Thursday, September 24, 2009

Duit Raya

Raya tahun ni betul-betul berbeza dengan tahun yang sebelumnya.
Mungkin kerana banyak kehilangan saudara mara dan kali pertama beraya tanpa atuk
Maknanya,tahun ni kurang sekeping duit raya RM 10 dari atuk.
Tapi,biar RM 10 takde tapi kehadirannya amatla diperlukan
Dah,dah.Malas dah aku nak cerita sedih-sedih sekarang.
Cerita pasal duit lagi best
******************************************
Raya pertama
Datang beraya kampung.
Duit raya=0
Biar betul tahun ni takde duit raya?

Raya kedua
Datang beraya rumah sanak saudara
duit raya=0
Orang datang beraya kat rumah
Duit raya=3
Mengukir senyuman.hehe.

Raya ketiga
Orang datang beraya kat rumah
Duit raya=[2]+1
Senyum memanjang.
Dah besar pun dapat duit.

Raya keempat
Orang datang beraya kat rumah
Duit raya=0

Raya kelima
Orang datang beraya kat rumah
Duit raya=0
*************************************

Aku tak berharap pun kat duit raya sekarang ni.
Tapi,dah orang nak bagi.
Terima jela.
Walaupun cuma 2 orang je yang bagi duit raya
Tapi,nilainya cukup besar dah cukup untuk makan selama sebulan.
Tapi,alhamdulillah coz aku pun dah sengket dah sem nih.
Lupa nak ucap.
Selamat hari Raya buat semua blogger dan pembaca semua.
Terima kasih kerana sudi dan setia membaca blog Aku macam mana ni...

p/s:Jumlah duit raya terpaksa dirahsiakan.Hehe.Tapi,nilai kat situ adalah satu hint..Kalo nak guess silakan...

Monday, September 14, 2009

Jangan risau! Ni takde kene mengena dengan Matematik

Satu hari en Jagatraya pergi ke bilik air
Setiba dibilik air,ternampak sebuah gayung/cebuk di tengah lantai.
Aku tengok gayung/cebuk itu terdapat 650 ml air didalamnya.
Waktu tu jam menunjukkan pukul 12 tengahhari.
Lalu,aku menyatakan didalam hati
"Siapa la budak bodo yang letak cebuk kat tengah jalan ni!
Letakla diatas.Bley gak buat letak barang mandi".
"Nasib baik aku tak terlanggar"
Itu hanyalah kenyataan dan sumpahan didalam hati.
Mungkin aku tak nampakkan tujuannya..
Korang rasa kenapa cebuk tu diletakkan diatas lantai?

Thursday, September 10, 2009

Soalan matematik (hard category)

Aku tinggal di sebuah asrama.

Di dalam satu asrama itu terdapat lebih daripada 30 bilik.X>30.

Didalam setiap bilik,terdapat 4 buat compartment,A,B,C,D.Aku tinggal di compartment D dan selebih penghuninya di compartment A,B,C.

Penghuni di compartment A sukakan lagu indon.Jadi,setiap hari dia akan memasang lagu tersebut bagi satu bilik dengar.

Manakala penghuni di compartment B pula suka lagu Indi band.Maka,setiap hari satu bilik akan dengar lagu tersebut tambahan lagi ringtone handphonenya memainkan lagu Meet Uncle Hussain.Sama ada mesej atau call,lagunya tetap sama.

Kemudian,Penghuni di compartment C pula gemarkan lagu berunsurkan nasyid ,zikir munajat dan bacaan al-quran.Jadi sejuk sikit bilik aku dengar ada bacaan al-quran.

Soalannya,apakah lagu kegemaran Penghuni compartment D yang kerap dimainkan di laptopnya?

Hmmm.Korang rase soalan ni susah tak?

Saturday, September 5, 2009

Bulan keberkatan

Sedar tak sedar lagi 2 minggu nak raya.
Kepada yang belum meninggalkan puasa dalam tempuh ini,tahniah diucapkan.
anda memang survivor.
Dan tak lupa juga kepada yang berjaya berpuasa tanpa pernah bersahur.Tahniah diucapkan.
Sekarang ni,lagu raya tengah aktif dimainkan dimana-mana corong radio dan corong speaker laptop dan pc.
Ini betul-betul menunjukkan yang raya kian menghampiri kita dan bulan ramadhan yang suci akan meninggalkan kita.
Jadi,dikesempatan yang ade ni,berbuatlah amal ibadat di bulan ramadhan ni kerana dibulan inilah bulan yang mana dapat meningkatkan dan melipat kali gandakan pahala kita.
Yang paling merisaukan jika bulan puasa ditahun ini adalah bulan puasa yang terakhir bagi kita.
Jadi,rebutlah peluang yang ade selagi hayat dikandung badan.