Sory kepada semua pengunjung yang terpaksa berputih mata kepada aku kerana entry yang lapuk dan lama tak diupdated
Anyway,
Ape yang kita paham tentang kirim salam?
Nampak memang remeh tentang kirim salam ni,tapi kalau nak diikutkan ianya boleh menjadi satu beban yang besar jika tak dilaksanakan.
Walaupun ia secara nyata mengeratkan silaturrahim antara dua pihak,namun mungkin membebankan pengantaranya.
Contohnya macam aku.Aku rasa macam aku buat dosa besar lak.
Aku ader menyimpan salam dari ustaz aku kepada seorang ustaz yang tinggal dikawasan perumahan aku.
Kisahnya bermula bila ustaz aku ni bertanya aku nak balik kemana.Bila bertanya dan bertanya,rupa-rupanya dia kenal salah seorang sahabatnya yang kebetulan tinggal seTAMAN dengan aku.Dengan slumbernya dia menyampaikan salam beliau kepada membernya tu tadi.Aku pulak takdela kenal sangat dengan ustaz yang seTAMAN dengan aku ni.Maka,salam yang disampaikan 7 tahun dulu dibekukan oleh aku sampai ke hari ini.
Kisah kedua pabila lecturer aku yang suka menyampaikan slam secara general kepada student dia.
"Send my regard to your parents ok.."
Memang tak jadi masalah sebenarnya.Yang jadi masalah bila parents aku pantulkan balik salam mereka kepada lecturer aku.Aiseh.Ni yang aku malas ni.Bagus memang bagus,tapi......
Yang penting sekali janganla jadi macam aku..Amanah yang dipikul tak dilunaskan.Rasa macam bersalah lak.Tapi,entahla...Aku macam mana?
Friday, October 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
haha..aku pun pernah gak peram kiriman salam orang ni..
rasa bersalah plak.
tapi kalu non-Muslim kirim salam camne plak??
nak disampaikan jugak ke salam tu??
camne nak jawab ek?
Merg@s_Tua-Aku tak pasti.Aku punyer pendapat.Bley je.Salam tak semestinya assalamualaikum.Tapi sebagai sapaan.Or teguran.Tu just my humble opinionlah..
Post a Comment