Friday, March 13, 2009

Kadang-kadang aku fikir,masa aku banyak habis di situ

Aku hairan lagi pelik bila aku rasa tak cukup masa sekarang.
Bila aku buat analisis,baru aku tahu,masa aku banyak dihabiskan di tempat yang tidak seharusnya.

1)yang pertama,masa aku banyak dihabiskan di kamar tidur.Entah kenapa aku sekarang gemar tidur awal dan bangun lambat.Paling bertuah kalau tidur pukul 10.30,bangun pukul 10.30 paginya.Subuh pulak,pukul 11.Memang terbaik!

2)yang kedua,masa aku ni banyak habis di medan pertarungan karom.Entah kenapa,kalau aku dengar je orang petik atau jentik buah karom,aku akan ke sana menyaksikan siapa gerangan yang sedang berlawan.Lebih parah lagi,kalau main karom sambil tengok tv.Memang menbazir masa.

3)yang ketiga,masaku banyak dihabiskan di kedai makan.Kalau order makanan tu,kadang-kadang terlalu lama untuk disiapkan.Maka,masa hanya diisi dengan berbual kosong dengan kengkawan.Lebih parah lagi,kalau dalam satu table tu ade banyak group.Memang lambat nak habis.Kena tunggu order kawan nila,kena tggu dia habis makan la.Memang leceh kengkadang.

4)yang keempat,kalau korang perasan,masa banyak dihabiskan di traffic light.Kadang-kadang satu traffic light=99 saat.Cuba kira kalau ada 5 traffic light.Tak ke 495 saat.Itu belum kira tempat yang kaya dengan traffic light.Saborjela.

5)yang kelima,masaku banyak dihabiskan di tempat u-turn.Oleh sebab kerajaan mahukan keselesaan bagi pengguna jalan raya,maka jalan dua lorong telah disediakan.Kalau nak masuk lorong yang disebelah,kena buat u-turn.Memang makan masa.Aku suka..

6)yang keenam,aku banyak menghabiskan masa diatas motor.Aku bukanla sejenis makhluk yang suka bawak moto laju-laju.Aku bawak steady je 60km/h.Paling laju la,70km/h.Tapi,average memang 60km/h.Memang lembab giler.Basikal pun boleh motong.

7)yang terakhir,bulan ni,masa aku banyak dihabiskan di kedai-kedai komputer yang mana laptop aku mengalami masalah yang memeningkan kepala aku sampai sekarang.Aku dah hantar di 3 buah kedai komputer yang bertanggungjawab untuk membaiki laptop aku.Tapi,gagal.Jawapannya tetap sama,komputer adik ni mengalami masalah window,hardwarela dan macam-macam.Sehinggakan,aku membuat analogi sendiri bahawa laptop aku ni umpama seorang pesakit yang dibawa ke hospital kecil di daerah dan kemudian dinasihatkan doktor agar dibawa ke hospital negeri.Kemudian,bila dibawa ke hospital negeri,doktor disana menyarankan agar dibawa ke hospital KL kerana disini tiada pakar.Bila dah dibawa ke KL,doktor pakar tu cakap,"hmmm,elok awak bawak pesakit ni balik rumah jela"..

Ok.cukup setakat ni.Aku nak gi amik laptop sekarang kat kedai laptop terakhir.Kemudian,nak bawak balik kampung halaman untuk dikebumikan.

11 comments:

Caracol S. Trampt said...

enjoy lah setiap detik...itu lagi seronok

nanti dah tua kau tahu lah maksud nih...

tapi yang agak negatif tu ko cube lah kurangkan

bawangmerah said...

hoho. beskal pon leh potong?
sah makan angin kan.

Master J said...

hehe byk sokong..byk masa burn kt tmpt2 2 =p

laptop kene bg House M.D br sehat kut =p

Matematis Muda said...

aku sokong master j
haha

lagi satu
ko nak buat post ni pun makan masa gak dowh

Cik Angah said...

tiap detik yg berlalu amat berharga meh...lalalala..posting yg bagus..:)
hargailah seiap detik..lalala

Szakif said...

aku nak taip comment ni pun makan masa gak.

tezuka87 said...

kesimpulannye...

1. jgn men karom...
2. tido lmbt bgn awl...
3. redah je traffic light 99, msti ko x buang masa lg...
4. beli motor baru yg bleh pecut 110km/j supaya ko x abiskn byk masa kat jalan...

bernas kan...

Mr Jagatraya said...

caracol S.Trampt-Haha.yg negatif tu yg susah sikit tu.

bawangmerah-Ooo.mesti.

MasterJ-Takpe,aku dh suruh org pakar repair laptop aku..Upgrade skli internal hrddrive.

MM-haha.aku buat dlm masa 10 minit.Tu pun masa tggu ko mandi.haha.

Cik Angah-Thanks.

Szakif-perghh.patut pnjg comment ko..hehe.

Tezuka87-Cadangan ko mmg paling bernas.Aku suka..Terutama yg kat traffic light tu.huhu.

dianna :) said...

aku pun banyak habiskan masa di tempat tidur. hehe

ha dan lagi satu di depan laptop.
sgt banyak habiskan masa ;)

KNOWLEE said...

Pembetulan, traffic light 99 tu, kena tambah lagi 40, baru betul masa sebenarnya.
Masa mula2 berhenti kat situ, 99 tu tak bergerak kan?
Haaaa...mmg buang masa yg amat especially waktu petang, kalo tersangkut dlm jammed.
Mmg siut sbb lepas 3-4 merah baru bleh lepas.
Huhhh...nasib baik dah tak duk Kuantan dah.

MATHmaniac said...

hahaha..knape rse reason kite cam sme gak..huhu..tp yg last skali tuka ngn dok lme dpn laptop r,..gile xleh avoid