Wednesday, December 23, 2009

"Saiko" killer

Aku kelewatan masuk ke kelas scientific computing
Hari tu blja C++.
Aku tahu aku dah kelewatan 15 minit.
Aku masuk ke kelas dengan muka slumber dan mencari port PC yang strategik.
Dah la kebetulan hari tu aku mewakili semua kaum lelaki.
Masa tu semua student tengah buat keje yang disuruh lecturer aku Dr S.
Aku blur....
Tak tau keje ape yang aku perlu buat hari tu.
Namun aku buat muka confident sambil tengok dari jarak jauh awek2 memasukkan data.
Tetiba,Dr S menuju kearah aku.
Pada mulanya aku fikir dia tidak singgah di PC aku namun...
Tidak tepat sama sekali jangkaan aku.
Dia singgah di PC aku dengan wajar serius tanpa mengukir seciput senyuman.
Lalu Dr S meminta aku mengeluarkan IC (yang macam mana JPJ suka buat kat aku dulu)
Dalam kepala hotak aku memikirkan dengan kusut giler kenapala Dr S ni mintak IC.Kenape tak Matrik kad?
Mesti dia nak no matrik aku gamaknya memandangkan kelewatan 15 min ke kelas.Takkan aku baru lambat sekali dah kena tindakan.
Namun,aku akur dan mengeluarkan IC dengan 1001 tanda soal di kepala hotak aku.
Dr S:Saya nak awak buat program C++ sebijik macam muka depan IC tu.Ader name,address,tulisan kad pengenalan etc.
Laaa.Aku ingatkan pekebenda la dia nak.Rupe-rupenya bersangkut paut dengan pelajaran gak.
Moral value:Jangan datang lambat ke kelas.Kalau rasa dah lambat sambung je tido kat bilik.Betul tk MM?La,la,la.

Wednesday, December 2, 2009

KK-Kg Gajah-T.Intan

Rabu 2.disember 09

Pagi-pagi lagi aku telah dikejutkan oleh ibu aku untuk bawak makcik aku ke kuala kangsar perak.
Tepat pukul 9.21,aku bergerak seorang diri dengan sebuah kereta menuju ke kg Gajah mengambil makcik-makcik aku untuk menuju ke Kuala Kangsar(KK) untuk melawat rumah baru abangku.
Maka kami bertolak ke KK tepat pukul 10 dan tiba tepat pukul 11.45(kerana singgah kedai buah).Kalau nak diikutkan pukul 11.30 dah bley sampai.
Bila semua dah selesai,kami bertolak pulang.Kami bertolak tepat pukul 4.03.Dalam perjalanan pulang,kami diuji dengan cuaca hujan lebat yang sedikit menghalang perjalanan kami.
Alhamdullillah,kami tiba di Kg gajah tepat pukul 5.30.
Hujan diluar sana masih lebat di peringkat ketiga.Maksudnya hujan ketegori yang lebat giler ah.Tapi,still boleh nampak jalan.
Aku mengambil keputusan untuk singgah ke rumah sehingga hujan reda.
Pukul 6.30 pun tidak menunjukkan tanda-tanda hujan hendah reda.
Makcik aku memujuk aku untuk bermalam je di rumah tu.Ok.Aku rasa aku setuju kalau pukul 6.30 masih tak reda.
Nak dijadikan cerita,pukul 6.35 mak aku call mintak aku balik disebabkan ayah aku ada urusan pada malam tu dan perlukan kereta.
Aishhh.Kereta dirumah tinggal satu je sebab kerete satu lagi dah kena jual.
Aku teringat doa untuk meredakan hujan.Lalu aku baca doa tu berulang kali.
Alhamdulillah,hujan yang lebat tadi mula reda.
Lalu aku pun bergegas berjumpa makcik-makcik aku tadi untuk meminta diri.
Tepat pukul 6.45 aku bergerak pulang.Jalan kampung yang tak berapa rata terpaksa aku lalui dalam keadaan hujan.
Nak dijadikan cerita,ketika perjalanan pulang,hujan kembali lebat.Malah ketegori giler babeng.Tak nampak jalan beb.
Tiba-tiba handphoneku berdering.Aku tahu yang bondaku telepon.
Tapi,aku buat dek je sebab aku nak fokus memandu sebab jalan tak nampak.
Tepat pukul 7.15,aku sampai dengan jayanya walaupun penuh rintangan dan cabaran ketika memandu pada cuaca hujan giler babeng yang diselangi dengan kilat dan guruh.
Alhamdullillah.Setibanya dirumah,aku membuka handphoneku.
Huh,ader 2 miscall dan satu mesej.
Lalu aku buka mesej tu.Mesej tu berbunyi begini:
"Kalau hujan takpayah la balik.Lagi pun urusan ayah cancel malam ni".
What the frog!!

