Sunday, April 19, 2009

Apa benda luar lembu, dalam babi?


Okey,kawan-kawan,aku nak buat satu teka-teki.
Apa benda luar lembu,dalam babi?
Aku rasa korang dah dapat agak benda ni.
Takpe aku beritahu buat yang dah tahu dan tak tahu.
Sekarang,serunding babi telah dipasarkan di indonesia.Peliknya,diluar sample ada gambar lembu,dan anehnya yang didalam bukan demikian.
Tapi,jangan korang bandingkan dengan sardin yang mana diluar tin tertera gambar ayam tapi,sebaliknya didalamnya adalah ikan.
Hmmm.Baca petikan dibawah ni.Ni,aku copy dari kosmo online .Tak pun di akhbar-akhbar yang sewaktu dengannya.

Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi
dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:

bullet buttonDendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
bullet buttonAbon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
bullet buttonAbon/dendeng sapi asli cap ACC
bullet buttonDendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
bullet buttonDendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar
atau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

Dah baca?.Aku harap,korang tak skip walau satu ayat pun..Sebar-sebarkan benda penting ni kepada penggemar serunding di seluruh negara.Jangan biarkan diri anda tertelan serunding babi.Okey.Chow.

3 comments:

Huzai Mansor said...

haha. Mau jaga jaga siak.

Dammit said...

er ade serunding babi dah sekarang? takleh blah

Mr Jagatraya said...

Huzai-mestila..Kalau ko takut termakan daging babi..

Dammit-Dunia sekarang.Maju dan berubah-rubah.Idea sentiasa dtg utk memusnahkan umat Islam.