Sunday, January 24, 2010

Kalau korang buta.....

Satu hari aku ke JPJ untuk renew lesen.
Aku ternampak 3 sekawan.
2 orang berbangsa Cina dan seorang berbangsa melayu.
Si melayu atau aku namekan lelaki A memanggil membernya 2 orang tu datang kepadanya.
Lelaki Cina yang pertama aku namakan Lelaki B dan yang seorang lagi aku namakan lelaki C.
Lelaki B datang kepada lelaki A dan berkata-kata kepada lelaki A tadi.
Kalau korang buta,mesti korang tak sangka yang lelaki B tadi seorang lelaki berbangsa cina.
Dengan loghat perak dan bahasa melayu yang fasih,aku terkejut beruk jugak.
Pastu,lelaki C pula bercakap melayu macam slang keling bercakap melayu.
Kalau korang buta,mesti korang tak sangka lelaki tu berbangsa cina.
Kemudian,lelaki A beredar meninggalkan kedua2 lelaki berbangsa Cina tadi.
Sebaik saja Lelaki A pergi,lelaki B ngan C mula menggunakan bahasa Cina untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Kalau korang buta,tentu korang punyer skema dalam kepala rosak disebabkan confuse dengan identiti bangsa dengan bahasa dan slang yang digunakan.
Adakah ini dikatakan 1 malaysia???
haha

2 comments:

Matematis Muda said...

kau konfius ke x?
habis tu kau buta ke x?

Huzai said...

aku tak pernah ada lesen pun.

Dulu ambil lesen, tapi kena tipu dengan orang tu, Bayar berkali2, lesen tak dapt2.

serik.