Tuesday, May 5, 2009

Istilah yang menjadi masalah

Baru-baru ini,rakyat Malaysia telah digemparkan dengan satu jenis penyakit baru influenza A(H1N1)
Namun,penyakit tu belum lagi merebak di negara kita(mudah-mudahan takkan).
Penyakit influenza A(H1N1) atau nama lagi sedapnya selsema babi telah merebak jauh di mexico dan meningkatkan angka kematian kepada penduduk disitu.
Akan tetapi,timbul suatu isu yang mana pihak-pihak bahasa membangkang penggunaan istilah selsema babi.
Mungkin bunyinya diorang fikirkan terlalu kasar atau tidak sesuai dan hendak ditukarkan istilah itu kepada selsema khinzir.
Bagi aku penggunaan istilah khinzir hanya memberikan makna yang sama dan tidak timbul soal kasar atau tidak sopan ataupun lebih sopan.
Istilah khinzir cuma istilah bahasa arab semata-mata yang mana digunakan di semua negara arab.Mengapa perkara yang remeh ini dijadikan isu?
Ketahuilah dalam al-Quran pun ade menggunakan istilah nama binatang seperti al-baqarah(lembu betina), al-an'am(haiwan berkaki 4) ,Al-ankabut(labah-labah) dan lain-lain.
Kenapa tidak dibangkitkan isu yang penggunakan istilah yang diatas.Contohnya Harga daging al-baqarah sudah melonjak kepada belasan ringgit untuk setengah kilo.
Okey,itu hanya contoh yang direka.Jangan diberatkan kepala untuk fikirkan contoh diatas.
Cuma kalau nak dibandingkan dengan penggunaan bahasa melayu dan bahasa arab ,macam tula.
Sama jugak macam penggunaan gila babi dan siput babi .Kenape tak ditukarkan kepada gila khinzir dan siput khinzir.Ke bunyinya aneh?
Aku teringat juga TV3 jugak pernah menggunakan istilah selsema khinzir pada awal-awal dulu.Tapi,aku rasa dapat tahan selama satu hari.(kalau korang notice).
Hmmm.Isu yang perlu difikir dan didebatkan bukanlah isu penggunaan istilah babi tetapi bala yang Allah turunkan kepada hamba-hambanya sebagai satu ujian yang mana maksiat semakin berleluasa dinegara kita.
Jadi jagalah diri dari kemaksiatan,bimbinglah kawan-kawan yang terpesong dan elakkan diri kita,keluarga dan kengkawan dari terjebak benda-benda yang mungkar.

4 comments:

Miss Typical said...

agreed~

dammit said...

Harga daging al-baqarah sudah melonjak kepada belasan ringgit untuk setengah kilo.

haha takleh blah!. Aku rasa isu kecik macam ni tak perlu dibesarkan. Fokus kat perkara yang jauh lebih penting. Tak perlu buang masa. Maksudnya, aku setuju jugak. hehe

joegrimjow said...

dah ada yang kene

Mr Jagatraya said...

Miss typical-bagus2

dammit-Mmg takleh blah.Ko jadi ke nak ke hull city?

joegrimjow-Haha.Tu la pasal.