang diajar pun boleh difahami.
PPSMI 'tidak gagal' my foot. Memanglah, yang pandai boleh terus jadi pandai, tapi yang bebal terus-menerus jadi bebal.
(sedikit-sebanyak, fobia orang Melayu terhadap Bahasa Inggeris juga memainkan peranan)
PPSMI ada baik-buruknya, bagi aku PPSMI ini bagus untuk kita berhadapan dengan gelombang globalisasi, kerana bahasa inggeris bukannya satu masalah bagi aku, tapi kita semua tak sama.
Macam mana dengan mereka yang langsung tak perlukan bahasa lain dalam kehidupan seharian (jadi memang tak rasa kepentingan untuk berbahasa Inggeris?)
Bagi peringat permulaan ni, aku rasa biar ilmu itu diajar dalam satu bahasa yang difahami oleh semua. Jadi bila kita rasa terbatas oleh perbezaan bahasa, naturally kita akan cuba untuk menguasai bahasa ilmu tersebut dengan lebih baik. :)
I support PPSMI.
Walau apa alasan skalipun, sebenarnya ramai yg support PPSMI cuma diorg malas nak cakap lebih2.
Pengalaman saya sendiri yg menyebabkan saya support PPSMI.
Mungkin ramai lagi org yg mengalami nasib seperti saya tp diorg tak suarakan sangat.
Kalo nak katakan dr segi BM or BI, dua-dua pun ada budak failed.
So, takde salahnye kalo nak apply English dlm 2 subjek tu.
Nak lulus, usaha la dengan kuat.
Bak kata seorang Prof dr UM, benda ni bagus dan kena buat improvement.
Bukannya nak mansuhkan terus atau nak berdemo2 cam org bodoh.
Tu lah hakikatnya org Melayu, lebih banyak alasan drpd usaha.
Skarang dah nampak Melayu asik kena pijak. Sedih betul...
Tuan caracol-betul tu.aku setuju.Cara yg trbaik susun sylibus bru utk pelajar dlm subject english.Buat mcm english level macam kt matrik dulu.Mcm ni,sedikit sebyk dpt improve english dlm kegunaan harian.
MasterJ-Bagi aku,benda ni agak perlu.Cuma,ada segelintir pelajar yg menghadapi masalah penguasaan bhasa.Inikan pula jika semua subject convert in english.Brtambah masalah la mereka tu.
Huzai-benar sekali hujah anda .Pada dasarnya,murid-murid perlu diberi penguasaan dlm english.Mksudnya diajar dlm bahsa yg mudh utk difahami.
Lepas tu barulah nak masukkan element english dlm subjek science and math.Kebanyakkan survey mncadangkan bahawa pelksanaan PPSMI perlu dimula dr sek mngah.
Knowlee-PPSMI adalah satu perkara yg terlalu subjektif.Ade baik dan buruknya.Sebenrnya.Itulah hakikat org melayu.Kebanyakkan drpd mereka gagal dlm memahami sesuatu sbjek dlm bhsa inggeris.
Ak perdebatkan isu ni demi kepentingan org melayu yg mana terlalu ketinggalan dlm pelajaran and ilmu.
The best solution,kerajaan perlu mengujudkan satu silibus bru utk mata pelajaran english utk memntapkan lagi english komunikasi,penulisan dan pemahaman di kalangan rakyat malaysia.
Then,barula cuba PPSMI ni.Dlm konteks ni,bru nmpak selari.
Post a Comment