Sunday, November 8, 2009

Jom terjah kawan-kawan





Aku taknak cakap lagi
Tapi,aku cadangkan korang tengok filem ni.
Memang aku rasa cerita ni meletup..
Gambaran hari kiamat...
The next big disaster film dari Roland Emmerich, the director of Independence Day, The Day After Tomorrow and Godzilla.
Jom sama-sama terjah pawagam 12 november 09..
Tengok dia punyer tema "we were warned"




Thursday, October 29, 2009

Lesson from imam ghazali

Imam Ghazali = ‘ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ‘ Orang tua ‘
Murid 2 = ‘ Guru ‘
Murid 3 = ‘ Teman ‘
Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Negeri Cina ‘
Murid 2 = ‘ Bulan ‘
Murid 3 = ‘ Matahari ‘
Murid 4 = ‘ Bintang-bintang ‘
Iman Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama’.

Iman Ghazali = ‘ Apa yang paling besar didunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Gunung ‘
Murid 2 = ‘ Matahari ‘
Murid 3 = ‘ Bumi ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.’

IMAM GHAZALI’ Apa yang paling berat didunia? ‘
Murid 1 = ‘ Baja ‘
Murid 2 = ‘ Besi ‘
Murid 3 = ‘ Gajah ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling ringan di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Kapas’
Murid 2 = ‘ Angin ‘
Murid 3 = ‘ Debu ‘
Murid 4 = ‘ Daun-daun’
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ‘

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? ‘
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang ‘
Imam Ghazali = ‘ Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ‘

Friday, October 9, 2009

Kirim Salam

Sory kepada semua pengunjung yang terpaksa berputih mata kepada aku kerana entry yang lapuk dan lama tak diupdated
Anyway,
Ape yang kita paham tentang kirim salam?
Nampak memang remeh tentang kirim salam ni,tapi kalau nak diikutkan ianya boleh menjadi satu beban yang besar jika tak dilaksanakan.
Walaupun ia secara nyata mengeratkan silaturrahim antara dua pihak,namun mungkin membebankan pengantaranya.
Contohnya macam aku.Aku rasa macam aku buat dosa besar lak.
Aku ader menyimpan salam dari ustaz aku kepada seorang ustaz yang tinggal dikawasan perumahan aku.
Kisahnya bermula bila ustaz aku ni bertanya aku nak balik kemana.Bila bertanya dan bertanya,rupa-rupanya dia kenal salah seorang sahabatnya yang kebetulan tinggal seTAMAN dengan aku.Dengan slumbernya dia menyampaikan salam beliau kepada membernya tu tadi.Aku pulak takdela kenal sangat dengan ustaz yang seTAMAN dengan aku ni.Maka,salam yang disampaikan 7 tahun dulu dibekukan oleh aku sampai ke hari ini.

Kisah kedua pabila lecturer aku yang suka menyampaikan slam secara general kepada student dia.
"Send my regard to your parents ok.."
Memang tak jadi masalah sebenarnya.Yang jadi masalah bila parents aku pantulkan balik salam mereka kepada lecturer aku.Aiseh.Ni yang aku malas ni.Bagus memang bagus,tapi......

Yang penting sekali janganla jadi macam aku..Amanah yang dipikul tak dilunaskan.Rasa macam bersalah lak.Tapi,entahla...Aku macam mana?