Wednesday, December 2, 2009

KK-Kg Gajah-T.Intan

Rabu 2.disember 09

Pagi-pagi lagi aku telah dikejutkan oleh ibu aku untuk bawak makcik aku ke kuala kangsar perak.
Tepat pukul 9.21,aku bergerak seorang diri dengan sebuah kereta menuju ke kg Gajah mengambil makcik-makcik aku untuk menuju ke Kuala Kangsar(KK) untuk melawat rumah baru abangku.
Maka kami bertolak ke KK tepat pukul 10 dan tiba tepat pukul 11.45(kerana singgah kedai buah).Kalau nak diikutkan pukul 11.30 dah bley sampai.
Bila semua dah selesai,kami bertolak pulang.Kami bertolak tepat pukul 4.03.Dalam perjalanan pulang,kami diuji dengan cuaca hujan lebat yang sedikit menghalang perjalanan kami.
Alhamdullillah,kami tiba di Kg gajah tepat pukul 5.30.
Hujan diluar sana masih lebat di peringkat ketiga.Maksudnya hujan ketegori yang lebat giler ah.Tapi,still boleh nampak jalan.
Aku mengambil keputusan untuk singgah ke rumah sehingga hujan reda.
Pukul 6.30 pun tidak menunjukkan tanda-tanda hujan hendah reda.
Makcik aku memujuk aku untuk bermalam je di rumah tu.Ok.Aku rasa aku setuju kalau pukul 6.30 masih tak reda.
Nak dijadikan cerita,pukul 6.35 mak aku call mintak aku balik disebabkan ayah aku ada urusan pada malam tu dan perlukan kereta.
Aishhh.Kereta dirumah tinggal satu je sebab kerete satu lagi dah kena jual.
Aku teringat doa untuk meredakan hujan.Lalu aku baca doa tu berulang kali.
Alhamdulillah,hujan yang lebat tadi mula reda.
Lalu aku pun bergegas berjumpa makcik-makcik aku tadi untuk meminta diri.
Tepat pukul 6.45 aku bergerak pulang.Jalan kampung yang tak berapa rata terpaksa aku lalui dalam keadaan hujan.
Nak dijadikan cerita,ketika perjalanan pulang,hujan kembali lebat.Malah ketegori giler babeng.Tak nampak jalan beb.
Tiba-tiba handphoneku berdering.Aku tahu yang bondaku telepon.
Tapi,aku buat dek je sebab aku nak fokus memandu sebab jalan tak nampak.
Tepat pukul 7.15,aku sampai dengan jayanya walaupun penuh rintangan dan cabaran ketika memandu pada cuaca hujan giler babeng yang diselangi dengan kilat dan guruh.
Alhamdullillah.Setibanya dirumah,aku membuka handphoneku.
Huh,ader 2 miscall dan satu mesej.
Lalu aku buka mesej tu.Mesej tu berbunyi begini:
"Kalau hujan takpayah la balik.Lagi pun urusan ayah cancel malam ni".
What the frog!!

6 comments:

As said...

memang dasyat kalau hujan lebat tak nampak jalan.......
pernah 2-3 kali rasa kat highway..tahap kete depan pun tak nampak. so mcm best bile sume kete pakat pasang lampu signal kecemasan :D

Mr Jagatraya said...

Tu la pasal.Cara yang selamat pakai lampu kecemasan.Tapi,aku tak buat pun aritu...haha

bawangmerah said...

rasa nyesal tak, tak jawab call tu?
hihihi. sabar je la kan

messyremo said...

kesimpulannya...
bercakapla telefon sambil memandu~~hehe

Mr Jagatraya said...

bawangmerah-hehe.Ader la seciput.

messyremo-ye..tepat sekali.Kalau jatuh gaung jgn jerit mintak tolong.Mintak je tolong kat org yang dlm phone tu.hehe

*cimOt* said...

KK-KG-TI..jenjalan sePERAK..